Sinopsis Sepasang Awan Putih Adaptasi Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana

Akan datang tidak lama lagi drama adaptasi daripada Novel I Love You Cikgu berjudul Sepasang Awan Putih karya penulisan Imanisa Riana yang telah diterbitkan pada 7 Disember 2012. Drama Sepasang Awan Putih akan dibintangi oleh Sean Lee dan Hanna Aqeela dan disiarkan di RTM TV1. Jom baca sinopsis novel! 


SINOPSIS NOVEL I LOVE YOU CIKGU
Kehadiran Sara Raihana, seorang guru baru di sebuah sekolah menarik minat Chan Chee Hong alias Muhamad Nur Iman untuk mendekati dan menawan hatinya. 

Kejadian malang yang menimpa Sara Raihana menambah rasa simpati dan kasih Iman terhadapnya. Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Sara Raihana. Bagi Sara Raihana, Iman hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja. 

Cintanya telah berkubur bersama-sama jasad orang tersayang. Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Sara Raihana malu dan mulai menjauhkan diri daripada Iman. Iman terpaksa menyimpan hasratnya untuk memiliki gadis idaman sehinggalah dia telah berjaya bekerja. 



Kehadiran Farid telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Sara Raihana. Adakah Sara Raihana akan menerima pinangan Farid dan melukakan hati Iman? Adakah Iman berjaya memiliki gadis idaman hatinya? Berbaloikah sebuah penantian?
Sinopsis Sepasang Awan Putih Adaptasi Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana Sinopsis Sepasang Awan Putih Adaptasi Novel I Love You Cikgu Karya Imanisa Riana Reviewed by Bawang on Sunday, December 01, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.