Cara Tebus e-Tunai Rakyat 2020

Cara Tebus e-Tunai Rakyat 2020. Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan pemberian e-tunai rakyat sebanyak RM30 yang mensasarkan kepada 15 juta rakyat yang layak dimana mestilah mempunyai pendapatan tahunan RM100, 000 ke bawah bagi tahun 2018 dan berumur 18 tahun keatas. 


Penebusan e-tunai rakyat akan dilaksanakan mulai 15 Januari 2020 sehingga 14 Mac 2020 secara one-off. Program e-tunai rakyat melibatkan 3 aplikasi yang boleh dimuat turun menerusi Google Play Store atau Apple Play Store iaitu:

1) Touch N' Go E-Wallet
2) Boost
3) GrabPay

CARA TEBUS E-TUNAI RAKYAT 2020
Berikut dikongsikan maklumat mengenai cara untuk mendaftar dan tebus e-tunai rakyat untuk panduan anda

Touch N' Go e-wallet


1) Muat turun aplikasi Touch N' Go menerusi App Store dan Google Play Store
2) Daftar dan lengkapkan maklumat anda seperti yang tertera menerusi aplikasi tersebut
3) Sahkan (verify) akaun Touch N' Go

4) Tebus e-tunai rakyat sebanyak RM30. Pembayaran akan dilakukan dalam masa 3 hari bekerja.

Boost


1) Muat turun aplikasi Boost e-wallet menerusi App Store dan Play Store
2) Daftar dan lengkapkan maklumat anda seperti yang tertera menerusi aplikasi tersebut
3) Upgrade akaun Boost kepada Premium dan sahkan (verify) akaun tersebut
4) Klik pada e-tunai rakyat dan kemudian get ready to claim e-tunai. Ikut langkah seterusnya seperti yang dipaparkan. 
5) Pembayaran RM30 akan dilakukan dalam akaun anda. Bagi yang telah berbelanja RM 10 yang pertama setelah berjaya ditebus, anda akan menerima pemulangan wang sebanyak RM5 (cashback).

GrabPay


1) Muat turun aplikasi GrabPay e-wallet menerusi App Store dan Play Store
2) Klik payment dan aktifkan GrabPay dalam aplikasi tersebut
3) Daftar dan lengkapkan maklumat anda seperti yang tertera menerusi aplikasi tersebut
4) Anda akan menerima pengesahan akaun dan tebus RM30

SIAPAKAH YANG LAYAK UNTUK PROGRAM E-TUNAI RAKYAT
1) Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad
2) Berumur 18 tahun ke atas dalam tahun 2020
3) Pendapatan tahunan kurang dari RM100, 000
Cara Tebus e-Tunai Rakyat 2020 Cara Tebus e-Tunai Rakyat 2020 Reviewed by Bawang on Friday, January 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.