Permohonan dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH 2020)

Permohonan dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH 2020). Berita baik untuk anda dimana kerajaan masih meneruskan program Bantuan Sara Hidup (BSH) tahun 2020 bagi membantu meringankan kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40). 


Bantuan Sara Hidup Fasa 1 (BSH 2020) boleh disemak serta pembayarannya akan dilaksanakan mulai 20 Januari 2020 kepada penerima BSH yang berdaftar pada tahun 2019. Seperti tahun sebelumnya, pembayaran BSH 2020 akan dilaksanakan sebanyak 3 kali bagi pemohon isi rumah yang layak. 

Bayaran BSH 2020 untuk Fasa 2 akan dilakukan pada bulan Mei 2020 manakala Fasa 3 adalah pada bulan Ogos 2020.

Kadar bayaran BSH 2020 Fasa 1 adalah sebanyak RM300 untuk semua kategori. Untuk kategori bujang dan OKU, pembayaran BSH 2020 akan dilaksanakan secara one-off pada Fasa 2.

Semakan status BSH 2020 dan pembayaran BSH 2020 boleh dilakukan melalui portal rasmi yang telah disediakan oleh kerajaan. Untuk semakan ataupun rayuan anda boleh klik pautan dibawah:



Klik pautan ini untuk semakan/permohonan/kemaskini:

Bagi yang gagal menerima BSH 2020 Fasa 1, permohonan rayuan dan kemaskini maklumat boleh dibuat mulai 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020.

Kategori Penerima BSH 2020
1) Golongan isi rumah berpendapatan RM 2000 ke bawah layak menerima bantuan sebanyak RM 1000

2) Golongan isi rumah berpendapatan RM 2001 sehingga RM 3000 layak menerima bantuan sebanyak RM 750

3) Golongan isi rumah berpendapatan RM 3001 sehingga RM 4000 layak menerima bantuan sebanyak RM 500

4) kategori bujang berpendapatan RM 2000 ke bawah akan menerima bantuan sebanyak RM 300 pada Fasa Kedua

Bagi penambaikan BSH 2020, golongan isi rumah yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun ke bawah layak menerima bantuan tambahan sebanyak RM 120 setiap orang tetapi terhad hanya kepada 4 orang dalam 1 keluarga. Bagi yang mempunyai anak OKU tidak dihadkan umur.
Permohonan dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Permohonan dan Kemaskini Bantuan Sara Hidup (BSH 2020) Reviewed by Bawang on Friday, January 17, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.