Resepi Bomboloni Gebu Gebas

Sedap kan makan Bomboloni di waktu petang bersama teh o panas. Nak2 pula filling Bomboloni letak nutella, sedap sangat. Bomboloni ni ala-ala macam donut jela tapi yang bezanya sebab diletakkan pelbagai filling contohnya nutella, jem strawbery, jem blueberry, krim vanilla dan banyak lagi. 


RESEPI BOMBOLONI

Bahan-bahan

Tepung gandum/high protein (500gm)
11 g @ 1 paket Yis mauripan
1/2 sudu kecil Serbuk penaik
1 sudu marjerin
1 biji telur gred B
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu tepung

Sedikit garam
1 cawan susu segar
1/2 cawan Air

Bahan untuk Filling

Nutella, jem strawberry, jem blueberry, krim vanilla, peanut butter (filling boleh diletak mengikut kemahuan anda) 

Cara penyediaan

1. Campur kesemua bahan sekali termasuk yis.

2. Kalau mengginakan tangan, uli bahan selama 15-20 minit atau jika menggunakan mixer uli selama 10 minit

Tips: Uli sampai menjadi elastik dan tidak terlalu lembik.

3. Rehatkan adunan selama 30 minit.

4. Buang angin. Kemudian, bentukkan doh menjadi bulatan

5. Biarkan adunan naik kembang 2 kali ganda. 

6. Setelah itu, goreng dengan menggunakan api sederhana.

7. Gaulkan donat yang telah digoreng tadi dengan snow sugar. Kemudian, susun donat tu.

8. Gunting-gunting bahagian tengah atas ke dalam tapi jangan sehingga tembus pula.

9. Akhir sekali, boleh letak inti (filling) seperti yang anda mahukan
Resepi Bomboloni Gebu Gebas Resepi Bomboloni Gebu Gebas Reviewed by Bawang on Monday, January 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.