Resepi Kuih Puteri Ayu

Siapa yang tidak pernah makan Kuih Seri Ayu atau Puteri Ayu? rasanya kuih ni menjadi salah satu favourite rakyat malaysia untuk juadah sarapan pagi. Pergi jela mana-mana kedai atau gerai pasti kuih ini ada dijual. Rasanya sedap, manis dan lembut sesuai untuk dijadikan sarapan pagi atau juadah minum petang. 


RESEPI KUIH PUTERI AYU

Bahan-bahan

2 biji telur
1 cawan gula
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sudu kecil ovellete
1 sudu kecil perisa pandan
pewarna hijau
1 sudu kecil baking powder (ayak bersama tepung gandum)

Hiasan Kelapa :
1) kelapa parut putih dicampur dengan sedikit tepung gandum
2) garam digaul bersama dan perlu dikukus sekejap

Cara-cara Penyediaan

1. Pertama sekali pukul telur terlebih dahulu sehingga berbuih dan masukkan gula. Pukul gula dan telur hingga kembang. 2. masukkan ovellete dan pukul lagi
3. masukkan tepung dan baking powder yang telah diayak tadi, santan, perisa pandan dan pewarna. Pukul lagi hingga sebati
4. Acuan mestilah disapu dengan minyak terlebih dahulu
5. isikan kelapa putih dalam acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkan adunan dan kukus lebih kurang 7 minit.

Perkara penting semasa membuat kuih ini:
1. Pilih acuan yang tinggi sedikit dan permukaan dalam acuan puteri ayu berkilat, supaya senang dikeluarkan nanti.
2. Pastikan kelapa tu dimampatkan betul-betul ke dasar acuan, setelah siap dikukus terus keluarkan puteri ayu perlahan-lahan dari acuan.
Resepi Kuih Puteri Ayu Resepi Kuih Puteri Ayu Reviewed by Bawang on Monday, January 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.