Resepi Kuih Lepat Cendol

Ada yang pernah rasa kuih lepat cendol tak? Rasanya sangat sedap. Cuba la korang buat boleh dimakan waktu sarapan pagi ataupun semasa minum petang bersama keluarga.


RESEPI KUIH LEPAT CENDOL

Bahan-bahan

1 bungkus besar cendol
3 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat

1 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak mahu manis)
Secubit garam
1 cawan tepung ubi
2 helai daun pandan
Air 
Daun pisang (dilayurkan dahulu) 

Cara-cara penyediaan

1) Campurkan kesemua bahan-bahan di atas kecuali 1 bungkus besar cendol dan daun pisang
2) Masak campuran bahan-bahan tadi sehingga pekat
3) Apabila sudah kelihatan sedikit pekat baru la dimasukkan cendol
4) Setelah bahan sebati padamkan api dan buang 2 helai daun pandan tersebut
5) Ambil daun pisang, sudukan 2 sudu campuran bahan tadi ke atas daun pisang
6) Lipat daun pisang dan kukus selama 15 minit
7) Siap untuk dihidang
Resepi Kuih Lepat Cendol Resepi Kuih Lepat Cendol Reviewed by Bawang on Monday, January 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.