Resepi Cucur Bawang Bilis Ranggup dan Sedap

RESEPI CUCUR BAWANG BILIS | Jom lihat resepi cucur bawang bilis yang boleh disajikan semasa sarapan pagi atau minum petang. Resepi ini adalah versi saya sendiri dan boleh diolah mengikut citarasa anda. 


CUCUR BAWANG BILIS

Bahan-bahan

3 cwn tepung gandum biasa
2 cwn tepung naik sendiri (blue key kotak merah) 
2 biji bawang besar (dihiris) 
kucai
Lobak merah (diparut)
Ubi kentang (diparut) 
2 biji cili merah (dihiris) 
Daun sup (dihiris) 
Daun bawang (dihiris) 
3 biji bawang kecil 
Segenggam ikan bilis 
1 kiub pati ikan bilis
Gula
Garam
Serbuk kunyit

Cara Penyediaan

1) Tumbuk bawang kecil, ikan bilis dan pati ikan bilis sehingga lumat. Pakai blender pun boleh tapi kalau tumbuk lagi sedap
2) Ayak tepung gandum dan tepung naik sendiri dalam bekas
3) Kemudian masukkan bahan yang telah ditumbuk, bawang besar, cili merah, lobak merah, ubi kentang, daun sup dan daun bawang ke dalam bekas berisi tepung. 


4) Masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul sehingga sebati. Pastikan adunan tepung tidak terlalu cair. Kalau nak lebih ranggup bancuh dengan menggunakan air ais


5) Perasakan dengan garam dan gula serta masukkan sedikit kunyit untuk warna lebih cantik. 
6) Biar seketika
7) Panaskan minyak dan goreng sehingga garing kekuningan. 
8) Siap dan boleh dihidang

*Hidangan ini boleh dimakan bersama sos cili ataupun kuah kacang

Resepi Cucur Bawang Bilis Ranggup dan Sedap Resepi Cucur Bawang Bilis Ranggup dan Sedap Reviewed by Bawang on Saturday, April 11, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.