Sinopsis Novel Mencari Kiblat Cinta

Nantikan drama adaptasi daripada Novel Mencari Kiblat Cinta karya Anita Aruszi yang akan bersiaran bermula 7 Januari 2021 di saluran RTM TV Okey pada setiap isnin hingga jumaat jam 10 malam. Drama Mencari Kiblat Cinta dibintangi oleh Syazuwan Hassan, Husna Mustaffa, Dayana Roza, Shah Hazvee, Zila Bakarin, Edika Yusof, Ali Reza dan ramai lagi.


NOVEL MENCARI KIBLAT CINTA

BLURB

Kerana satu tragedi hitam, dua beradik terpisah. Danira dipenjarakan, sepi dan sendiri di gerigi besi. Naufal pula hilang entah ke mana. Misi pertamanya setelah dibebaskan ialah mencari Naufal, tapi yang ditemukan ialah Tengku Filman, lelaki yang punya segala-galanya. Hidup yang sempurna, kerjaya dihormati serta keluarga yang bahagia. Sedangkan dia gadis yang kontras dengan kesempurnaan Tengku Filman. Jika Tengku Filman A, dia pula C. Jika Filman Mr. Right, dia pula hanyalah gadis di loteng usang. Dan kerana Filman, dia menemukan Aliff …lelaki traumatik dengan kenangan kosong.

Dalam sempurna Tengku Filman, ada sekeping hati yang tidak pernah sembuh. Namun kerana Danira, dingin Tengku Filman melebur. Wajah Danira memenuhi setiap ruang kosong di hatinya. Cintanya kini berkiblat agung. Bertunjangkan kasih.

Di hadapan orang, dia terlihat bahagia. Miliki segala-galanya yang dimahukan. Tapi dalam senyuman dan gelak ketawanya, rupanya Aliff tidak pernah gembira. Jiwanya menderita, tapi tidak ada sesiapa yang tahu apa yang terpendam sejak sekian lama. Sebuah rahsia hitam, melontar dirinya ke dalam jurang dalam. Namun kehadiran Danira dalam hidupnya telah merubah segala-galanya.

You smile and your heart, make me tremble inside, Danira. Believe it or not..it is already shaking for a few times…

SINOPSIS NOVEL MENCARI KIBLAT CINTA


Kisah duka Danira bermula setelah ayah dan ibunya mati dibunuh. Ibu dan bapa saudaranya pula bertindak merampas semua harta yang ditinggalkan oleh ayahnya. Malah, Danira dan Naufal dihalau. Selepas waktu sekolah, Danira akan bekerja di warung Pak Maidin mencari rezeki dan Naufal pula hidupnya semakin liar.

Demi Naufal, Danira sanggup mengorbankan dirinya, mengakui kesalahan yang tidak pernah dia lakukan. Demi Naufal juga, Danira merengkuk dalam penjara atas tuduhan membunuh. 

Enam tahun berlalu, peguamnya berjaya membuktikan Danira tidak bersalah. Selepas dibebaskan, Danira bekerja di sebuah taska milik Kamila. Danira nekad mencari Naufal yang hilang. Tanpa Danira sedari nyawanya dalam bahaya kerana ada sesuatu yang disembunyikan ayahnya.

Danira mengenali Tengku Filman, bapa kepada Melly salah seorang anak asuhan di taska itu. Filman merupakan seorang duda dan peguam. Dari situ mereka berkenalan dan cinta antara Filman dan Danira semakin mekar, walaupun Danira sering bermain tarik tali kerana masa silamnya. 

Misi utama Danira sekarang adalah untuk mencari adiknya Naufal sehinggalah adik Filman, Aliff ke taska untuk menghantar Melly dan dari situ Danira terpandang Aliff yang mirip Naufal. Rupanya Aliff merupakan Naufal yang di jaga oleh keluarga Filman setelah hilang ingatan akibat daripada kemalangan dan setelah mengenali Danira membuatkan ingatannya kembali pulih. 

Meskipun ingatan adiknya telah pulih, Danira tidak membenarkan Naufal memberitahu keluarga Filman siapa dirinya apabila mengetahui Filman adalah adik kepada Firdaus. Suatu hari Danira ke rumah Filman dan tiba-tiba Tengku Amar, ayah Filman berang dan mendedahkan kepada keluarganya Danira adalah pembunuh Firdaus.

Benarkah Danira pembunuh? Adakah Filman dapat menerima orang yang dicintainya pembunuh abangnya? 

Nak tahu kesudahan cerita, cepat-cepat pergi dapatkan Novel Mencari Kiblat Cinta. 
Sinopsis Novel Mencari Kiblat Cinta Sinopsis Novel Mencari Kiblat Cinta Reviewed by Bawang on Saturday, April 11, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.