Resepi Kek Coklat Moist Kukus Mudah dan Cepat

Resepi Kek Coklat Moist Kukus | Jom cuba resepi kek coklat moist yang mudah disediakan dengan hanya kukus sahaja dan yang pastinya sedap. 

KEK COKLAT MOIST


BAHAN-BAHAN

Bahan A :
1 cwn serbuk koko
1 cwn gula
1 cwn minyak masak
1 cwn susu cair
1/2 cwn susu pekat
**masak atas api perlahan, kacau sehingga sebati dan tidak berketul

Bahan B :
1 1/4 cwn tepung gandum *
1sk soda *
1sk baking *
(bahan bertanda * perlu diayak dahulu) 
3 biji telur gred A
1sdk esen vanila

CARA-CARA PENYEDIAAN
1) Masukkan kesemua Bahan A ke dalam periuk dan masak atas api dengan api sederhana. Pastikan adunan sebati dan tidak berketul. Ketepikan
2) Masukkan telur dalam bekas bersama adunan dan blend selama 1 minit. Pastikan telur dimasukkan 1 persatu
3) Kemudian masukkan esen vanilla dan bahan - bahan yang telah diayak tadi. Blend sehingga sebati. 
4) Sapu minyak pada loyang dan lapik baking paper. 
5) Tuangkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 50 minit atau sehingga masak dengan api sederhana. 

BAHAN TOPING

Serbuk koko
Susu cair
Susu pekat
Shortening @ minyak sayuran

CARA PENYEDIAAN
1) Bahan-bahan untuk toping dimasak atas api sederhana sehingga cair
2) Kemudian boleh tuang toping yang sudah cair tu ke atas kek. 
3) Siap dan boleh dihidang. 

*Tips : ▪️ Nak pastikan kek betul-betul sudah masak boleh gunakan kaedah dengan cucuk ke dalam kek menggunakan garfu atau lidi. Jika tidak melekat sudah tentu kek sudah siap dimasak. ▪️Penggunaan serbuk koko lebih dark dalam kek adalah lebih sedap
Resepi Kek Coklat Moist Kukus Mudah dan Cepat Resepi Kek Coklat Moist Kukus Mudah dan Cepat Reviewed by Bawang on Saturday, April 11, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.