Resepi Roti Puri

RESEPI ROTI PURI | Alhamdulillah bersambung lagi PKP4. Masa yang terluang ni bolehlah masing-masing mempelajari pelbagai resepi dan memantapkan lagi skill memasak. Kali ini, kami ingin kongsikan cara penyediaan Roti Puri yang sangat mudah dan tidak perlu bahan yang banyak. 


Roti Puri sedap dimakan bersama sambal bilis, sardin, kari dan sebagainya. Jom lihat resepi ini dibawah dan anda boleh mencubanya. Yang pastinya anak-anak anda mesti akan menyukainya. 

RESEPI ROTI PURI

Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum*
1 sudu teh yis kering brand mauripan*
1 sudu teh gula*
3 sudu besar minyak masak*
1/2 sudu teh garam*
3/4 cawan air panas

Cara Penyediaan Roti Puri

1) Campurkan kesemua bahan bertanda *. Gaul rata hingga berderai-derai
2) Masukkan air panas dan uli selama 3-5 minit dan uli sehingga sebati
3) Ambil doh dan bulat-bulatkan sebesar bola ping pong
4) Rehat doh seketika selama 30 minit di dalam bekas bertutup
6) Gelekkan doh yang dibentuk bola pingpong tadi sehingga habis
8) Panaskan minyak dalam kuali yang agak besar dan gorenglah dengan api sederhana
9) Goreng satu-satu, sambil tu siram-siramkan minyak pada roti hingga kembung.
10) Balik - balikkan dan gorenglah sehingga kekuningan atau garing
11) Angkat dan boleh dihidangkan bersama sambal bilis, sardin, kari dan sebagainya

Resepi Roti Puri Resepi Roti Puri Reviewed by Bawang on Wednesday, April 29, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.