Sinopsis Drama Degup Cinta (Slot Megadrama Astro Ria)

Jangan ketinggalan menyaksikan Drama Degup Cinta yang akan bersiaran mulai 27 April 2020 jam 10 malam pada setiap hari Isnin hingga Khamis di Astro Ria. Drama Degup Cinta dibintangi oleh Josiah Hogan, Syiqin Kamal, Mathni Razak, Cik Puan Juliana Evans, Zarynn, Laila Nasir, Zalif Sidek dan ramai lagi.


DRAMA DEGUP CINTA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 27 April 2020
Waktu : Setiap isnin hingga khamis jam 10 malam
Jumlah Episod : 26
Slot : Astro Ria

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan terbitan Threeline Media Sdn Bhd

Pelakon
Josiah Hogan, Syiqin Kamal, Mathni Razak, Cik Puan Juliana Evans, Zarynn, Laila Nasir, Zalif Sidek, Faez Nick, Hanif Safuan, Sahronizamn, Ruzana Ibrahim, Shuhanty

Watak Pelakon
Josiah Hogan sebagai Reza
Syiqin Kamal sebagai Zahlia
Mathni Razak sebagai Haikal
Cik Puan Juliana Evans sebagai Jasmin
Zalif Sidek sebagai Amran
Hanif Safuan sebagai Firdaus

Sinopsis Drama Degup Cinta
Pertemuan dua hati yang lara dalam situasi yang tidak disangka. Reza membawa diri setelah setelah kematian isterinya, Jasmin akibat kemalangan. Apabila Reza pulang semula ke Malaysia, dia bertemu Zahlia yang pengsan di kawasan chaletnya. Zahlia patah hati setelah melihat tunangnya, Haikal bersama gadis lain

Zahlia sebenarnya mempunyai sakit jantung dan dimasukkan ke hospital. Zahlia curiga siapa Reza yang tinggal di chalet mak ciknya, Ana.

Zahlia pergi ke majlis perkahwinan sahabatnya dengan Reza sebagai kekasih baru untuk membalas dendam pada bekas tunangnya, Haikal.

Haikal mencari kembali Zahlia dan mengupah orang untuk menyiasat siapa Reza. Zahlia dan Reza meneruskan lakonan mereka sebagai kekasih dihadapan Haikal.
Sinopsis Drama Degup Cinta (Slot Megadrama Astro Ria) Sinopsis Drama Degup Cinta (Slot Megadrama Astro Ria) Reviewed by Bawang on Wednesday, April 22, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.