Sinopsis Drama Leon Zalika Lakonan Dini Schatzmann dan Riena Diana (TV Okey)

Jangan ketinggalan menyaksikan Drama Leon Zalika yang akan bersiaran mulai 24 April 2020 setiap Isnin hingga Ahad jam 10 malam di TV Okey RTM. Drama Leon Zalika dibintangi oleh Dini Schatzmann, Riena Diana, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal dan ramai lagi. 


DRAMA LEON ZALIKA 
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 24 April 2020
Waktu : Jam 10.00 malam, setiap Isnin hingga Ahad
Jumlah Episod : 30
Slot : TV Okey RTM


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan terbitan Orangetree Production Sdn Bhd

Pelakon
Dini Schatzmann, Riena Diana, Mona Allen, Mathni Razak, Nadia Brian, Raja Ilya, Maria Farida, Mustapha Kamal, Sharmaine Farouk, Muntazar Ghani, Dazrin Kamarudin, Laila Nasir, Zaefrul Nordin, Sherry Al Jerry, Doria Rachel Jolly, Rashidah Jaafar

Watak Pelakon
Dini Schatzmann sebagai Leon
Riena Diana sebagai Zalika 
Mona Allen sebagai Anita
Mathni Razak sebagai Firas 
Nadia Brian sebagai Dayana 
Raja Ilya sebagai Farha 
Maria Farida sebagai Datin Seri Yasmin 
Mustapha Kamal sebagai Datuk Seri Zakuan 
Sharmaine Farouk sebagai Puan Sofea
Muntazar Ghani sebagai Asyraf

Sinopsis Drama Leon Zalika
Mengisahkan tentang Zalika yang telah tawar hati untuk bercinta lagi dengan mana-mana lelaki setelah dikecewakan oleh lelaki Melayu dan lelaki dari negara Jerman. Dia akhirnya terpaksa bersetuju dengan pilihan ibu bapanya iaitu lelaki berdarah campuran Melayu Inggeris untuk dijadikan calon suaminya. 

Lelaki itu bernama Leon, seorang yang aktif dengan kerja-kerja amal bersama NGO Islam di Perth, Australia. Leon telah lama menetap di London dan akhirnya di Australia. 


Zalika tanpa berfikir panjang telah menerima cadangan ibu bapanya kerana menjangkakan Leon yang lama menetap di luar negara mestilah berfikiran sosial sepertinya. Anita sepupu kepada Zalika pula semakin cemburu dengan kehidupan Zalika kerana sering tidak bernasib baik seperti Zalika. 

Firas pula mempunyai agenda jahatnya tersendiri ingin membalas dendam sejak bekerja di Jentayu Holdings. Dayana bekas kekasih Leon akhirnya berjaya mendapat alamat Leon di Kuala Lumpur. Dia akan bertemu Firas dan merancang sesuatu untuk mendapatkan semula Leon dengan apa jua cara sekali pun.

Bagaimana nasib Leon dan Zalika? Adakah bahagia milik mereka? Jangan lupa saksikan drama leon zalika sepanjang ramadan ini. 
Sinopsis Drama Leon Zalika Lakonan Dini Schatzmann dan Riena Diana (TV Okey) Sinopsis Drama Leon Zalika Lakonan Dini Schatzmann dan Riena Diana (TV Okey) Reviewed by Bawang on Thursday, April 23, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.