Sinopsis Drama Sepenggal Puisi (Astro Citra)

Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri Sepenggal Puisi yang akan bersiaran di Astro Citra mulai 29 April 2020 pada setiap hari Rabu dan Khamis jam 9.00 malam. Drama Sepenggal Puisi dibarisi oleh gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia seperti Christine Hakim, Wan Hanafi Su, Cut Mini, Nora Danish, Iedil Putra, Zahiril Adzim, Liza Othman, Ibnu Jamilo dan ramai lagi. Drama ini dijayakan hasil kerjasama antara produksi Malaysia dan produksi Indonesia. 


DRAMA SEPENGGAL PUISI
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 29 April 2020
Waktu : Setiap Rabu dan Khamis, jam 9.00 malam
Jumlah Episod : 8
Slot : Astro Citra


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Viva Westi dan terbitan Bianglala Entertainment & Arie Zaharie Production 

Pelakon
Christine Hakim, Wan Hanafi Su, Cut Mini, Nora Danish, Iedil Putra, Zahiril Adzim, Liza Othman, Ibnu Jamilo, Ayushita, Luqman Hafidz, Amir Nafis, Adeline Tsen, Bella Dally, Nanda Candra, Delia Chery, Mohammed Abe, Kuza, Vicha, Sanjna Suri

Watak Pelakon
Christine Hakim sebagai Lestari
Wan Hanafi Su sebagai Rahman
Amir Nafis sebagai Fariz
Iedil Putra sebagai Firman
Nora Danish sebagai Aisha
Ibnu Jamilo sebagai Dimas 
Ayu Shita sebagai Saritha
Luqman Hafidz sebagai Billy
Cut Mini sebagai Kirana
Zahiril Adzim sebagai Harun
Adeline Tsen sebagai Daphne

Sinopsis Drama Sepenggal Puisi
Mengisahkan tentang konflik dua buah keluarga, satu di Yogyakarta dan satu di Kuala Lumpur telah muncul semula di hadapan isteri dan anak-anaknya yang telah ditinggalkan selama 30 tahun di Yogyakarta. Rahsia yang disimpan dari pengetahuan ahli keluarganya di Malaysia akhirnya terbongkar apabila Fariz (Amir Nafis) anak sulung kepada Rahman (Wan Hanafi Su) dan Farida terbang ke Yogyakarta untuk mendapatkan kepastian. 
Sinopsis Drama Sepenggal Puisi (Astro Citra) Sinopsis Drama Sepenggal Puisi (Astro Citra) Reviewed by Bawang on Thursday, April 23, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.