Sinopsis Drama Nur Lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli

Jangan ketinggalan menyaksikan siaran ulangan Drama Nur yang pernah mencetuskan fenomena di kalangan peminat-peminat drama melayu pada tahun 2018. Terkini Drama Nur akan disiarkan semula mulai 21 April 2020 jam 10 malam setiap Isnin hingga Khamis di Slot Samarinda TV3. Drama Nur dibintangi oleh Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Noorkhiriah, Azhan Rani dan ramai lagi. 


DRAMA NUR
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 21 April 2020
Waktu : Setiap isnin hingga khamis jam 10 malam
Jumlah Episod : 19
Slot : Samarinda


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan terbitan Radius One

Pelakon
Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Riena Diana, Noorkhiriah, Azhan Rani, Laila Nasir, Datuk Jalaluddin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Raja Atiqullah, Zaidi Omar, Elmy Moin, Mathni Razak, Kuna Muzani, Jijie Zainal

Watak Pelakon
Syafiq Kyle sebagai Ustaz Adam
Amyra Rosli sebagai Nur
Riena Diana sebagai Dr Qhadeeja
Noorkhiriah sebagai Aisyah
Azhan Rani sebagai Ustaz Syed Hamadi
Laila Nasir sebagai Cik Mona
Datuk Jalaluddin Hassan sebagai Datuk Ayah Haji Mukhsin
Fatimah Abu Bakar sebagai Datin Ibu Hajah Musalmah
Raja Atiq sebagai Amirul

Sinopsis Drama Nur
Mengisahkan Adam, seorang ustaz muda yang terkenal kerana ilmunya, rupa parasnya yang kacak dan merupakan anak lelaki kepada penceramah bebas yang cukup terkenal, iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin. Banyak tawaran pekerjaan Adam terima sekembalinya ke Malaysia. 

Adam bakal ditunangkan dengan Qhadeeja, seorang doktor muda, juga anak kepada seorang usahawan terkenal yang cukup rapat dengan Datuk Ayah Haji Mukhsin. Adam terpaksa bersetuju bertunang dengan Qhadeeja kerana tidak mahu menyusahkan dan menghampakan keluarganya itu. 

Adam sering mendapat soalan daripada pengirim misteri ketika memberi kuliah di masjid. Rupanya soalan itu datang daripada Nur, seorang pelacur yang mempunyai minat untuk mendalami agama Islam. Lama-kelamaan, mereka jatuh cinta kerana agama dan Allah SWT. Namun hubungan mereka mendapat tentangan hebat daripada keluarga dan masyarakat. 

Apa yang bakal berlaku seterusnya? Apakah Nur mempunyai sinar harapan untuk hidup bersama Adam?
Sinopsis Drama Nur Lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli Sinopsis Drama Nur Lakonan Syafiq Kyle dan Amyra Rosli Reviewed by Bawang on Wednesday, April 22, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.