15 Resepi Kek Kukus Mudah dan Sedap

15 Resepi Kek Kukus Mudah dan Sedap | Tiada oven untuk membakar kek? Jangan risau kami ingin kongsikan aneka resepi kek yang boleh disediakan dengan hanya menggunakan pengukus sahaja.


15 RESEPI KEK KUKUS

#1 - KEK MILO KUKUS
=================

Bahan-bahan:

2 Cawan Milo (agak-agak je)
2 Sudu susu pekat
4 Biji telur

Cara Penyediaan:

1) Masukkan semua dalam Mesin Pengisar. Mesin bagi mix semua (tak perlu letak air, putih telur dah bantu milo tu mix).

2) Masukkan dalam bekas dan kukus selama 30 minit.

3) Siap dan boleh dihidang

#2 - KEK OREO SUSU
=================

Bahan-bahan:

1 paket biskut Oreo (pek 137g)
100ml susu Dutch Lady coklat

Cara Penyediaan:

1) Mula-mula, hancurkan biskut Oreo sekali dengan krim di dalamnya. Ikutlah nak bubuh dalam plastik dan tumbuk dengan lesung atau guna blender. Saya guna blender saja.

2) Seterusnya, tuangkan susu ke dalam biskut yang dihancurkan tadi. Kacau sampai rata.

3) Masukkan dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

4) Untuk toping boleh cairkan coklat chip guna double boiling dan tuang di atas kek. Siap

#3 - KEK KUKUS PINK OMBRE
========================

Bahan-bahan:

4 biji telur
200gm gula halus
1 sudu teh ovellete
200gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
100ml santan
100ml minyak masak/butter yg telah dicairkan
Esen vanila
Perisa dan pewarna

Cara Penyediaan:

1) Ayak tepung bersama baking pwder. Pukul telur, gula dan ovellete hingga kembang dan putih.

2) Masukkan tepung, mix sebati. Kemudian masukkan esen vanila dan santan. Gaul rata. Akhir sekali masukkan minyak. Gaul hingga sebati.

3) Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian di biarkan tanpa warna. 2 lagi bahagian diwarnakan letak perisa yg disukai.

4) Gris loyang saiz 7, kemudian masukkan satu adunan kukus selama 10-15 minit. Kemudian tuangkan adunan yg kedua, kukus selama 10-15minit. Akhir sekali tuang adunan yg ke 3 dan kukus selama 20-25 minit.

* Pastikan kukusan dipanaskan terlebih dahulu menggunakan api sederhana.

Kredit Resepi : Isma Maisarah

#4 - KEK KUKUS MADU SIMPLE
=========================

Bahan-bahan:

250g tepung naik sendiri / tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
100g margerin
200g gula perang halus (boleh tambah kalau nak manis)
120g minyak sayur/corn oil/minyak masak
4 biji telur saiz M
3/4 sudu kecil essen vanilla
3 sudu besar madu
1 sudu kecil sebuk kopi/nescafe - dicampur dengan sedikit air suam

Cara Penyediaan:

1) Putarkan margarin, gula perang dan minyak sampai jadi lembut dan creamy.

2) Masukkan telur satu persatu.

3) Masukkan air kopi, vanilla dan madu.

4) Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bikarbonat dan baking powder. Putar hingga adunan sekata.

5) Alas loyang dengan kertas minyak. Tuangkan adunan ke dalam loyang. Tutup loyang dgn plastik supaya air tak menitik ke dalam kek.

6) Kukus dengan api sederhana sehingga masak (lebih kurang 60 minit). Cucuk dengan lidi atau cake tester, kalau tak melekat maknanya dah masak

#5 - KEK KUKUS LABU
==================

Bahan-bahan:

 2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil sodium birkarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan dikisar:

Labu 1 cawan (tak perlu direbus)
Gula 1 cawan
Minyak masak 1 cawan
Telur 3 biji
Sedikit garam
(Kisar semua bahan sehingga gula hancur)

Cara Penyediaan:

1) Bahan yg telah dikisar tadi campur ke dalam tepung dan gaul menggunakan tangan supaya semua bahan sebati dan tidak berketul.

2) Sediakan pengukus panaskan terlebih dahulu. Loyang disapu sedikit minyak.Tuangkan bancuhan kek tadi kedalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit

Kredit resepi : zurinaanuar

#6 - KEK KUKUS PELANGI
=====================

Bahan-bahan:

6 biji telur
2 biji kuning telur
250gm gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
1 sudu teh ovelette
175gm santan kotak
200gm tepung kek
Pewarna ungu,biru gelap, biru muda, kuning, orange dan merah

Cara Penyediaan:

1) Panaskan pengukus

2) Putar telur bersama ovelette dan gula hingga kembang (putar sekitar 5 minit)

3) Masukkan tepung kek dan esen vanila. Kacau biar sebati.

4) Masukkan santan. Biar sebati.

5) Bahagikan adunan kepada 6 bahagian dan warnakan.

6) Alaskan loyang dan masukkan adunan bahagian yang berwarna ungu dan kukus selama 10 minit (tutup loyang dengan kertas aluminium)

7) Ulang proses melapis hingga yang terakhir (yang terakhir kukus selama 20 minit)

8) Siap dan sejukkan

#7 - KEK KUKUS COKLAT CHEESE
===========================

Bahan-bahan A:

1 cawan gula*
1 cawan susu cair*
1 cawan koko*
1 cawan minyak*
1/2 cawan susu pekat*

Bahan-bahan B:

3 biji telur (A)

Bahan-bahan C:

1 cawan tepung naik sendiri

Bahan untuk cheese:

250gm cream cheese*
60gm gula castur*
25 gm tepung gandum*
25 gm susu segar*
1 biji telur

Cara Penyediaan:

1) Campurkan semua bahan A dan masak atas api kecil, kacau supaya tak berketul bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk.

2) Pukul bahan B sampai kembang dan gebu. Masukkan bahan A kacau hingga sebati

3) Untuk membuat adunan cheese, pukul semua Bahan C yang bertanda kecuali telur sampai gebu dan masukkan telur. Pukul lagi sampai sebati.

4) Bahagikan adunan coklat kepada 2 bahagian. Tuangkan 1 bahagian adunan coklat ke dalam loyang yang telah disapu margerin dan kukus hingga masak. Kemudian, tuang adunan cheese ke atas kek coklat yang telah dikukus tadi dan kukus lagi sehingga masak.

5) Setelah itu, tuangkan sekali lagi sebahagian adunan coklat menjadikan 3 lapisan kesemuanya. Kukus hingga masak.

6) Siap angkat dan sejukkan barulah diterbalikkan.

Kredit resepi: syarifah al wafa

#8 - KEK PANDAN KUKUS
====================

Bahan-bahan:

4 biji telur
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak jagung/biasa
1 sudu perasa pandan
1 sudu soda bikarbonat
2 cawan tepung
Pewarna hijau

Cara Penyediaan:

1) Mix telur dengan gula sampai putih berkrim, masukkan susu, minyak dan perasa pandan, mix lagi.

2) Masukkan soda dan tepung yang sudah di ayak.

3) Masukkan pewarna.

4) Panaskan pengukus dan kukus adunan dengan api yang besar.

5) Bungkus penutup kukus dengan kain jarang supaya air wap tidak menitis.

6) Kukus sampai masak.

#9 - KEK MILO KUKUS SIMPLE
========================

Bahan-Bahan :

1 cwn milo
1 cwn gula
1 cwn susu pekat manis
1 cwn minyak masak
1 cwn air Panas
(semua di masak hingga larut)

2 cwn tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bkarbonat
(Di ayak bersama)

3 biji telur

Cara Penyediaan:

1) Masukkan telur dalam campuran milo dan kacau rata

2) Masukkan tepung yang sudah diayak dan gaul sebati

3) Tuang dalam loyang dan kukus selama 1 jam atau hingga masak

#10 - KEK LAPIS NESCAFE CHEESE
============================

Bahan-bahan:

500 gram mentega
10 biji telur
1 sudu makan ovalet
1 sudu besar esen vanilla
1 1/2 gelas gula halus (210 gram)
500 gram cream cheese
200 gram coffee mate
100 gram horlicks
2 1/2 gelas tepung gandum (275gram)
1 tin susu pekat manis
3 sudu besar serbuk nescafe bancuh dengan 250ml susu cair dan tapis

Cara Penyediaan:

1) Putar gula, ovalet,mentega dan esen vanila sampai kembang.

2) Masukan telur satu persatu. Kemudian masukkan susu pekat dan cream cheese. Putar sampai betul betul sebati. 

3) Masukkan pula coffee mate dan horlicks. Gaul sebati guna senduk atau spatula.

4) Kemudian masukkan susu cair dan nescafe yang sudah dibancuh dan ditapis tadi. Gaul sebati.

5) Akhir sekali masukkan tepung. Gaul menggunakan senduk atau spatula sampai sebati. Bahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian 1 warna asal dan bahagian 2 warna kuning.

6) Tuang adunan bahagian 1 ke dalam loyang dan kukus selama 15 - 20 minit. Kemudian tuang bahagian 2 pula dan kukus semula selama 15 minit

7) Ulang proses yang sama sehingga kek jadi berlapis. Jumlah lapisan kek bergantung kepada citarasa anda

Kredit Resepi : eijarn aziean angah

#11 - KEK MARJERIN KUKUS
=======================

Bahan A:

4 biji telur
1 cawan gula kastor (tak suka manis kurangkan gula)
1/2 cawan marjerin
Sedikit esen vanila
( Blender kan semua bahan di atas )

Bahan B:

2 cawan tepung naik sendiri (diayak)

Cara Penyediaan:

1) Kisar kesemua Bahan A. Campurkan bahan B ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati

2) Tuangkan ke dalam bekas atau loyang. Kukus selama 1 jam atau hingga masak. Siap

#12 - KEK PISANG COKLAT MOIST KUKUS
=================================

Bahan A:

3 biji telur
3/4 cwn gula halus
1 sudu besar ovelatte
1 cwn minyak jagung@butter dicairkan
1/2 cwn susu pekat
2 sudu susu cair
1 cwn pisang dilenyek
sedikit garam
esen vanilla

Bahan B:

2 cwn tepung gandum (diayak) 
1/2 sudu besar soda bicarbonat (diayak) 
1/2 sudu besar baking powder (diayak) 
3 sudu besar serbok coco
1 sudu kecil perasa coklat emulco

Cara Penyediaan:

1) pukul telur dengan gula sehingga kembang dan masukkan ovelatte pukul lagi. 

2) masukkan susu pekat, minyak, susu cair dan garam, pukul lagi selama 4 - 5 minit biar kembang baru masukkan pisang.

3) masukan tepung yang di ayak tadi sedikit demi sedikit kacau rata dan bahagi kepada 2 bahagian, iaitu satu bahagian adunan asal dan satu lagi bahagian di masukkan serbuk koko. 

4) oleskan minyak pada loyang atau acuan, tuang adunan asal di bahagian bawah dan tuang pula adunan coklat di bahagian atas. Kukus kek selama 30 minit. Kalau guna acuan kecik kukus kek selama 15 minit.

#13 - KEK MASAM MANIS KUKUS
==========================

Bahan-bahan: 

1 cwn gula halus
1 cwn planta
2 cwn biskut marie (kisar)
5 biji telur
1 sudu makan esen vanila
1 sudu makan serbuk baking powder
3 sudu makan susu pekat
Pewarna hijau / kuning (warna ikut citarasa) 
Asam manis

Cara Penyediaan:

1) Kisar telur dan gula sampai jadi putih.

2) Pada bekas lain kisar pula planta smpi jadi putih.

3) Campurkan adunan planta tadi ke dalam adunan telur. Gaul hingga rata. 

4) Kemudian masukkan biskut, susu, bakinv powder dan esen vanila. Gaul sebati

5) Adunan yang sudah siap dibahagikan kepada 2 warna. 1 bahagian dicampur warna kuning dan 1 bahagian lagi warna hijau

6) Sapukan planta pada loyang. Tuang adunan warna hijau dan susun asam manis di bahagian atas. Kukus selama 5 minit. 

7) Tuang pula adunan warna kuning dan susun asam manis. Kukus lagi 5 minit

8) Ulang proses selang seli adunan sehingga habis. Akhir sekali kukus kek selama 30 minit. Siap

Kredit resepi: aida umi yati

#14 - KEK OREN SUNQUICK MOIST KUKUS
=================================

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
1 sk soda bicarbonat
1 sk baking powder
* satukan semua bahan ni, ayak dan ketepikan

4 biji telur (gred A)
2/3 cawan gula halus
1 cawan minyak masak
2/3 cawan susu pekat manis
1/2 cawan oren sunquick
2 sb parutan kulit oren
1 cawan air panas
Pewarna kuning atau oren

Cara Penyediaan:

1) Pukul telur dan gula sehingga gula larut sepenuhnya. Kalau tak ada mixer boleh pakai whisk dengan tangan 

2) Masukkan tepung sedikit demi sedikit, adunan akan menjadi sedikit berat

3) Masukkan minyak, susu pekat manis, oren sunquick, parutan kulit limau, air panas dan pewarna kuning. Gaul sebati

4) Tuang adunan ke dalam loyang yang telah digriskan

5) Panaskan pengukus terlebih dahulu, kukus di atas api besar selama 45-50 minit atau sehingga kek masak. Balut penutup pengukus dengan kain untuk elakkan air terjatuh ke atas kek semasa mengukus. Siap

#15 - KEK BUAH KUKUS
==================

Bahan A:

1 1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air panas
250g (1buku) butter
3 cawan mix fruit

Cara Penyediaan:

1) panaskan gula dalam kuali hingga berwarna perang gelap (guna api kecil)

2) masukkn air panas perlahan-lahan dan masak semula hingga gula larut.

3) masukkn butter dan kacau hingga butter cair. Masuk pula mix fruit, masak hingga mendidih. Angkat dan biarkan sejuk.

Bahan B: 

300g tepung gandum (anggaran 2 1/2 cawan)
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 sudu teh serbuk kayu manis (jika suka)

Cara Penyediaan: 

1) ayak bahan-bahan 3 kali

2) masukkan ke dalam adunan A sikit-sikit sambil dikacau hingga rata.

Bahan C:

3 biji telur gred A (kalau telur kecik guna 4 biji)
1 sudu teh esen vanilla

Cara Penyediaan:

1) pukul telur hingga kembang berbuih, masuk dalam adunan tadi dan kacau hingga rata. 

2) boleh tambah 2 sudu besar sunquick jika suka.

3) tuang adunan dalam loyang yang telah disapu minyak dan dialas baking paper. (jika guna acuan plastik, sapu minyak sahaja)

4) tutup loyang dengan plastik supaya wap dari penutup kukusan tak jatuh atas kek, boleh juga balut penutup kukusan dgn kain.

5) pastikan air kukusan sudah mendidih baru kukus kek. Kukus kek selama 2 jam. Sejam yang pertama kukus guna api sederhana dan sejam lagi guna api kecil.

6) bila kek dah masak, tutup api, buka penutup dan biarkan kek atas kukusan hingga kek suam baru diangkat. (Supaya buah dalam kek tak turun ke bawah)

7) tunggu sejuk baru potong.
15 Resepi Kek Kukus Mudah dan Sedap 15 Resepi Kek Kukus Mudah dan Sedap Reviewed by Bawang on Monday, May 25, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.