Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (Slot Akasia)

Jangan ketinggalan menyaksikan Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe yang akan bersiaran mulai 25 Mei 2020 di Slot Akasia TV3 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe dibintangi oleh Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Fazlisham, Scha Elinnea, Hariesa DFKL, Jasmin Hamid, Erynne Erynna dan ramai lagi. 


DRAMA NASI KERABU UNTUK CHE ABE
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Mula : 25 Mei 2020
Waktu : Jam 7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat
Jumlah Episod : 13
Slot : Akasia


Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Heykal Hanifah dan terbitan Luqsar Kreatif Sdn Bhd

Pelakon
Izzue Islam, Elisya Sandha, Issey Fazlisham, Scha Elinnea, Hariesa DFKL, Jasmin Hamid, Erynne Erynna, Syainie Shuhaimi, Neera Azizi, Radhi Khalid, Kuna Muzani, Kamarool Haji Yusoff, Danny X-Factor

Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Faizul
Elisya Sandha sebagai Shira
Issey Fazlisham sebagai Arman
Scha Elinnea sebagai Zety
Syainie Shuhaimi sebagai Atikah
Neera Azizi sebagai Sha
Jasmin Hamid sebagai Nolly
Radhi Khalid sebagai Badrul
Kuna Muzani sebagai Mek Yan
Kamarool Haji Yusoff sebagai Dali
Danny X-Factor sebagai Mat Yie.

Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe
Shira, Yana dan Zetty, 3 orang gadis yang dikenali sebagai 'awesome girls' adalah antara gadis-gadis cantik di kolej. Di permulaan cerita mereka telah berselisih dengan pelajar master yang kacak dan menarik bernama Faizul.

Ketiga-tiga mereka terpegun tetapi semuanya hilang mood bila mula terdengar Faizul mula bercakap dalam loghat kelate yang agak pekat. Faizul tidak pandai berdialek KL walaupun berkali-kali rakan baiknya, Arman mengajarnya. Arman biarpun berbeza jurusan namun mereka sama-sama gila mencari duit dengan berniaga. 

Faizul lebih gemar menjual secara bersemuka berbanding dengan Arman yang menjual bermacam-macam secara atas talian. Shira, Yana dan Zetty tinggal bersama di rumah sewa, mereka bersahabat karib dan mereka pernah berjanji dan saling mencabar 'no boy no love' sehingga tamat pengajian. 

Tetapi mereka bertiga terkenangkan Faizul dan mula memikirkan bagaimana cara ingin melanggar janji yang mereka telah buat.

Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (Slot Akasia)  Sinopsis Drama Nasi Kerabu Untuk Che Abe (Slot Akasia) Reviewed by Bawang on Monday, May 25, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.