20 Koleksi Resepi Biskut Raya Berasaskan Coklat

20 Koleksi Resepi Biskut Raya Berasaskan Coklat | Bagaimana dengan persiapan kuih raya anda tahun ini? Kali ini kami ingin kongsikan koleksi resepi biskut raya yang berasaskan atau menggunakan coklat dalam pembuatan biskut. Kalau kita lihat dari segi pemilihan biskut raya yang ada coklat akan lebih digemari ramai tidak kira tua mahupun muda. 


Jom lihat perkongsian 20 jenis resepi biskut raya yang mampu anda sediakan sendiri dirumah. Yang pastinya sedap dan mudah. 

#1 - BISKUT CHOCOLATE RICE
========================

Bahan-bahan:


1 ketul butter 250g 
3/4 cwn gula aising
1biji telur kuning
2sb susu tepung
2sb nestum hancur (kisar dulu)  

2 - 3 cwn tepung gandum
3sb tepung kastad
3sb tepung jagung
2-3sb serbuk koko

Bahan Hiasan:


▪️Coklat berryls / coklat masakan +1sb cocoa butter ( dicairkan )

▪️Coklat rice

Cara Penyediaan:


1) Kacau butter dan gula aising hingga sebati,  pakai senduk sahaja jangan guna mixer. Kacau sekejap tak perlu lama nanti akan kembang


2) Masukkan telur, susu tepung, dan nestum. Kacau lagi


3) Masukkn koko,  tepung gandum,  tepung jagung dan tepung kastad,  yang sudah diayak. Masuk sikit-sikit hingga tak melekat ditangan. Gaul sebati kalau adunan lembik boleh tambahkan tepung gandum. 


4) Tekapkan guna acuan kemudian bakar hingga masak pada suhu 160°c selama 20 - 25 minit (bergantung oven masing-masing) 

5) Bila biskut sudah sejuk, celupkan coklat dan taburkan coklat rice. 


6) Biar coklat keras sikit boleh simpan dalam bekas kedap udara


Kredit Resepi : eida nish


#2 - BISKUT COKLAT URAI

=====================

Bahan-bahan:


250g mentega

140g gula halus
2 biji kuning telur
480g tepung gandum
50g serbuk badam
50g serbuk koko
2 sudu teh esen vanilla
Coklat urai

Cara Penyediaan:


1) Pukul mentega dan gula hingga kembang.


2) Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla.


3) Masukkan serbuk badam, serbuk koko dan juga tepung (untuk tepung dimasukkan sedikit demi sedikit). Pukul lagi hingga menjadi adunan yang lembut.


4) Uli adunan dan kemudian terapkan dengan acuan.



5) Tabur coklat urai diatasnya dan bakar pada suhu 175°c selama 20 minit.

#3 - ALMOND LONDON

==================

Bahan-bahan:


250gm mentega

450gm tepung gandum
2 sudu teh emplex
220gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
150gm badam ( dibakar seketika di dalam ketuhar) 

Bahan Salutan Coklat:


450gm coklat masakan

1/2 sudu makan lemak sayuran
3 sudu makan badam cincang (ibakar seketika) 
Cawan kertas secukupnya

Cara Penyediaan:


1) Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.


2) Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.


3) Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.


4) Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.


5) Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.


6) Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.


7) Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.



8) Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.

#4 - ALMOND ROCHER

==================

Bahan-bahan:


250gm coklat susu compound

50gm pes kacang hazel
Badam jejari secukupnya di panggang

Cara Penyediaan:


1) Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boiler.


2) Masukkan badam yang telah dipanggang ke dalam coklat masakan. Kacau sebati.



3) Sudukan ke dalam kertas cawan dan biarkan sejuk

#5 - CHOCOLATE VANILLA VIENNESE COOKIES

==============================

Bahan-bahan:

175g (3/4 cawan) unsalted butter
40g (3 sudu besar) gula ising
1/2 sudu kecil esen vanilla
175g (1 1/2 cawan) tepung gandum
40g (3 sudu besar) tepung jagung
1 sudu besar serbuk koko

Cara Penyediaan:

1) Panaskan oven kepada suhu 170°C.

2) Griskan dulang dengan mentega atau lapik dengan kertas parchment atau kertas minyak.

3) Menggunakan paddle attachment (mixer), pukul gula ising bersama butter sehingga putih dan kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul seketika.

4) Ayak tepung gandum dan tepung jagung kemudian masukkan ke dalam adunan butter tadi. Putar sehingga sekata dan lembut.

5) Bahagikan adunan kepada dua. Satu bahagian digaulkan bersama serbuk koko sehingga sekata. Satu bahagian lagi tidak perlu ditambah apa-apa lagi kerana itu adalah adunan vanilla.

6) Menggunakan plastik piping yang diletakkan nozzle berbentuk bintang, masukkan doh coklat di sebelah bahagian plastik piping, dan sebelah lagi dimasukkan doh vanilla. Lurutkan ke bawah supaya doh rapat dan tiada ruang udara.

7) Paipkan di atas dulang dan bakar selama 12-15 minit, atau sehingga biskut keperangan.

Angkat dan sejukkan di atas redai. Simpan di dalam bekas kedap udara

#6 - CHOCOLATE PEANUT BUTTER BALLS

==================================


Bahan-bahan :


3/4 cawan peanut butter ( halus atau kasar ikut suka )

1/2 cawan butter - suhu bilik
3/4 cawan gula icing
1 cawan biskut digestive - dihancurkan
1/3 cawan kelapa kering (dessicated coconut)
1/3 cawan kismis (jika suka)
1 cawan coklat chips
1 sudu besar butter (tambahan)

Cara Penyediaan:


1) Satukan kesemua bahan kecuali coklat chips dan 1 sudu besar butter. Gaul hingga sebati.


2) Bulat-bulatkan adunan sebesar bola 1 inci dan susun di atas dulang.


3) Cairkan coklat chips dan 1 sudu besar butter dengan menggunakan cara double boiling. Pastikan air tidak masuk ke dalam coklat


4) Apabila coklat telah agak sejuk sedikit, celupkan bebola peanut butter ke dalam coklat cair dan letak kan bebola ke dalam mangkuk kertas atau diatas dulang dan biarkan coklat mengeras sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara. Sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk


#7 - CORNFLAKES CLUSTER PRALINE

===============================

Bahan-bahan :


150gm cornflakes

50gm almond strip-bakar dahulu
20gm-50gm hazelnut paste atau nutella
200gm milk coklat
200gm dark coklat
Hiasan : White coklat

Cara Penyediaan:


1) Cairkan coklat dengan mengunakan kaedah double boiler


2) Masukkan hazelnut paste, cornflakes dan badam hiris. Kacau sebati.


3) Supaya coklat tidak cepat keras sementara kita hendak memasukkan ke dalam papercup, guna rice cooker yg dipanaskan airnya dan diletakkan bekas coklat di atas nya.


4) Masukkan ke dalam papercup sehingga habis.


5) Hiaskan dengan coklat putih. Biarkan sehingga mengeras

#8 - BISKUT FERRERO ROCHER
==========================

Bahan-bahan :


250gm butter

80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tepung gandum
100gm almond powder
40gm tepung jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (untuk menyalut biskut)
3 biji putih telur (untuk melekatkan almond nibs dengab biskut)
coklat masakan secukupnya.(untuk menyalut biskut)

Cara Penyediaan:


1) putar butter dan gula sehingga sebati.


2) masukkan esen vanila, qroquant, tepung gandum, almond powder dan tepung jagung. Uli hingga sebati


3) bulatkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki. Letakkan dalam dulang pembakar yang sudah disapu dengan marjerin.


4) Bakar pada suhu 150°c selama 20 - 25 minit atau sehingga masak


5) Golekkan biskut yang telah dibakar ke dalam telur putih. Kemudian golekkan di atas almond nibs.


6) Bakar semula biskut lebih kurang 5 minit.


7) cairkan coklat masakan dan golekkan biskut dalam coklat dan masukkan ke dalam paper cup. Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara


#9 - COKLAT FERRERO ROCHER HOMEMADE RAYA

====================================

Bahan-bahan :


250 Gram Butter (suhu bilik)

150 Gram Gula Caster
1 Biji Kuning Telur Ayam
30 Gram Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs)
100 Gram Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus)
100 Gram Tepung Jagung
300 Gram Tepung Red Rose atau tepung top
250 Gram Badam (cincang dan disangar tanpa minyak)
300 Gram Chocolate Masakan (dicairkan)
1 Biji Putih Telur Ayam

Cara Penyediaan:


1) Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung.


2) Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.


3) Pukul pula butter, gula dan kuning telur hingga gebu dan kembang.

4) Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.


5) Bulatkan doh sebesar guli.


6) Celupkan pula doh bebola tadi ke dalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.


7) Letakkan diatas bekas dulang pembakar.


8) Selepas itu bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165°c selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)


9) Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.


10) Letak kan bebola chocolate ke dalam mangkuk kertas.


#10 - BISKUT KOKO RANGUP

=======================

Bahan-bahan:


50g mentega tanpa garam

70g tepung
15g serbuk koko
1/8 sk serbuk kulit kayu manis
1/4 sk baking powder
40g gula perang
2 cubit garam

Cara Penyediaan:


1) Potong mentega 1 cm. Masukkan ke dalam peti sejuk.


2) Panaskan oven dalam suhu 180°c. Alas dulang/acuan dengan oven peper


3) Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.


4) Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat.


5) Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.


6) Bakar selama 25-30 minit.


7) Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

#11 - MILO COOKIES

================

Bahan-bahan:


250g butter + 1 sb shortening (minyak sayuran)

1 cawan gula perang 
1sb esen vanila dan 1sb emolco coklat
1 biji telur gred A atau B (kuning sahaja)
1/2 cawan minyak 100g
1/2 cawan tepung jagung 120g
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung(optional)
1/2 cawan milo
1 sb empleks
1/2 sb baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 cawan kacang badam nips (dibakar) 
1 cawan coklat chips (simpan peti ais 1 jam) tujuan supaya masa uli coklat chips tak cair dan warna biskut jadi tak cantik

Cara Penyediaan:


1) Campurkan butter, shortening, gula, esen vanila dan emolco. Gaul hingga sebati


2) Tambah telur dan minyak, kacau hingga sebati


3) Tambahkan milo dan semua serbuk penaik yang ada, kacau rata.


4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit, uli sampai doh lembut


5) Tambahkan badam dan coklat chips, gaulkan. Simpan doh dalam peti sejuk selama 10 minit


6) Keluarkan biar sekejap dan bentukkan.


7) Bakar pada suhu 170°c  selama 20-25 minit api atas bawah.


8) Kalau nak letak nutella, bakar 20 minit dan keluarkan. Lorek nutella, tabur badam dan nestum, masukkan semula bakar lagi 5 minit dan keluarkan. Siap


Kredit resepi : Azlina Ina Fans


#12 - RESEPI CADBURY BADAM

=========================

Bahan-bahan:


Coklat Cadbury

Badam

Cara Penyediaan:


1) Bakar badam sampai rangup, kemudian double boil coklat. Gaul dengan badam dengan coklat cair hingga sebati


2) Sudukan adunan ke atas kertas minyak. Guna plastik pun boleh, tujuan nak elak biskut melekat


3) Kemudian masukan dalam peti ais bagi keras.


4) Jika guna coklat beryls mungkin boleh letak dalam balang kat suhu luar, tapi sebab guna cadbury cepat cair kena simpan dalam peti ais


Kredit resepi: Zaharah Ramin


#13 - BEBOLA COKLAT OREO

=======================

Bahan-bahan:


Biskut Oreo

Cream Cheese (pada suhu bilik)
Coklat Masakan
Biskut Marie (bagi adunan banyak sikit – tak nak pun tak apa)

Cara Penyediaan:


1) Hancurkan biskut Oreo terlebih dahulu. Guna blender paling senang.


2) Kemudian gaulkan biskut tadi dengan cream cheese hingga sebati.


3) Bentukkan adunan tadi bulat-bulat. Saiz terpulang, nak besar atau kecil pun boleh


4) Sejukkan bebola oreo tadi selama 10 minit dalam peti sejuk.


5) Sementara itu, cairkan coklat masakan dengan cara double boiling.


6) Keluarkan bebola yang telah disejukkan tadi, celupkan ke dalam coklat cair tadi.


7) Hiaskan mengikut kreativiti anda.


8) Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama satu jam. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.

#14 - BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOUS

==============================

Bahan-bahan:


250 gram Butter

1 1/4 cawan Brown Sugar
1 sudu kecil Essence Vanila
1 biji Telur
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
3 sudu besar serbuk koko
6 sudu besar Minyak Masak
2 cawan Coklat Cip
Almond nips / almond flakes (jika suka)

Cara Penyediaan:


1) satukan butter, brown sugar, esen vanila dan telur. Kacau sehingga sebati guna senduk sahaja

(gula tak hancur pun tidak apa)

2) masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko dan minyak masak. Kacau hingga sebati.


3) Masukkan coklat chip dan kacau lagi


4) Masukkan almond nips atau almond flakes, kacau sebati. Dah siap simpan dalam peti ais selama 30 minit


4) Panaskan oven suhu 150°c api atas bawah.


5) Cubit sedikit adunan letak atas dulang yang disapu butter. Bakar selama 20 minit.


(lepas bakar memang lembik, tapi dah sejuk nanti baru crunchy tau)


Kredit resepi : Zaihanififie Abu Bakar



#15 - RESEPI TART CADBURY
======================

Bahan-bahan:

1/2 kg tepung gandum
250 g butter
1/2 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar pewarna ungu atau kuning
Coklat cadbury

Cara Penyediaan:

1) Masukkan 1/2 kg tepung gandung dan 250g butter ke dalam bekas. Gaul sehingga sekata

2) Masukkan gula aising 1/2 cawan, 1 sudu kecik esen vanila dan 3 sudu besar pewarna ungu ke dalam adunan tadi. Pewarna bergantung kepada anda samada mahukan warna ungu atau kuning.

3) Bentukkan adunan menggunakan acuan tart dan masukkan coklat Cadbury di dalamnya

4) Bakar selama 10-15minit dengan suhu 160 °c (ikut kesesuaian dan jenis oven)

#16 - BISKUT COKLAT CONFLAKES
===========================

Bahan-bahan :

BAHAN A:
300gm coklat masakan
2 sudu teh shortening

BAHAN B:
100gm cornflakes
40gm badam cincang -dibakar selama 10 minit
Sedikit badam cincang -untuk hiasan
Sedikit coklat putih -untuk hiasan

Cara Penyediaan

1) Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’ kemudian masukkan ke semua bahan b.

2) Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.

3) Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya.

4) Biarkan coklat keras kemudian hiaskan dengan coklat putih di atasnya.

5) Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


#17 - BROWNIES COOKIES
====================

Bahan-bahan:

700g dark chocolate beryl's
200g buttercup
7 biji telur gred B
400g gula perang
1 penutup esen vanila
200g tepung gandum

Cara Penyediaan:

1) Cairkan dark chocolate beryls dan buttercup menggunakn kaedah double boiler

2) Masukkan telur, gula perang dan esen vanila dan kacau rata dengan menggunakan whisk

3) Agak gula sudah hancur, masukkan campuran coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau hingga sebati

4) Masukkan tepung gandum ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati

5) Adunan tadi masukkan dalam piping bag dan picit di atas dulang pembakar. Bakar dalam oven suhu 150°c selama 15 minit

Kredit resepi : Rin Norin

#18 - ALAMANDA BAR COOKIES
=========================

Bahan A:
125gm butter 
100gm marjerin
80gm shortening @ lemak sayuran
80gm gula kastor
2 sudu teh Cappucino emulco (kalau tak suka) boleh tukar ke esen vanilla

Bahan B (di ayak):
350gm tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
1 sudu besar susu tepung

Bahan C:
100gm koko crunchs - dikisar halus
40gm kacang tanah - dipanggang dan dikisar
100gm coklat rice

Hiasan
Kuning telur
Coklat masakan putih - cairkan kaedah double boiler
Coklat masakan gelap (dark cooking choc) - cairkan kaedah double boiler

Cara Penyediaan:

1) Pukul bahan A hingga sebati (kacau guna senduk kayu) 

2) Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sebati.

3) Masukkan bahan C dan uli hingga menjadi doh yg lembut.

4) Rehatkan doh selama 15 minit. Doh agak sedikit lembik tp bila doh direhatkan selama 15 minit doh dah sedikit ok

5) Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter

6) Panaskan oven pada suhu 150c

7) Canaikan doh di atas 2 lapik plastik supaya doh tidak melekat. Terap doh dgn penerap biskut

8) Susun biskut di dlm loyang pembakar

9) Sapukan kuning telur di atas permukaan biskut 

10) Bakar dalam oven pada suhu 150c selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak (ikut oven masing-masing)

11) Sejukkan biskut setelah masak. Hiaskan biskut dengan paipkan coklat masakan putih dan dark coklat yang telah dicairkan ikut kreativiti anda

12) Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan di dlm bekas kedap udara.  

Sumber Resepi : Kak Azlita Aziz


#19 - SEMPERIT COKLAT
===================

Bahan-bahan:

250 gm butter
3/4 cawan gula ising
1 sk coklat emulco
2 sb susu tepung
2 sb serbuk koko
1 3/4 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung gandum

Hiasan:
Coklat rice

Cara Penyediaan:

1) Satukan butter, gula dan coklat emulco. Kacau sebati guna senduk

2) Sudah sebati butter dan gula, masukkan susu tepung dan serbuk koko. Kacau sebati

3) Kemudian masukkan tepung jagung kacau rata perlahan

4) Terus masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil gaul lembut dengan hujung jari hingga rata.

5) Tak perlu habiskan semua tepung gandum tu kalau doh lembut cantik dan sudah tidak melekat pada tangan dan bekas. Doh jangan keras sangat nanti tak boleh tekan pada acuan

6) Doh sudah siap bolehlah tekan guna acuan. Pastikan dulang pembakar dioles sedikit dengan butter agar tidak melekat nanti

7) Letaklah hiasan atas biskut

8) Bakar dengan suhu 150°c, api atas bawah selama 20 - 25 minit (bergantung oven masing-masing) 

#20 - BISKUT NUTELLA POD
=======================

Bahan-bahan:

1/2 cawan marjerin
3 sb gula halus
1 sk esen vanila
1 biji telur kuning
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sk baking soda
1/2 sk baking powder
1 sb tepung beras (nak bagi rangup)
1 sb Serbuk badam

Cara Penyediaan:

1) Campurkan marjerin, gula halus, esen vanila dalam bekas. Gaul hingga sebati

2) Masukkan pula sebiji telur kuning, gaul hingga sebati

3) Ayak tepung gandum, baking soda, baking powder dan tepung beras. Terus masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul hingga sebati

4) Adunan doh dah siap campurkan dengan serbuk badam. Gaul sebati

5) Bulat-bulatkan doh dan tekan di bahagian tengah. Kalau nak senang boleh guna acuan shell tart. 

6) Bakar biskut dalam suhu 160°C selama 30 minit (bergantung oven masing-masing) 


7) Dah siap bakar, piping / masukkan nutella di bahagian tengah biskut. Boleh tambah hiasan di atas seperti coklat rice atau almond nibs. Siap

Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya! 

20 Koleksi Resepi Biskut Raya Berasaskan Coklat 20 Koleksi Resepi Biskut Raya Berasaskan Coklat Reviewed by Bawang on Friday, May 15, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.