Cara Buat Roti Sirap Bandung

Cara Buat Roti Sirap Bandung | Kami ingin kongsikan resepi roti sirap bandung yang sangat lembut dan sedap. Kelainan yang ada pada roti sirap bandung berbanding roti susu biasa adalah dari segi penggunaan susu krimer manis bandung. Jom lihat cara penyediaan dan bahan-bahan yang diperlukan. 


Bahan-bahan:

250 g tepung roti
20 g tepung gandum
50 g gula pasir
2 sudu besar susu pekat Saji perisa Sirap Bandung
130 g ( 1 biji telur + air) 
1 sudu besar yis kering
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil cream super
40 g marjerin
Sedikit pewarna pink

Cara Penyediaan:

1) Masukkan bancuhan air dan telur ke dalam bekas. Diikuti gula, garam, susu pekat, pewarna pink dan cream super

2) Masukkan tepung roti dan yis. Pukul adunan sampai sebati

3) Bila doh dah bersatu masukkan marjerin dan uli doh tersebut. Kalau rasa lembik boleh tambah tepung gandum sikit-sikit.

4) Dah siap, bahagikan doh kepada 16 bahagian jika menggunakan loyang 8" x 8"

5) Bulatkan doh dengan kemas dan susun dalam loyang yang dah digris dengan sedikit marjerin


6) Bungkuskan dalam beg plastik yang bersih dan biarkan naik

7) Bila doh dah naik, sapukan sedikit susu segar diatasnya dan taburkan bijan

8) Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan api atas bawah dalam suhu 170°C selama 20 minit dan api bawah sahaja selama 7 minit

9) Bila roti dah keluar dari ketuhar, sapu marjerin di atasnya. Keluarkan dari loyang. Siap.


*resepi ini adalah perkongsian daripada mamafami dan telah diolah mengikut kesuaian. 
Cara Buat Roti Sirap Bandung Cara Buat Roti Sirap Bandung Reviewed by Bawang on Friday, May 15, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.