25 Koleksi Resepi Biskut Raya 2020 Paling Mudah dan Sedap

25 Koleksi Resepi Biskut Raya 2020 Paling Mudah dan Sedap | Apakah biskut raya baru dan menjadi viral pada tahun ini? Raya tinggal beberapa hari je lagi. Bagaimana dengan persiapan biskut raya anda tahun ini? Maklumlah seluruh dunia kini dilanda wabak, jadi tahun ini kita tak dapat beraya di kampung bersama keluarga. 

Sedih kan. Sesiapa yang ada masa terluang tu boleh lah mencuba dan mempelajari resepi-resepi biskut raya 2020 di rumah. Kalau beli banyak yang tak sedap kan, nama biskut lain-lain tapi rasa sama pulak. Jadi apa kata anda cuba sendiri dirumah. Boleh tambah kemahiran yang tak berapa nak ada tu.



Biskut raya pergi je mana-mana rumah pasti akan dihidangkan kepada para tetamu yang bertandang. Kira hidangan wajib lah kan. Kalau biskut raya tak ada macam tak lengkap je sambutan hari raya. 


Disini kami himpunkan koleksi-koleksi kuih raya terbaru dan terkini untuk memudahkan anda membuat pilihan yang terbaik. Jom scroll ke bawah untuk melihat perkongsian 25 resepi terbaik pilihan kami. 


#1 - BISKUT NESCAFE MUNCHIES

============================

Bahan- Bahan:


250gm butter

2 biji kuning telur
25gm gula aising
75gm tepung hoen kwee atau tepung jagung
450gm tepung gandum - diayak
4 sudu besar serbuk nescafe - diayak
sedikit esen kopi - kalau tiada guna 1 sudu teh serbuk kopi dibancuh dgn sedikit air panas
coklat rice atau biji kopi sebagai hiasan

Cara Penyediaan:


1) Mentega, kuning telur, gula aising, serbuk nescafe dan esen kopi dipukul rata.


2) Masukkan tepung hoen kwee atau tepung jagung


3) kemudian masukkan tepung gandum dan ulilah sehingga doh lembut.


4) Canaikan doh, teraplah dengan acuan biskut.


5) Bakarkan pada suhu 160°c hingga masak lebih kurang 20-30 minit


Tips untuk membuat biskut:


1. Untuk mendapatkan biskut yg masak sama rata, buatlah saiz yang sama.


2. Untuk adunan biskut, kalau lembik dan susah untuk dibentuk, tambahkan sesudu tepung lagi dan bungkus adunan didalam plastik, masukkan ke dalam petisejuk sekurangnya 30 minit.


3. Untuk adunan biskut yang agak keras sikit, tambahkan sesudu susu segar.


4. Sebaik-baiknya selepas biskut dibakar, biarkan sebentar diatas oven tray itu selama 5 minit, kemudian barulah dialihkan ke rak kek untuk menyejukkan biskut.


5. Untuk mengelakkan biskut dari jadi leper, elakkan guna oven tray yg panas untuk biskut yg baru hendak dibakar, sejukkan dulu oven tray dulu dengan melalukan air sejuk ke belakang oven tray itu.


#2 - CORNFLAKES SALTED EGG

=========================

Bahan-bahan:


200g cornflakes

1/4 buku butter (anggaran dlm 80g)
2 sudu serbuk cili
4 sudu gula perang (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
3/4 paket salted egg paste (tak kisah brand apa)
8 tangkai cili padi
Segenggam daun kari

Cara Penyediaan:


1) cairkan butter di dlm kuali dengan daun kari


2) agak butter dah cair masukkan salted egg paste bersama serbuk cili serta gula.


3) bila paste mula mengeleggak masukkan cornflakes bersama cili padi dan gaul sehingga rata


4) Bakar di dalam oven sekurangnye 15-20min dgn api 150°c. Tunggu sehingga sejuk boleh simpan dalam bekas.


Kredit Resepi : Bintu Zain


#3 - SEMPERIT SUSU

=================

Bahan-bahan:


1 1/2 Cawan butter

3/4 cawan Susu pekat
4 titik Esen Vanilla
4 cawan Tepung Jagung (untuk bagi rasa cair dalam mulut)
2 sudu besar Tepung Beras (untuk bagi rangup dan tak mudah pecah bila sejuk)
2 sudu besar Tepung Custard (untuk bagi creamy pada Semperit)
4 titik pewarna kuning (ikut pilihan warna anda
Butter untuk sapu kat loyang

Cara Penyediaan:


1) Masukkan butter, susu pekat dan esen vanila ke dalam bekas. Kacau menggunakan senduk biasa sehingga sebati.


2) Selepas sebati, masukkan pewarna kuning. Kacau lagi sampai rata.


3) Masukkan Tepung Jagung 2 cawan dulu, dan diikuti  tepung beras dan tepung custard. Gaul guna tangan sebab lebih mudah


4) Kemudian masuk lagi baki 2 cawan tepung jagung tadi. Masukkan sikit-sikit.


5) Uli doh sampai lembut. Bila dah siap uli, masukkan sikit adunan dekat hujung muncung semperit. Tekan sikit bagi rata keluar angin dulu


6) Kemudian boleh buat guna nozel pecah 11 lenggok atau pecah 15 lenggok. Tekan doh ke atas dulang. Sebelum tu pastikan sapu sedikit butter di atas dulang supaya tidak melekat nanti


7) Hiaskan dengan chip coklat dan siap untuk dibakar.


8) Panaskan oven 170°c selama 5 minit. Selepas 5 minit bakar semperit yang dah siap tadi dalam suhu 160°c selama 25 minit atau sehingga bila kita tolak dia mudah tertanggal.


Kredit resepi : Siti Aishah


#4 - BISKUT CHOC CHIP ALA FAMOUS AMOUS

==============================

Bahan-bahan:


250 gram Butter

1 1/4 cawan Brown Sugar
1 sudu kecil Essence Vanila
1 biji Telur
2 1/2 cawan Tepung Gandum
1/2 cawan Tepung Jagung
1 sudu kecil Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bikarbonat

3 sudu besar serbuk koko

6 sudu besar Minyak Masak
2 cawan Coklat Cip
Almond nips / almond flakes (jika suka)

Cara Penyediaan:


1) satukan butter, brown sugar, esen vanila dan telur. Kacau sehingga sebati guna senduk sahaja

(gula tak hancur pun tidak apa)

2) masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder, soda bikarbonat, serbuk koko dan minyak masak. Kacau hingga sebati.


3) Masukkan coklat chip dan kacau lagi


4) Masukkan almond nips atau almond flakes, kacau sebati. Dah siap simpan dalam peti ais selama 30 minit


4) Panaskan oven suhu 150°c api atas bawah.


5) Cubit sedikit adunan letak atas dulang yang disapu butter. Bakar selama 20 minit.


(lepas bakar memang lembik, tapi dah sejuk nanti baru crunchy tau)


Kredit resepi : Zaihanififie Abu Bakar


#5 - RESEPI TART CADBURY

======================

Bahan-bahan:


1/2 kg tepung gandum

250 g butter
1/2 cawan gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu besar pewarna ungu atau kuning
Coklat cadbury

Cara Penyediaan:


1) Masukkan 1/2 kg tepung gandung dan 250g butter ke dalam bekas. Gaul sehingga sekata


2) Masukkan gula aising 1/2 cawan, 1 sudu kecik esen vanila dan 3 sudu besar pewarna ungu ke dalam adunan tadi. Pewarna bergantung kepada anda samada mahukan warna ungu atau kuning.


3) Bentukkan adunan menggunakan acuan tart dan masukkan coklat Cadbury di dalamnya


4) Bakar selama 10-15minit dengan suhu 160 °c (ikut kesesuaian dan jenis oven)


#6 - BISKUT COKLAT CONFLAKES

===========================

Bahan-bahan :


BAHAN A:

300gm coklat masakan
2 sudu teh shortening

BAHAN B:

100gm cornflakes
40gm badam cincang -dibakar selama 10 minit
Sedikit badam cincang -untuk hiasan
Sedikit coklat putih -untuk hiasan

Cara Penyediaan


1) Cairkan bahan A dengan kaedah ‘double boiler’ kemudian masukkan ke semua bahan b.


2) Gaulkan dan pastikan kesemuanya bersalut rata.


3) Sudukan ke dalam cawan kertas dan taburkan badam cincang di atasnya.


4) Biarkan coklat keras kemudian hiaskan dengan coklat putih di atasnya.


5) Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


#7 - BROWNIES COOKIES

====================

Bahan-bahan:


700g dark chocolate beryl's

200g buttercup
7 biji telur gred B
400g gula perang
1 penutup esen vanila
200g tepung gandum

Cara Penyediaan:


1) Cairkan dark chocolate beryls dan buttercup menggunakn kaedah double boiler


2) Masukkan telur, gula perang dan esen vanila dan kacau rata dengan menggunakan whisk


3) Agak gula sudah hancur, masukkan campuran coklat yang telah dicairkan tadi. Kacau hingga sebati


4) Masukkan tepung gandum ke dalam adunan tadi dan gaul hingga sebati


5) Adunan tadi masukkan dalam piping bag dan picit di atas dulang pembakar. Bakar dalam oven suhu 150°c selama 15 minit


Kredit resepi : Rin Norin


#8 - ALAMANDA BAR COOKIES

=========================

Bahan A:
125gm butter 
100gm marjerin
80gm shortening @ lemak sayuran
80gm gula kastor
2 sudu teh Cappucino emulco (kalau tak suka) boleh tukar ke esen vanilla

Bahan B (di ayak):

350gm tepung gandum
1/4 sudu teh baking powder
40gm tepung jagung
40gm tepung kentang
1 sudu besar susu tepung

Bahan C:

100gm koko crunchs - dikisar halus
40gm kacang tanah - dipanggang dan dikisar
100gm coklat rice

Hiasan

Kuning telur
Coklat masakan putih - cairkan kaedah double boiler
Coklat masakan gelap (dark cooking choc) - cairkan kaedah double boiler

Cara Penyediaan:


1) Pukul bahan A hingga sebati (kacau guna senduk kayu) 


2) Masukkan bahan B sedikit demi sedikit dan kacau sebati.


3) Masukkan bahan C dan uli hingga menjadi doh yg lembut.


4) Rehatkan doh selama 15 minit. Doh agak sedikit lembik tp bila doh direhatkan selama 15 minit doh dah sedikit ok


5) Sediakan loyang pembakar dan oleskan dengan sedikit butter


6) Panaskan oven pada suhu 150c


7) Canaikan doh di atas 2 lapik plastik supaya doh tidak melekat. Terap doh dgn penerap biskut


8) Susun biskut di dlm loyang pembakar


9) Sapukan kuning telur di atas permukaan biskut 


10) Bakar dalam oven pada suhu 150c selama 15-20 minit atau sehingga biskut masak (ikut oven masing-masing)


11) Sejukkan biskut setelah masak. Hiaskan biskut dengan paipkan coklat masakan putih dan dark coklat yang telah dicairkan ikut kreativiti anda


12) Biarkan coklat mengeras sebelum di simpan di dlm bekas kedap udara.  


Sumber Resepi : Kak Azlita Aziz


#9 - SEMPERIT COKLAT

===================

Bahan-bahan:


250 gm butter

3/4 cawan gula ising
1 sk coklat emulco
2 sb susu tepung
2 sb serbuk koko
1 3/4 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan tepung gandum

Hiasan:

Coklat rice

Cara Penyediaan:


1) Satukan butter, gula dan coklat emulco. Kacau sebati guna senduk


2) Sudah sebati butter dan gula, masukkan susu tepung dan serbuk koko. Kacau sebati


3) Kemudian masukkan tepung jagung kacau rata perlahan



4) Terus masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil gaul lembut dengan hujung jari hingga rata.


5) Tak perlu habiskan semua tepung gandum tu kalau doh lembut cantik dan sudah tidak melekat pada tangan dan bekas. Doh jangan keras sangat nanti tak boleh tekan pada acuan


6) Doh sudah siap bolehlah tekan guna acuan. Pastikan dulang pembakar dioles sedikit dengan butter agar tidak melekat nanti


7) Letaklah hiasan atas biskut


8) Bakar dengan suhu 150°c, api atas bawah selama 20 - 25 minit (bergantung oven masing-masing) 


#10 - BISKUT CHEESE
=================

Bahan - bahan :

250gm Mentega
180gm Gula Aising
2 biji Kuning Telur
250gm Tepung Ubi 
225gm Tepung Jagung
1/2 st baking powder
70gm Parutan Keju Cheddar- untuk letak dlm adunan
kuning telur dan sedikit parutan keju - untuk hiasan

Cara Penyediaan:

1) Pukul Mentega dan Gula sehingga sebati.
2) Masukkan kuning telur dan pukul sehingga sebati.
3) Masukkan bahan-bahan kering.
4) Canai dan terap. Sapukan sedikit kuning telur di atas permukaan biskut dan taburkan sedikit parutan keju atas setiap biskut.
5) Bakar dalam suhu 160°c selama 15 -20 minit (bergantung oven masing-masing) 



#11 - CHOCOLATE PEANUT BUTTER BALLS
==================================


Bahan-bahan :


3/4 cawan peanut butter ( halus atau kasar ikut suka )

1/2 cawan butter - suhu bilik
3/4 cawan gula icing
1 cawan biskut digestive - dihancurkan
1/3 cawan kelapa kering (dessicated coconut)
1/3 cawan kismis (jika suka)
1 cawan coklat chips
1 sudu besar butter (tambahan)

Cara Penyediaan:

1) Satukan kesemua bahan kecuali coklat chips dan 1 sudu besar butter. Gaul hingga sebati.


2) Bulat-bulatkan adunan sebesar bola 1 inci dan susun di atas dulang.


3) Cairkan coklat chips dan 1 sudu besar butter dengan menggunakan cara double boiling. Pastikan air tidak masuk ke dalam coklat


4) Apabila coklat telah agak sejuk sedikit, celupkan bebola peanut butter ke dalam coklat cair dan letak kan bebola ke dalam mangkuk kertas atau diatas dulang dan biarkan coklat mengeras sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara. Sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk


#12 - BISKUT OAT
==============

Bahan-bahan :

Bahan A:
250gm mentega
220gm gula pasir
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila

Bahan B:
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus

Bahan C:
200gm oatmeal
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan – dicincang kasar
100gm almond nibs – dibakar
50gm walnuts – dibakar

Cara Penyediaan:

1) Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan vanila. Putar hingga bergaul rata.

2) Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul hingga rata. Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.

3) Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu. Bakar pada suhu 160°C selama 20 minit atau hingga masak.

#13 - CORNFLAKES CLUSTER PRALINE

===============================

Bahan-bahan :

150gm cornflakes

50gm almond strip-bakar dahulu
20gm-50gm hazelnut paste atau nutella
200gm milk coklat
200gm dark coklat
Hiasan : White coklat

Cara Penyediaan:


1) Cairkan coklat dengan mengunakan kaedah double boiler


2) Masukkan hazelnut paste, cornflakes dan badam hiris. Kacau sebati.


3) Supaya coklat tidak cepat keras sementara kita hendak memasukkan ke dalam papercup, guna rice cooker yg dipanaskan airnya dan diletakkan bekas coklat di atas nya.


4) Masukkan ke dalam papercup sehingga habis. 


5) Hiaskan dengan coklat putih. Biarkan sehingga mengeras

#14 - RED VELVET COOKIES

======================

Bahan-bahan :


140 gm butter/majerin

70 gm gula icing
1 biji telur
1/2 tsp baking powder
2 sudu besar choc chips
1/4 tsp teh cuka
1 tsp liquid glucose
1 tsp emplex
1 titik pewarna merah
2 tsp parmesan cheese
30 gm walnut cincang
40 gm sunflower seed
3 tsp yogurt
1 tsp tepung jagung
80 gm tepung red rose
80 gm tepung red velvet

Cara Penyediaan:


1) Pukul butter dan gula icing selama 5 minit


2) Masukkan putih telur dahulu dan pukul selama 2 minit


3) Masukkan kuning telur dan pukul 2 minit


4) Masukkan semua bahan kering


5) Masukkan walnut dan sun flower seed. Tinggal sedikit untuk hiasan


6) Masukkan yogurt, cuka, choc chips, liquid glucose dan pewarna merah


7) Setelah sebati masukkan 1 sudu besar tepung red rose


8) Masukkan adunan dalan piping bag dan pipe biskut


9) Hias dengan walnut dan sunflower seed


10) Bakar pada suhu 160-180°c selama 15 - 20 minit


11) Untuk hiasan cairkan Coklat putih secara double boiler. masukkan coklat dlm piping bag, drizzles ke atas cookies selepas bakar


#15 - BISKUT FERRERO ROCHER
==========================

Bahan-bahan :


250gm butter

80gm gula icing
20gm qroquant/cornfleks hancur
360gm tepung gandum
100gm almond powder
40gm tepung jagung
1/2 sdt esen vanilla
almond nibs secukupnya (untuk menyalut biskut)
3 biji putih telur (untuk melekatkan almond nibs dengab biskut)
coklat masakan secukupnya.(untuk menyalut biskut)

Cara Penyediaan:


1) putar butter dan gula sehingga sebati.


2) masukkan esen vanila, qroquant, tepung gandum, almond powder dan tepung jagung. Uli hingga sebati


3) bulatkan adunan mengikut saiz yang dikehendaki. Letakkan dalam dulang pembakar yang sudah disapu dengan marjerin.

4) Bakar pada suhu 150°c selama 20 - 25 minit atau sehingga masak

5) Golekkan biskut yang telah dibakar ke dalam telur putih. Kemudian golekkan di atas almond nibs.

6) Bakar semula biskut lebih kurang 5 minit.

7) cairkan coklat masakan dan golekkan biskut dalam coklat dan masukkan ke dalam paper cup. Biarkan sejuk dan masukkan dalam bekas kedap udara

#16 - COKLAT FERRERO ROCHER HOMEMADE RAYA
====================================

Bahan-bahan :

250 Gram Butter (suhu bilik)
150 Gram Gula Caster
1 Biji Kuning Telur Ayam
30 Gram Serbuk Roti Kuning (panko breadcrumbs)
100 Gram Serbuk Badam (badam yang telah dikisar halus)
100 Gram Tepung Jagung
300 Gram Tepung Red Rose atau tepung top
250 Gram Badam (cincang dan disangar tanpa minyak)
300 Gram Chocolate Masakan (dicairkan)
1 Biji Putih Telur Ayam

Cara Penyediaan:

1) Ayakkan tepung rose/top bersama dengan tepung jagung.

2) Campurkan pula serbuk roti bersama serbuk badam ke dalam tepung. Gaul rata.

3) Pukul pula butter, gula dan kuning telur hingga gebu dan kembang.


4) Masukkan pula campuran tepung sedikit demi sedikit sambil gaul hingga sebati.


5) Bulatkan doh sebesar guli.

6) Celupkan pula doh bebola tadi ke dalam putih telur dan kemudiannya masuk ke dalam badam cincang.

7) Letakkan diatas bekas dulang pembakar.

8) Selepas itu bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 165°c selama 25 hingga 30 minit (ikut oven masing-masing)

9) Setelah masak, biarkan sejuk dahulu sebelum disalut dengan chocolate cair.

10) Letak kan bebola chocolate ke dalam mangkuk kertas.

#17 - BISKUT KOKO RANGUP

=======================

Bahan-bahan:

50g mentega tanpa garam
70g tepung
15g serbuk koko
1/8 sk serbuk kulit kayu manis
1/4 sk baking powder
40g gula perang
2 cubit garam

Cara Penyediaan:

1) Potong mentega 1 cm. Masukkan ke dalam peti sejuk.

2) Panaskan oven dalam suhu 180°c. Alas dulang/acuan dengan oven peper

3) Ayak semua bahan-bahan yang bertanda *. Keluarkan mentega tadi dari peti sejuk. Ramas-ramaskan dengan bahan ayak sehingga jadi berketul-ketul.

4) Ambik 2/3 dari adunan tadi. Masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan biar jadi sekata dan padat.

5) Ambik adunan yang selebihnya tabur-taburkan ke atasnya.

6) Bakar selama 25-30 minit.

7) Potong memanjang 1-1.5cm ketika masih panas-panas. Kemudian sejukkan.

#18 - BISKUT SNOW ALMOND
========================

Bahan-bahan :

Bahan A:

260gm mentega
150gm gula kaster
1 tsp esen vanila
50gm serbuk badam

Bahan B

300gm tepung red rose

50gm tepung kastard
50gm susu tepung
40gm tepung jagung

Hiasan:

Coklat masakan

Breadcrumb putih

Cara Penyediaan:

1) Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.

2) Canai dan terap dengan acuan pilihan anda

3) Bakar pada suhu 140°C selama 30 minit.

4) Sejukkan biskut dan celup dengan coklat masakan yang di cairkan secara double boiler dan golekkan biskut ke dalam breadcrumb. Apabila dah kering boleh la disimpan dalam bekas kedap udara.

#19 - TART STRAWBERRY

====================

Bahan-bahan :

250gm butter
60 gm gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh vanila

Bahan ayak:

300-330gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
30gm tepung kastad
20gm susu tepung
2gm garam halus

Tambahan:
Sedikit warna pink
Sedikit perisa strawberi

Bahan jem nenas:

450 gm parutan nenas - tapis
1 sudu jus limau nipis
180 gm gula pasir
1 batang kulit kayu manis

Bahan untuk sapuan atas tart:
Kuning telur + sedikit warna merah jambu

Cara Penyediaan:

1) Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.

2) Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.

3) Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembik masukkan sikit lagi tepung gandum.

4) Saya guna acuan tart gulung, selepas gulung masukkan dalan papercup.

5) Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.

6) Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.

7) Bakar pada 175°C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.

8) Untuk jem, masak semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.

#20 - CRANCHY ALMOND

====================

Bahan-bahan :

280 gm butter
70 gm shortening
230 gm gula castor
80 gm serbuk almond
400 gm tepung red rose*
170 gm tepung arrow root atau sagu* (bahan bertanda * satukan dan ayak)
1 biji kuning telur - hiasan
badam cincang secukupnya - hiasan

Cara Penyediaan:

1) Pukul butter, shortening dan gula hingga berkrim.

2) Masukkan serbuk almond sedikit demi sedikit dan terus pukul lagi

3) Masuk pula adunan tepung sedikit-sedikit juga dan pukul sehingga menjadi doh, ulikan doh biar hingga lembut

4) Canaikan doh dan terap mengikut acuan yang digemari, susun atas loyang pembakar, buat sehingga habis.

5) Sapukan telur kuning dan tabur badam cincang di atasnya.


6) Bakar dalam oven yang telah dpanaskan dengan suhu 170°C selama 15 minit atau sehingga keperangan.


7) Sejukkan biskut dan simpan dalam bekas kedap udara.


#21 - GERMAN COOKIES
===================

Bahan-bahan:

350g butter
100g gula aising
375g tepung kentang
200g tepung gandum
1/2sdt esen vanila
Secubit garam
Pewarna (pilihan) 

Cara Penyediaan German Cookies:

1) Pukul butter dan gula aising hingga sebati.

2) Masukkan esen vanila

3) Masukkan tepung kentang, tepung gandum dan sedikit garam sedikit demi sedikit. Pastikan tepung diayak terlebih dahulu

4) Gaul adunan sehingga sebati. 

5) Bahagikan doh kepada 7 bahagian untuk diwarnakan. (bahagian bergantung kepada jumlah warna yang anda guna) 

6) Bulatkan doh dan susun atas dulang pembakar. Tekan dengan alat penekan untuk corak atau boleh juga guna garfu

7) Panaskan oven. Bakar pada suhu 170°C selama 20 minit sehingga masak

8) Angkat dan sejukkan. Simpan di dalam bekas bertutup.

#22 - BISKUT OREO CHEESECAKE
===========================

Bahan-bahan:

1/2 cawan mentega, dilembutkan
1/2 cawan cream cheese, dilembutkan
1/2 cawan gula putih atau gula perang atau campur sedikit kedua-duanya
1 1/3 cawan tepung gandum
18 biji biskut Oreo dihancurkan (asingkan krim, tidak perlu terlalu hancur)

Cara Penyediaan:

1) Pukul cream cheese, kemudian masukkan mentega dan pukul lagi.

2) Masukkan gula dan pukul sehingga sebati.

3) Masukkan tepung gandum dan pukul lagi.

4) Masukkan biskut Oreo yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi dan kaup balikkan adunan.

5) Rehatkan doh di dalam peti sejuk selama sejam.

6) Bulatkan atau sudukan doh ke atas dulang pembakar, bakar pada suhu 175⁰C selama 10-15 minit atau sehingga masak (mengikut oven masing-masing).

7) Biarkan sejuk seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara

Kredit resepi : Maisarah Sidi

#23 - MILO COOKIES
================

Bahan-bahan:

250g butter + 1 sb shortening (minyak sayuran)
1 cawan gula perang 
1sb esen vanila dan 1sb emolco coklat
1 biji telur gred A atau B (kuning sahaja)
1/2 cawan minyak 100g
1/2 cawan tepung jagung 120g
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung(optional)
1/2 cawan milo
1 sb empleks
1/2 sb baking powder
1 sk soda bikarbonat
1 cawan kacang badam nips (dibakar) 
1 cawan coklat chips (simpan peti ais 1 jam) tujuan supaya masa uli coklat chips tak cair dan warna biskut jadi tak cantik

Cara Penyediaan:

1) Campurkan butter, shortening, gula, esen vanila dan emolco. Gaul hingga sebati

2) Tambah telur dan minyak, kacau hingga sebati

3) Tambahkan milo dan semua serbuk penaik yang ada, kacau rata.

4) Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit, uli sampai doh lembut

5) Tambahkan badam dan coklat chips, gaulkan. Simpan doh dalam peti sejuk selama 10 minit

6) Keluarkan biar sekejap dan bentukkan.

7) Bakar pada suhu 170°c  selama 20-25 minit api atas bawah.

8) Kalau nak letak nutella, bakar 20 minit dan keluarkan. Lorek nutella, tabur badam dan nestum, masukkan semula bakar lagi 5 minit dan keluarkan. Siap

Kredit resepi : Azlina Ina Fans

#24 - RESEPI CADBURY BADAM
=========================

Bahan-bahan:

Coklat Cadbury
Badam

Cara Penyediaan:

1) Bakar badam sampai rangup, kemudian double boil coklat. Gaul dengan badam dengan coklat cair hingga sebati

2) Sudukan adunan ke atas kertas minyak. Guna plastik pun boleh, tujuan nak elak biskut melekat

3) Kemudian masukan dalam peti ais bagi keras.

4) Jika guna coklat beryls mungkin boleh letak dalam balang kat suhu luar, tapi sebab guna cadbury cepat cair kena simpan dalam peti ais

Kredit resepi: Zaharah Ramin

#25 - BEBOLA COKLAT OREO
=======================

Bahan-bahan:

Biskut Oreo
Cream Cheese (pada suhu bilik)
Coklat Masakan
Biskut Marie (bagi adunan banyak sikit – tak nak pun tak apa)

Cara Penyediaan:

1) Hancurkan biskut Oreo terlebih dahulu. Guna blender paling senang.

2) Kemudian gaulkan biskut tadi dengan cream cheese hingga sebati.

3) Bentukkan adunan tadi bulat-bulat. Saiz terpulang, nak besar atau kecil pun boleh

4) Sejukkan bebola oreo tadi selama 10 minit dalam peti sejuk.

5) Sementara itu, cairkan coklat masakan dengan cara double boiling.

6) Keluarkan bebola yang telah disejukkan tadi, celupkan ke dalam coklat cair tadi.

7) Hiaskan mengikut kreativiti anda.

8) Kemudian sejukkan di dalam peti sejuk selama satu jam. Biarkan coklat membeku dahulu pada suhu bilik kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara.

25 Koleksi Resepi Biskut Raya 2020 Paling Mudah dan Sedap 25 Koleksi Resepi Biskut Raya 2020 Paling Mudah dan Sedap Reviewed by Bawang on Tuesday, May 12, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.