Resepi Masak Lemak Cili Api Tempoyak Petai Pucuk Ubi

Resepi Masak Lemak Cili Api Tempoyak Petai Pucuk Ubi | Pernah cuba tak resepi ini? Rugi tau kalau belum cuba sebab hidangan ini memang sedap sangat-sangat. Masak Lemak Cili Api Tempoyak ini menggabungkan bahan utama iaitu petai dan pucuk ubi. 


Selain itu, boleh juga tambah pucuk mengkudu, pucuk kaduk, daun cekor, pucuk labu dan sebagainya ke dalam hidangan ini untuk memeriahkan lagi rasa. Untuk pengetahuan anda, resepi hidangan ini berasal dari negeri sembilan.

Bahan-bahan:

200 g (1/2 ikat) pucuk ubi (direbus dan dibuang airnya) 

1 helai daun kunyit (dihiris nipis) 
60 g ikan bilis
2 papan petai (pisahkan biji petai dari kulit) 
2 batang serai (dihiris nipis) 
250 ml (1 cawan) susu rendah lemak
125 ml (1/2 cawan) santan
60 g (1/2 cawan) tempoyak
8 biji cili padi + 1 cm kunyit hidup (dikisar bersama)
125 ml (1/2 cawan) air
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan kuali di atas api sederhana dan masukkan pucuk ubi, daun kunyit, serai, petai bersama campuran cili padi dan kunyit. Kemudian tuangkan santan dan susu.

2. Gaul rata sehingga daun mengecut sedikit. Masukkan ikan bilis dan teruskan memasak di atas api sederhana. 

3. Tambahkan air dan reneh sehingga kuah sedikit memekat.

4. Masukkan tempoyak dan gaul rata.

5. Tambah garam secukup rasa dan teruskan kacau sehingga kuah menjadi pekat dan sedikit mengering.

6. Tutup api dan hidangkan bersama nasi panas

* Resepi masak lemak cili api ini tidak menggunakan bawang. Kalau anda tidak sukakan susu boleh gantikan dengan tambah kuantiti santan. 

Selamat mencuba.
Resepi Masak Lemak Cili Api Tempoyak Petai Pucuk Ubi Resepi Masak Lemak Cili Api Tempoyak Petai Pucuk Ubi Reviewed by Bawang on Tuesday, May 12, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.