6 Koleksi Rendang Mudah Dan Sedap

6 KOLEKSI RESEPI RENDANG MUDAH DAN SEDAP | Disebabkan raya bakal kunjung tiba tidak lama lagi, kami ingin kongsikan beberapa resepi rendang yang sangat sedap dan mudah disediakan. Tak pandai masak pun boleh buat. Rendang kebiasaan disediakan bersama juadah lain seperti ketupat, lemang, nasi impit, nasi putih dan sebagainya. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaan rendang yang kami kongsikan ini. 

#1 - Resepi Rendang Ayam
=====================

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
12 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
5 batang serai*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
3 biji kunyit hidup*
5 batang serai*
4sb kerisik
1 kotak kecil santan
Daun kunyit hiris nipis
Garam/gula/serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menumis
Air secukupnya


Cara Penyediaan:


1) Gorengkan sekejap ayam tapi jangan sampai garing. Kalau tak goreng ayam pun boleh juga terus masukkan dalam kuah

2) Tumiskan bahan dikisar sekali dengan cili giling. Goreng hingga 2 atau 3 kali pecah minyak. (Bila pecah minyak kali pertama masukkan air. biar kan pecah minyak kali kedua. masukkan sedikit air lagi. biarkan mendidih dan pecah minyak lagi. Lagi garing rempah kita lagi sedap rendang tu nanti.

3) Masukkan ayam kacau sekejap. Masukkan santan, air, kerisik, asam keping (jika suka) saya tak masukkan. Biar hingga ayam masak, kalau nak berkuah boleh lebihkan santan dan air

4) Bila ayam dah masak, kuah dah kering dan pekat, masukkan hirisan daun kunyit. Kalau nak masukkan daun limau purut pun boleh juga lagi wangi.

5) Perasakan dengan gula dan garam, kacau sekejap dan dah boleh tutup api.

Sumber Resepi : NorulHuda Haffiza

#2 - RESEPI RENDANG AYAM PEDAS (TANPA KERISIK)
===================================

Bahan-bahan:

 1 ekor ayam
2 biji bawang merah besar*
5 ulas bawang putih*
1 jari halia*
3 btg serai*
2 jari lengkuas*
5 biji buah keras*
cili kering kisar ikut suka*
2 sd ketumbar*
1 sdk lada putih*
*(kisar semua bahan kat atas)
3 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang)
1 kotak santan
garam
asam keping
gula melaka
perasa maggie ayam
daun kunyit racik halus
minyak untuk memasak
3 lembar daun salam (kalau tak guna pun tak apa)
2 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:

1) Kisar bahan bertanda *. Kemudian panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga sehingga pecah minyak

2) masukkan ayam gaul sekejap bagi meresap rempah tu.

3) Masukkan air, santan, asam keping. dan daun kunyit. Biar sehingga kuah sedikit kering dan cukup masak. Masa letakkan air jangan terlalu banyak sebab nanti ayam akan mengeluarkan air

4) perasakan rendang dengan garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa. Tunggu sampai masak.


#3 - RESEPI RENDANG DAGING

=========================

Bahan-bahan:

1 kg daging - potong agak kecil
2 paket kecil rempah kurma
Santan - 1 1/2 biji kelapa
3 sudu besar kerisik
Garam
Gula melaka( kalau takde boleh guna gula pasir)
1-2 kpg asam keping
1 kiub pati ayam
3 helai daun pandan disimpul kemas
1/2 cawan minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:

9 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
5 batang serai - hiris nipis2 terlebih dahulu
1 inci lengkuas
3 inci kunyit hidup
15-20 biji cili kering- rebus, cuci & toskan sblm kisar

Bahan mayang:

3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit

Cara Penyediaan:

1) Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan yang dikisar bersama daun pandan sehingga naik bau. Kacau seketika, masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga pecah minyak.

2) sekiranya anda guna daging biasa, rebus daging seketika dengan menggunakan pressure cooker atau periuk biasa pun boleh (tapi tak perlu jika guna daging batang pinang).

3) Masukkan daging bersama air rebusan, kacau rata (kalau guna daging batang pinang yg tak direbus maka boleh masukkan 2 cawan air sekali masa masukkan daging). Biarkan seketika dalam 4-5 minit...

4) Kemudian masukkan santan, kacau dengan api perlahan. Bila agak daging dah lembut, masukkan asam keping, kiub pati ayam,garam dan gula secukup rasa

5) Bila daging dah betul-betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata. Masakkan sehingga kuah rendang agak pekat.

6) Akhir sekali masukkan daun kunyit yang telah dimayang dan dikacau lagi seketika.

Sumber Resepi: Adnilsam Apat

#4 - RESEPI RENDANG AYAM HIJAU
============================

Bahan-bahan:

10 biji cili besar hijau*
10 biji cili api hijau*
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 btg serai*
Sedikit serbuk kunyit
1 cup santan
1 cup air
2 keping asam keping
2 sdm kerisik
Daun limau purut
Daun kunyit
Garam dan perasa

Cara Penyediaan:

1) Kisar bahan bertanda *. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

2) Masukkan ayam kacau hingga sebati

3) Masukkan santan, air, asam keping, serbuk kunyit dan daun limau purut

4) Masak hingga pecah minyak.

5) Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul rata

6) Dah cukup masak tutup api. Taburkan hirisan daun kunyit di atas rendang. Siap.


Sumber Resepi : nor zaqiyah


#5 - RESEPI RENDANG KERANG
=========================

Bahan untuk dikisar:

2 biji Bawang merah
6 ulas Bawang Putih
1 inci Halia
Lengkuas ( sedikit sahaja)
3 inci Kunyit hidup
2 batang Serai
15-20 Cili kering

Bahan-bahan:

Kerang ( direbus dahulu)
Kulit kayu manis dan bunga lawang
Pati santan
Kerisik
Bahan perasa
Garam
Daun kunyit di hiris

Cara Penyediaan:

1) Rebus kerang dalam periuk sehingga masak. Angkat dan toskan. Kerang dan sejuk asingkan isi kerang dan kulit

2) Sementara tunggu kerang masak, kisar bahan-bahan di atas sehingga lumat. 

3) Panaskan minyak, tumis bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik bau dan garing

4) Masukkan cili kering yang dah dikisar, gaul hingga rata dan biar sehingga pecah minyak

5) Masukkan santan, kerisik dan isi kerang. Gaul hingga sebati

6) Perasakan dengan garam dan gula. Biar seketika hingga kuah pekat atau sedikit kering 

7) Taburkan hirisan daun kunyit. Siap. 

#6 - RESEPI RENDANG TELUR
=======================

Bahan-bahan:

Telur anggaran 30 biji rebus ( Digoreng, tapi tak goreng pun boleh).
Serai 5 btg
halia 2 in
lengkuas 2 in
11 ulas bwg merah
Cili kering / cili api ikut suka bnyk mne.
2 sudu mkn rempah kari daging
1 sudu mkn serbuk jintan manis
2 sudu mkn kerisik
1/2 caw santan kotak
2 helai daun kunyit
Asam keping 
gula dan garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1) Kisar bawang, halia, lengkuas, serai, cili dan 1 helai daun kunyit

2) Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah daging dan serbuk intan manis. Tumis sampai pecah minyak

3) Masukkan santan, kerisik, asam keping dan tambah sedikit air

4) Perasakan dengan garam dan gula. Gaul hingga sebati

5) Bila kuah dah mendidih, masukkan telur. Gaul rata dan tunggu hingga masak atau kuah sedikit kering

6) Tabur hirisan daun kunyit. Siap

Kredit Resepi : siti anah saleh

Selamat Mencuba! 
6 Koleksi Rendang Mudah Dan Sedap 6 Koleksi Rendang Mudah Dan Sedap Reviewed by Bawang on Thursday, May 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.