Resepi Biskut Cornflakes Susu, Tanpa Perlu Bakar

Resepi Biskut Cornflakes Susu, Tanpa Perlu Bakar | Bagi yang tiada oven tidak perlu risau, kami ada cara untuk memudahkan anda menyediakan biskut raya sendiri di rumah. Biskut cornflakes susu ini boleh disediakan tanpa perlu dibakar dan hanya memerlukan 5 bahan sahaja. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaan biskut ini. 


Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum digoreng/disangai
1 cawan minyak sapi + 1 sudu besar lagi
1 cawan gula kastor
2 cawan cornflakes (diramas)
Susu tepung untuk salut

Cara Penyediaan:

1) Goreng / sangai tepung sampai ringan, selama 5 minit dengan menggunakan api kecil


2) Sebelum tu panaskan dan cairkan minyak sapi.

3) Tepung yang sudah digoreng tidak perlu disejukkan dulu, terus masukkan gula kastor.

4) Kemudian masukkan pula cornflakes yang telah diramas ke dalam tepung dan gaul rata.


5) Masukkan pula cairan minyak sapi dalam adunan tepung tadi.

6) Kacau rata sehingga sebati dan uli sampai jadi doh.

7) Bulat-bulatkan doh dan kemudian salut dengan susu tepung dan letak dalam paper cup. 


8) Siap. Masukkan dalam bekas kedap udara.

*Resepi ini merupakan perkongsian daripada Siti Nailah AlFarafisha Roslan dan telah diolah mengikut kesuaian

Semoga Berjaya! 
Resepi Biskut Cornflakes Susu, Tanpa Perlu Bakar Resepi Biskut Cornflakes Susu, Tanpa Perlu Bakar Reviewed by Bawang on Thursday, May 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.