Almond London Masak Guna Kuali, Wajib Cuba

Almond London Masak Guna Kuali, Wajib Cuba | Hampa pernah terfikir tak boleh buat biskut raya tanpa menggunakan oven. Ha kali ini kami ingin kongsikan Resepi Almond London dimasak dengan menggunakan kuali sahaja. Tidak perlu susah-susah bakar almond london dalam oven dan yang pastinya hasil dan kelazatan biskut ini sama sahaja. Selain itu, biskut ini juga menggunakan sukatan cawan. Jom lihat cara penyediaan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk menyediakan Almond London. 


RESEPI ALMOND LONDON

Bahan-bahan:

250 gm butter – bahagi dua, pakai separuh je
1/2 cawan Gula halus
Sebiji telur
1 sk Esen vanila
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
3 sb susu tepung (fernleaf)
Almond (biji) 
Coklat 
Almond nibs / coklat rice (hiasan) 

Cara Penyediaan: 

1. Sangai dulu badam dalam kuali sehingga garing. Guna api sederhana kecil

2. Gaul dan pukul sebati semua bahan, kalau doh lembik boleh tambah sedikit tepung.

3. Doh dah siap, gentel-gentel doh bentuk bujur dan letakkan badam di tengah. Buat sehingga siap


4. Panaskan kuali dengan api kecil dan sapu sikit butter pada permukaan kuali. Kuali dah panas masukkan biskut tadi dan tutup dengan tudung periuk. 


5. Biar sekejap 2-3 minit dan golek-golekkan biskut hingga garing dan masak. Pastikan golek perlahan-lahan supaya tidak hancur. Jangan bimbang biskut ni senang masak.

6. Gunakan kaedah double boil, cairkan coklat. Masukkan sedikit minyak supaya licin.

7. Angkat dan celup biskut dalam coklat. Tabur almond nibs untuk hiasan

** resepi ini merupakan perkongsian dari  Syamiza Atikah dan telah diolah untuk kesesuaian. 

Almond London Masak Guna Kuali, Wajib Cuba Almond London Masak Guna Kuali, Wajib Cuba Reviewed by Bawang on Wednesday, May 13, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.