Resepi Puding Kek Cendol dan Cincau

RESEPI PUDING KEK CENDOL DAN CINCAU | Puding kek telah menjadi satu sajian pemanis mulut yang digemari kini. Kali ini kami ingin kongsikan resepi puding kek cendol dan cincau yang mempunyai 3 lapisan terdiri dari lapisan kek, lapisan gula melaka dan lapisan cendol dan cincau. Dengan hanya sekali buat anda dapat menikmati 3 rasa yang berbeza. 



Puding yang di lapisi dengan lapisan kek lebih di gemari kerana bukan sahaja lazat malahan corak dan warnanya cukup memikat sesiapa sahaja yang memandang. Puding ini juga sangat sesuai sebagai hidangan untuk majlis tertentu mahupun untuk kenduri kendara. Jom scroll ke bawah untuk melihat bahan-bahan yang diperlukan serta cara penyediaannya. 

Bahan-bahan:

Lapisan A (Lapisan Dasar) 
1 keping kek span pandan
Loyang spring saiz 8 inci (saiz loyang bergantung kepada anda) 

Lapisan B (Lapisan Gula Merah) 
250 g santan
250 g susu segar
5 g agar-agar serbuk
70 g gula merah

1 sudu besar gula pasir

1 sudu teh tepung Honkew
1 biji telur kuning
Secubit garam

Cara Penyediaan:

1) Masukkan 1 keping kek span pandan ke dalam ring pan yang telah dibasahkan terlebih dahulu

2) Satukan semua Bahan B kecuali kuning telur ke dalam periuk dan masak dengan api perlahan. Kacau sehingga gula dan agar-agar larut

3) Ambil 1 senduk campuran tadi ke dalam kuning telur kemudian gaul rata. Tuang ke dalam campuran agar-agar tadi, kacau sebentar dan tutup api

4) Tapiskan campuran agar-agar dan tuang ke atas lapisan kek pandan. Biarkan sejuk dan mengeras

Lapisan C
400 ml santan cair (200ml santan + 200ml air) 
5 g agar-agar serbuk
80 g gula halus
1 sudu teh tepung honkew
60 g cincau (dipotong dadu) 
100 g cendol
Sedikit pewarna hijau apple
Sedikit pewarna kuning lemon

Cara Penyediaan:

1) Satukan Bahan C kecuali cendol, cincau dan pewarna. Masak hingga agar-agar dan gula larut.

2) Bahagikan adunan ini kepada 2 bahagian yang sama banyak. 1 bahagian diwarnakan dengan pewarna kuning dan campur dengan cendol. 1 bahagian lagi dicampur dengan pewarna hijau sahaja

3) Tuangkan lapisan kuning cendol ini atas lapisan gula merah yang telah keras tadi. Sebelum tuang garis-garis sikit atas permukaan lapisan gula merah supaya agar-agar ini melekat. Biarkan sejuk dan mengeras

4) Tuang lapisan hijau ke atas lapisan kuning cendol dan taburkan cincau yang telah dipotong dadu

5) Simpan dan sejukkan di dalam peti sejuk hingga mengeras. Bila dan keras dan sejuk boleh la potong dan hidangkan. 

Semoga Berjaya!

Sumber resepi : perkongsian daripada ig resepi_iamudah
Resepi Puding Kek Cendol dan Cincau Resepi Puding Kek Cendol dan Cincau Reviewed by Bawang on Tuesday, May 12, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.