CARA BUAT KUIH CARA MANIS, KUIH KESUKAAN RAMAI | Kuih cara manis adalah sejenis kuih tradisi dari turun temurun sejak dahulu lagi. Kuih ini rasanya lemak manis sesuai dimakan sewaktu sarapan pagi atau petang. Ia juga boleh ditemui di kedai atau gerai menjual kuih dengan mudah kerana mendapat permintaan yang tinggi. Jom kami kongsikan resepi kuih cara manis yang sedap dan mudah disediakan.
RESEPI KUIH CARA MANIS
Bahan-bahan:
Daun Pandan
2 cawan air
200 ml kotak santan
2 biji telur
3 cawan gandum
Sedikit garam
Gula secukupnya
Cara Penyediaan Kuih Cara Manis:
1) Potong daun pandan dan blender dengan 2 cawan air. Tapiskan.
2) Masukkan telur 2 biji, 200ml kotak santan, 3 cawan tepung gandum, sedikit garam dan air tapisan pandan tadi. Kisarkan.
3) Tapis bahan yang dikisar tadi ke dalam mangkuk
4) Panaskan acuan dangan api sederhana. Lepas tu sapu sedikit minyak ke dalam acuan tapi ingat jangan biar minyak bertakung dalam acuan
5) Tuang / sendukkan adunan ke dalam acuan. Tunggu dalam 1-2 minit, taburkan gula atas kuih dan tutup acuan biar masak sekata
6) Biar dalam 4-5 minit dan boleh angkat kuih itu. Terlangkupkan kuih atas satu sama lain
7) Siap dan boleh dihidang

Cara Buat Kuih Cara Manis, Kuih Kesukaan Ramai
Reviewed by Bawang
on
Monday, May 04, 2020
Rating:
No comments: