Permohonan Baru dan Rayuan : Semakan Status dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatian Nasional Mulai 15 Mei 2020

Permohonan Baru dan Rayuan : Semakan Status dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatian Nasional Mulai 15 Mei 2020 | Terdahulu, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi kepada seluruh rakyat yang terkesan setakat ini. Umum diketahui, Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 sedang dalam proses pembayaran kepada yang telah layak bermula 4 Mei 2020.
Manakala bagi permohonan baru dan rayuan Bantuan Prihatin Nasional, dimaklumkan menerusi FAQ LHDN, pembayaran akan dilakukan  sekaligus mulai 15 Mei 2020 hingga 20 Mei 2020. Semak status anda dengan melayari laman portal rasmi BPN. 

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL PERMOHONAN BARU / RAYUAN (15 MEI 2020 - 20 MEI 2020)

Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) bagi permohonan baru dan rayuan akan diberikan bermula 15 Mei 2020 secara berperingkat sehingga 20 Mei 2020. Pembayaran BPN akan dijelaskan kepada yang layak sekaligus. Semak status permohonan anda dengan melayari laman portal rasmi BPN. Pemohon yang layak akan menerima bantuan sebanyak RM1600 dan RM1000 bagi golongan isi rumah serta RM800 dan RM500 bagi golongan bujang. 


CARA SEMAK STATUS PEMBAYARAN BPN FASA 2

1) Semakan status anda boleh dilakukan secara online di laman portal rasmi BPN





2) Selepas klik, anda akan berada di bahagian Semakan Status.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
4) Tekan butang Cari.
*Perhatian, untuk memudahkan urusan dan mengelak berlakunya kesesakan sila semak dulu status anda


CARA TERIMA BAYARAN BPN PERMOHONAN BARU / RAYUAN

Bagi yang telah mempunyai akaun bank, bantuan akan terus dimasukkan ke dalam akaun. Manakala bagi yang tidak memiliki akaun bank, anda dikehendaki menyemak nombor siri BPN  terlebih dahulu dan boleh terus ke kaunter Bank Simpanan Nasional untuk pengambilan.


BANTUAN PRIHATIN NASIONAL FASA 2

Tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Nasional Fasa 2 akan dijelaskan mulai 4 Mei 2020 kepada yang telah layak. Baki bantuan yang akan dijelaskan untuk fasa 2 adalah sebanyak RM 600 dan RM 500 untuk golongan isi rumah manakala RM 300 dan RM 250 untuk golongan bujang.


GOLONGAN YANG DIBERIKAN MANFAAT:
1) Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
2) Isi rumah berpendapatan RM8,000 ke bawah (M40)
3) Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
4) Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
5) Pelajar

B40
Bantuan sebanyak RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.

Bayaran secara one-off akan dilakukam sebanyak 2 kali iaitu RM1,000 akan dibayar pada April dan baki RM600 akan dibayar pada Mei 2020.

M40
Bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan

Bayaran secara one-off akan dilakukam sebanyak 2 kali iaitu RM500 akan dibayar pada April dan baki RM500 akan dibayar pada Mei 2020.

INDIVIDU BUJANG
1) Bantuan sebanyak RM800 akan diberikan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah

Bayaran secara one-off akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu RM500 akan dibayar pada April dan baki RM300 akan dibayar pada Mei 2020.

2) Bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke atas

Bayaran secara one-off akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu RM250 akan dibayar pada April dan baki RM250 akan dibayar pada Mei 2020.

PELAJAR
Semua pelajar turut diberikan bantuan sebanyak RM200 dibayar secara one-off pada bulan Mei. 
Permohonan Baru dan Rayuan : Semakan Status dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatian Nasional Mulai 15 Mei 2020 Permohonan Baru dan Rayuan : Semakan Status dan Tarikh Pembayaran Bantuan Prihatian Nasional Mulai 15 Mei 2020 Reviewed by Bawang on Sunday, May 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.