Semakan Status Pengeluaran dan Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP

Semakan Status Pengeluaran dan Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP | Adakah anda pemohon pengeluaran i-Lestari KWSP? Berita baik buat anda kerana tarikh pembayaran i-Lestari telah diumumkan dimana bermula 4 Mei 2020 pembayaran pertama akan dilakukan secara berperingkat. 


Umum diketahui, inisiatif pengeluaran duit KWSP menerusi i-Lestari tertakluk kepada jumlah bermula dari RM50 hingga RM500 sebulan dalam tempoh bayaran selama 12 bulan melibatkan pencarum berumur 55 tahun ke bawah yang dijangka akan memanfaatkan sehingga 12 juta ahli KWSP. Pengeluaran i-Lestari bertujuan untuk membantu Ahli dalam meneruskan kelangsungan hidup ketika berdepan dengan pandemik COVID-19 ini. 

Untuk semakan status permohonan, anda boleh layari laman portal rasmi KWSP.

TARIKH PEMBAYARAN I-LESTARI KWSP
Seperti yang telah diumumkan, tarikh pembayaran i-Lestari KWSP akan dilakukan secara berperingkat bermula 4 Mei 2020.

SEMAKAN STATUS PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Bagi Ahli yang telah melakukan permohonan, anda boleh semak status pengeluaran i-lestari KWSP samada LULUS atau GAGAL.

Cara Buat Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP

1) Semak status permohonan pengeluaran i-Lestari KWSP secara online di laman portal i-Lestari Online untuk status permohanan anda
https://ilestari.kwsp.gov.my/check-status-pengeluaran-ilestari



2) Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon bimbit untuk semakan.

3) Klik pada ‘saya bukan robot’ dan klik butang ‘SEMAK’.

4) Status permohonan anda GAGAL atau LULUS akan dipaparkan.

ATAU

Sekiranya melakukan permohonan pengeluaran melalui i-Akaun, anda boleh terus log masuk ke dalam i-Akaun anda. Status kelulusan anda akan dipaparkan di dalam inbox. Permohonan melalui i-Akaun lebih mudah dan keputusan status permohonan boleh diketahui dalam tempoh 1-2 hari sahaja.

SYARAT PERMOHONAN I-LESTARI KWSP
1) Warganegara Malaysia / pemastautin tetap
2) Berumur bawah 55 tahun
3) Mempunyai baki simpanan dalam Akaun 

* Bukan warganegara, permohonan akan dibuka untuk fasa 2 nanti (tarikh belum diumumkan)

CARA PERMOHONAN PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
1) Secara dalam talian melalui e-Pengeluaran dalam i-Akaun (Ahli)
2) Secara dalam talian dengan layari laman portal rasmi i-lestari
3) Secara e-mel yang dialamatkan kepada: ilestarimohon@epf.gov.my; atau
4) Secara hantaran pos kepada alamat :

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,
Karung Berkunci No 220, Jalan Sultan
46720, Petaling Jaya
dengan catatan (UP : i-Lestari) pada bahagian hadapan sampul surat


TEMPOH PENGELUARAN I-LESTARI KWSP
Pengeluaran i-Lestari adalah berkuatkuasa bagi tempoh 1 April 2020 hingga 31 Mac 2021.

Ahli boleh menghantar borang permohonan Pengeluaran i-Lestari bermula 1 April 2020 sehingga 31 Mac 2021.
Semakan Status Pengeluaran dan Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Semakan Status Pengeluaran dan Tarikh Pembayaran i-Lestari KWSP Reviewed by Bawang on Sunday, May 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.