Resepi Burger Malaysia Lembut dan Sedap

RESEPI BURGER MALAYSIA LEMBUT DAN SEDAP | Anda peminat burger malaysia? Burger malaysia telah lama menjadi kegemaran masyarakat setempat kerana selain kuih ini sedap, ia juga mudah didapati dikedai-kedai yang menjual kuih waktu pagi atau petang. Tapi kebiasaannya tidak menepati citarasa. Kali ini kami ingin kongsikan resepi burger malaysia yang mudah disediakan dan pastinya memenuhi citarasa anda. 


RESEPI BURGER MALAYSIA

Bahan-bahan Burger Malaysia

Bahan A :
1 1/2 cawan air suam
1 paket yis
2 sudu gula pasir
( Satukan semua dlm satu bekas. kacau dan biarkan selama 5 - 6 minit )

Bahan B :
4 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu butter atau marjerin
2 sudu susu pekat manis
1 1/2 sudu baking powder 
1/2 sudu baking soda
( Satukan semua bahan Bahan B, gaul hingga jadi serbuk)

Cara Penyediaan Burger Malaysia

1) Masukkan larutan yis ( bahan A ) ke dalam bahan B. Gaul hingga sebati
2) Kemudian uli adunan tadi dalam tempoh masa 8 - 10 minit atau sampai doh kental
3) Rehatkan doh sebentar selama 10 minit dalam bekas bertutup
4) Bulat-bulatkan doh mengikut saiz yang anda kehendaki dan susun dalam talam. Bahagian atas doh ditekan sikit
5) Rehatkan lagi doh selama 18 - 20 minit
6) Panaskan minyak dan goreng burger malaysia sehingga garing dengan api sederhana

Bahan-bahan sambal bilis

2 genggam ikan bilis
1 biji bawang besar ( hiris )
2 sudu sos cili
1 1/2 sudu gula
Sedikit garam
Bahan perasa jika perlu
1/2 cawan air
1 1/2 senduk minyak masak untuk menumis
10-12 tangkai cili kering (dikisar) 
1 biji bawang besar (dikisar) 
3- 4 ulas bawang putih (dikisar) 

Cara Penyediaan Sambal Bilis

1) Kisar cili kering, bawang besar dan bawang putih sehingga halus
2) Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng ikan bilis sehingga garing. Keluar dan toskan ikan bilis
3) Menggunakan minyak tadi, tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak
4) Masukkan sos cili dan perasakan dengan gula dan garam
5) Masukkan ikan bilis dan bawang besar (dihiris) kedalam sambal dan gaul sebati. Tutup api. 

Cara Hidangan Burger Malaysia

1) Potong burger separuh di bahagian tengah
2) Hiris timun nipis-nipis
3) Letakkan sambal bilis dan timun dibahagian potongan burger
4) Siap
Resepi Burger Malaysia Lembut dan Sedap Resepi Burger Malaysia Lembut dan Sedap Reviewed by Bawang on Sunday, May 03, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.