Semakan BPN Fasa 2 Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 4 Mei 2020 | Terdahulu, Perdana Menteri telah mengumumkan Bantuan Prihatin Nasional dalam Pakej Ransangan Ekonomi kepada seluruh rakyat yang terkesan setakat ini. Umum diketahui, Bantuan Prihatin Nasional Fasa 1 telah dijelaskan pada bulan April 2020 manakala Fasa 2 akan diberikan bermula 4 Mei 2020 secara berperingkat. Semak status anda dengan melayari laman portal rasmi BPN.
GOLONGAN YANG DIBERIKAN MANFAAT:
1) Isi rumah berpendapatan RM4,000 ke bawah (B40)
2) Isi rumah berpendapatan RM8,000 ke bawah (M40)
3) Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke bawah
4) Bujang 21 tahun ke atas berpendapatan RM2,000 ke atas
5) Pelajar
B40
Bantuan sebanyak RM1,600 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan RM4,000 sebulan ke bawah.
Bayaran secara one-off akan dilakukam sebanyak 2 kali iaitu RM1,000 akan dibayar pada April dan baki RM600 akan dibayar pada Mei 2020.
M40
Bantuan sebanyak RM1,000 akan diberikan kepada isi rumah berpendapatan lebih RM4,000 hingga RM8,000 sebulan
Bayaran secara one-off akan dilakukam sebanyak 2 kali iaitu RM500 akan dibayar pada April dan baki RM500 akan dibayar pada Mei 2020.
INDIVIDU BUJANG
1) Bantuan sebanyak RM800 akan diberikan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah
Bayaran secara one-off akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu RM500 akan dibayar pada April dan baki RM300 akan dibayar pada Mei 2020.
2) Bantuan sebanyak RM500 akan diberikan kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke atas
Bayaran secara one-off akan dilakukan sebanyak 2 kali iaitu RM250 akan dibayar pada April dan baki RM250 akan dibayar pada Mei 2020.
PELAJAR
Semua pelajar turut diberikan bantuan sebanyak RM200 dibayar secara one-off pada bulan Mei.
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL FASA 2 (4 MEI 2020)
Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Fasa 2 akan diberikan bermula 4 Mei 2020 secara berperingkat. Baki bantuan yang akan dijelaskan untuk fasa 2 adalah sebanyak RM 600 dan RM 500 untuk golongan isi rumah manakala RM 300 dan RM 250 untuk golongan bujang.
CARA SEMAK STATUS PEMBAYARAN BPN FASA 2
1) Semakan status anda boleh dilakukan secara online di laman portal rasmi BPN
https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPNFasa2
CARA TERIMA BAYARAN BPN FASA 2
Bagi yang telah mempunyai akaun bank, baki akan terus dimasukkan ke dalam akaun. Manakala bagi yang tidak memiliki akaun bank, anda dikehendaki menyemak nombor siri BPN terlebih dahulu dan boleh terus ke kaunter Bank Simpanan Nasional untuk pengambilan.
PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
Untuk permohonan baru dan rayuan, tarikh pembayaran dan semakan status akan diumumkan kelak. Buat masa kini, pihak yang terlibat sedang menjalankan proses semakan permohonan anda.
CARA SEMAK STATUS PEMBAYARAN BPN FASA 2
1) Semakan status anda boleh dilakukan secara online di laman portal rasmi BPN
https://bpn.hasil.gov.my/SemakanStatusBPNFasa2
2) Selepas klik, anda akan berada di bahagian Semakan Status.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Nombor MyKad yang didaftarkan.
4) Tekan butang Cari.
*Perhatian, untuk memudahkan urusan dan mengelak berlakunya kesesakan sila semak dulu status andaCARA TERIMA BAYARAN BPN FASA 2
Bagi yang telah mempunyai akaun bank, baki akan terus dimasukkan ke dalam akaun. Manakala bagi yang tidak memiliki akaun bank, anda dikehendaki menyemak nombor siri BPN terlebih dahulu dan boleh terus ke kaunter Bank Simpanan Nasional untuk pengambilan.
PERMOHONAN BARU DAN RAYUAN BANTUAN PRIHATIN NASIONAL
Untuk permohonan baru dan rayuan, tarikh pembayaran dan semakan status akan diumumkan kelak. Buat masa kini, pihak yang terlibat sedang menjalankan proses semakan permohonan anda.
Semakan BPN Fasa 2 Pembayaran Bantuan Prihatin Nasional 4 Mei 2020
Reviewed by Bawang
on
Sunday, May 03, 2020
Rating:
No comments: