Resepi Telur Dadar Goreng Tepung Yang Ranggup

RESEPI TELUR DADAR GORENG TEPUNG | Ada yang pernah cuba telur dadar goreng tepung? Kalau telur dadar dah menjadi kebiasaan makanan yang selalu kita makan dirumah tetapi untuk resepi ini telur dadar yang siap dimasak akan disadur dengan tepung dan digoreng sehingga garing. Dalam erti kata lain seperti anda memasak ayam goreng. Rasanya sedap, lembut dibahagian dalam dan ranggup diluar. Sajian ini boleh disediakan semasa berbuka puasa ataupun bersahur dan yang pastinya anak-anak anda akan menyukainya. 


RESEPI TELUR DADAR GORENG TEPUNG

Bahan-bahan

4 biji telur
1 biji bawang besar (dihiris) 
Garam
Tepung bestari (pedas) 

Cara Penyediaan

1) Masukkan telur ke dalam mangkuk dan kacau sehingga gebu
2) Masukkan bawang besar dan perasakan dengan garam ke dalam mangkuk telur tadi
3) Panaskan minyak, goreng telur dadar sehingga masak
4) Angkat dan toskan. Potong telur dadar ikut bentuk yang anda mahukan
5) Masukkan tepung bestari ke dalam mangkuk dan campur dengan air sehingga sebati. Bancuhan jangan terlalu cair
6) Celupkan telur dadar ke dalam bancuhan tepung dan golek semula dengan tepung goreng kering (proses seperti menggoreng ayam) 
7) Panaskan minyak, masukkan telur tadi ke dalam kuali dan goreng sehingga garing kekuningan
8) Siap dan boleh dihidang


* kalau mahukan telur dadar yang lebih lembut dan gebu boleh campurkan sedikit mayonis ke dalam bancuhan telur. 

Sumber kredit : Eka Zahra
Resepi Telur Dadar Goreng Tepung Yang Ranggup Resepi Telur Dadar Goreng Tepung Yang Ranggup Reviewed by Bawang on Saturday, May 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.