RESEPI ASAM LAKSA VERSI CINA | Anda sukakan laksa? Laksa merupakan sejenis makanan berkuah yang menggunakan ikan sebagai bahan asas dan dimakan bersama mi. Terdapat pelbagai variasi laksa yang menjadi pilihan rakyat malaysia seperti laksa utara, asam laksa, laksa penang, laksa kedah, laksa sarawak, laksam, laksa johor dan lain-lain lagi. Kali ini kami ingin kongsikan resepi asam laksa versi cina yang sangat mudah disediakan.
Artikel Berkaitan : Resepi Laksam Kelantan Yang Sedap
RESEPI ASAM LAKSA VERSI CINA
Bahan-bahan
6 ekor ikan kembung
2 biji bawang besar *
7 ulas bawang putih *
1 batang serai
2 inci lengkuas
7 biji cili padi *
Belacan *
Daun kesum
Bunga kantan
1 tin sardin
2 sudu cili kisar
5 keping asam keping
2 sudu air asam jawa
1 sudu otak udang
Garam
Gula
Cara Penyediaan
1) Rebuskan ikan kembung dalam periuk sehingga masak
2) Setelah siap rebus kisarkan ikan sehingga hancur. Isi ikan dan tulang tidak perlu diasingkan. Tapiskan air ikan dengan penapis untuk asingkan tulang
3) Kisar bahan bertanda * sehingga hancur
4) Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar *, cili kisar, lengkuas dan serai sehingga naik minyak
5) Masukkan air ikan tadi ke dalam periuk dan biar hingga mendidih
6) Dalam masa yang sama, masukkan air asam jawa dan asam keping ke dalam kuah
7) Kalau kuah pekat boleh tambah air sedikit
8) Masukkan isi ikan sardin tin yang telah dihancurkan termasuk kuah ikan sardin, bunga kantan, daun kesum dan otak udang ke dalam kuah
9) Perasakan kuah dengan garam dan gula
10) Kacau hingga sebati dan tunggu kuah laksa hingga mendidih. Siap
Bahan Hiasan Asam Laksa
Timun (dihiris)
Bawang besar (dihiris)
Nenas (potong dadu)
Limau kasturi
Daun pudina
Sumber kredit : Ameera
Resepi Asam Laksa Versi Cina
Reviewed by Bawang
on
Saturday, May 02, 2020
Rating:
No comments: