12 Resepi Mee Berkuah Yang Sedap dan Mudah Disediakan

12 Resepi Mee Berkuah Yang Sedap dan Mudah Disediakan | Kami ingin kongsikan 12 resepi mee berkuah yang sangat mudah disediakan dan pastinya lazat. Mee berkuah sesuai dihidangkan ketika sarapan pagi, tengahari mahupun waktu petang atau malam. Jom lihat bahan-bahan dan cara penyediaan 12 resepi mee berkuah. 


#1 - RESEPI MEE BANDUNG
======================

Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning
6 ekor udang basah
2 ekor sotong
50 gm udang kering - ditumbuk
1/4 cawan kacang tanah goreng - ditumbuk
Sedikit sayur sawi - dihiris
Sedikit kobis - dihiris halus
Sedikit hirisan daging - direbus
Air rebusan daging atau 1 kiub pati ayam
4 biji telur
Gula dan garam secukup rasa
Mee kuning - dicelur
1 sudu besar tepung jagung

Bahan Kisar:

1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering

Bahan Hiasan:

Bawang goreng
Hirisan cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga cili masak. Masukkan udang kering yang telah ditumbuk dan tumiskan hingga naik bau.

2. Kemudian masukkan air rebusan daging, kacang tanah, udang basah, hirisan daging dan juga sotong. Didihkan seketika, masukkan gula dan garam secukup rasa.

3. Kecilkan api. Pecahkan telur sebiji sebiji. Jangan kacau supaya telur tidak pecah. Biarkan telur masak atau separuh masak, ikut suka anda.

4. Akhir sekali masukkan sawi, kobis serta tepung jagung. Kacau rata hingga kuah masak.

5. Tuangkan kuah di atas mee. Hiaskan dengan bawang goreng, tauhu goreng, hirisan cili dan limau nipis/limau kasturi. Hidangkan.

#2 - RESEPI MEE REBUS TULANG
==========================

Bahan-Bahan:

Bahan Untuk Sup / Kuah:

Tulang Lembu secukupnya
1 bungkus rempah sup bunjut
5 ulas bawang di hiris
1 halia - diketuk
1 inc kunyit - diketuk
1 inc lengkuas - diketuk
2 batang serai - diketuk
1 kiub daging
Garam secukup rasa

Bahan Rencah:

3 biji ubi keledek saiz sederhana - di rebus dan dikisar bersama air rebusan keledek tadi.
10 biji bawang kecil - dikisar
2 biji bawang besar - dikisar
5 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
1 inc kunyit hidup - dikisar
30 tangkai cili kering - dikisar
3 sudu besar rempah kari daging
3 sudu besar udang kering - direndam lembut dan dikisar
1 cawan air asam jawa
1 kiub daging
1 buku gula melaka
1 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa

Cara Penyediaan Sup/Kuah:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk dengan air yang secukupnya untuk merebus daging.

2. Rebus tulang hingga daging empuk.

Cara Penyediaan Rencah:

1. Tumis bawang merah, bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, dan cili kering hingga garing dan naik bau.

2. Masukkan rempah kari dan udang kering dan tumis lagi hingga jadi rencah. Masukkan keledek dan biarkan ia merenih.

3. Masukkan gula melaka, kiub daging, air asam jawa, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan biar kuah benar-benar masak.

4. Kemudian barulah masukkan sup tulang tadi. Hanya air rebusan tulang sahaja, bahan sup bunjut, serai halia lengkuas dan kunyit tadi jangan masukkan.

5. Akhir sekali masukkan tulang dan santan. Biar kuah masak sempurna dan sedikit pekat.

6. Boleh dihidangkan bersama mee bila sudah masak.

#3 - RESEPI MEE UDANG MEAT BALL
=============================

Bahan-Bahan:

mee kuning secukupnya (dicelur) 
telur (direbus) 
tauhu (digoreng) 
sawi (dicelur) 
bawang goreng secukupnya

Bahan Kuah:

sos cili secukupnya
udang secukupnya
meat ball / fish ball
1 kiub pati ayam / lembu
1 kiub tom yam
1 genggam ikan bilis - digoreng dan dikisar halus
1 biji kentang - direbus dan dikisar / lecek
garam dan gula secukupnya

Bahan Kisar:

1 batang serai
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 genggam udang kering - rendam dulu
lada kering yg direbus secukupnya - kalau nk pedas, letak banyak
sedikit halia
sedikit belacan

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar hingga garing dan wangi.

2. Masukkan sos cili, gula, garam, ikan bilis digoreng, kiub ayam dan tom yam. Kacau sebati.

3. Masukkan kentang yang dikisar dengan air secukupnya. Jika kuah terlalu pekat, tambah lagi air ikut cita rasa.

4. Masukkan meat ball dan renihkan kuah hingga mendidih.

5. Bila dah mendidih, masukkan udang. Bila rasa semua dah masak, tutup api. Siap dihidang.

#4 - RESEPI MEE KUNG FU
=====================

Bahan-Bahan:

Bahan Mee:

200gm mee kuning
2 biji telur gred
1/3 sudu teh Knorr cukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Bahan Kuah:

3 ulas bawang putih diketuk
100gm isi ayam dipotong kecil
5 ekor udang dibuang kulit
2 ekor sotong dipotong bulat
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dengan 1/2 cawan air suam
2 cawan air
2 sudu makan sos tiram
3 batang baby corn dipotong memanjang
3 tangkai cili padi diketuk
carrot dipotong panjang & halus
hirisan brokoli
hirisan kobis bunga
garam & gula secukup rasa
serbuk lada sulah
sedikit bahan perasa
minyak untuk menumis

Cara Penyediaan:

1. Goreng mee, anggaran untuk seorang makan. Panaskan minyak dalam fry pan. Masukkan mee, kemudian masukkan telur dan bahan perasa.

2. Goreng hingga kekuningan, kemudian masukkan ke dalam pinggan dan ketepikan.

3. Buat kuah mee. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau & keperangan. Masukkan ayam, udang & sotong, kacau hingga masak.

4. Masukkan air, garam, gula, sos tiram & perasa, biarkan hingga mendidih.

5. Masukkan semua sayur, cili padi, lada sulah & bancuhan tepung jagung. Kacau selama 2 minit & angkat.

6. Tuangkan kuah ke atas mee kungfu tadi. Hiaskan dengan hirisan daun sup, daun bawang, bawang goreng & hirisan limau nipis. Sedia untuk dihidang.

#5 - RESEPI MEE KETAM MUDAH
==========================

Bahan-Bahan:

1 bungkus mee kuning
3 ekor ketam saiz sederhana (dipotong 2)
1 biji telur
Beberapa jenis sayur yang digemari
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk secukup rasa
1 sudu kecil air sotong (Nampla)
2 sudu besar chili paste
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar:

4 biji tomato saiz sederhana
1 mangkuk kecil udang kering
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
1 cawan air

Cara Penyediaan:

1.Panaskan minyak dan tumis chili paste sehingga naik bau harum. Masukkan bahan kisar.

2. Masukkan air, kemudian masukkan ketam.

3. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram, air stok sotong, serbuk secukup rasa, garam dan gula secukupnya.

4. Setelah ketam masak, masukkan sayur-sayuran dan kacau.

5. Pecahkan sebiji telur dan kacau.

6. Asingkan ketam dan sayur-sayuran dari kuah.

9. Tinggalkan kuah di dalam periuk dan masukkan mee kuning dan tunggu sehingga mee masak.

10. Masukkan mee kedalam pinggan bersama ketam dan sayuran tadi. Tuangkan kuah ke dalam pinggan.

11. Hidangkan bersama daun sup, dau bawang dan hirisan cili merah.

#6 - RESEPI MEE JAWA
==================

Bahan-Bahan:

1 kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg. daging (rebus lembut dan hiris nipis)
300 gm tauge (buangkan akarnya dqn dicelur)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis)
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah)
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:

1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
2 sb cili kisar
3 sb serbuk kari daging
air rebusan daging
1 cawan air
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Bahan Kisar Halus:

3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 batang serai
Sedikit halia
sedikit lengkuas
100 gm udang kering
sedikit cili padi, jika suka pedas

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah kari & cili kisar hingga garing. Masukkan air dan kacau.

2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.

3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.

4. Angkat dan hidangkan dengan bahan yang dihiris.

#7 - RESEPI MEE SIZZLING
=====================

Bahan-bahan:

2 gulung yee mee
Daging ayam (dipotong kecil-kecil)
4 biji cendawan kering (direndam hingga kembang)
5 tangkai cili kering (dipotong-potong 1 inci)
3 inci halia (diketuk)
5 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang Sawi (dipotong dan dicelur)
4 sb Kicap pekat
4 sb Sos tiram
3 cawan air
2 bj Telur
1 sb tepung jagung
Serbuk Lada Hitam
Minyak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak masukkan cili kering, halia dan bawang putih biarkan sehingga naik baunya.

2. Masukkan ayam biarkan beberapa minit dan masukkan lada hitam biarkan sebati.

3. Masukkan kicap pekat, sos tiram biarkan sebati selepas itu masukkan cendawan.

4. Masukkan air dan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air, garam secukup rasa dan biarkan mendidih, kemudian tutup api.

5. Panaskan hot plate, masukkan yee mee, masukkan dahulu sedikit kuah tadi.

6. Akhir sekali pecahkan telur ke dalam masakan tadi biarkan sehingga masak.

7. Siramkan lebihan kuah, ke atas mee dan sawi yang telah dicelur.

#8 - RESEPI MEE KUAH LADA HITAM
=============================

Bahan-Bahan:

500gm mi kuning
3 biji bawang merah (dicincang) 
1 ulas bawang putih
5 biji cili api
100gm ayam (dihiris nipis) 
6 ekor udang
20gm lobak merah
20gm kubis
20gm sawi
1 ½ sudu makan sos lada hitam
1 ½ sudu makan lada hitam
2 sudu makan ikan bilis (ditumbuk) 
100ml air
60ml cawan kicap manis
Minyak masak untuk menumis secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan cili api, ikan bilis, ayam dan udang. Kacau rata.

3. Masukkan lada hitam, sos lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati.

4. Selepas itu masukkan air dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula mi dan sayur-sayuran.

5. Perasakan dengan garam secukup rasa. Gaul rata dan angkat. Sedia dinikmati.

#9 - RESEPI MEE UDANG KUALA SEPETANG
===================================

Bahan-Bahan:

1 kati mi kuning
½ kati udang basah – bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering – dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu – goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Cara Penyediaan:

1. Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

2. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan. Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

3. Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

4. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

#10 - RESEPI MEE HONG KONG
========================

Bahan-Bahan:

200gm mi kuning
2 biji telur
80gm udang (dibuang kulit) 
80gm sotong (dihiris) 
2 ulas bawang putih (dicincang halus) 
3 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos cili
2 helai daun sup (dihiris) 
50gm sawi (dihiris) 
40gm kobis (dihiris) 
30gm kobis bunga (dihiris) 
40gm lobak merah (dihiris) 
50ml air
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan:

1. Campurkan mi kuning bersama telur, gaul rata. Panaskan minyak dan goreng mi hingga garing. Angkat dan ketepikan.

2. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili boh dan kacau hingga pecah minyak.

3. Kemudian, masukkan sos tiram dan sos cili. Kacau sebentar.

4. Masukkan sotong dan udang, kacau sebentar. Masukkan pula daun sup, sawi, kobis, kobis bunga dan lobak merah.

5. Selepas itu, masukkan air dan biar didih sebentar.

6. Perasakan dengan garam secukup rasa. Tuang kuah pada mi yang telah digoreng dan sedia dinikmati.

#11 - RESEPI MEE HAILAM
=====================

Bahan-bahan:

3 ulas bawang putih
Biji lada hitam
1 kiub pati ayam
Kicap pekat
Ayam / daging / fishball / fishcake / sotong / udang
Sayuran - sawi, cendawan, baby jagung, carrot, kobis bunga
Mee kuning

Cara Penyediaan:

1. Mula-mula tumbuk 3 ulas bawang putih dengan biji lada hitam.

2. Kemudian tumis bahan yang dah ditumbuk tadi. Sambil tu masukkan sekali dengan kiub pati ayam.

3. Bila dah bau wangi, masukkan air setengah periuk. Masukkan kicap pekat 1 senduk kecil dan kacau. Kicap pekat ni bolehlah nak guna jenama apa pun tak apa asalkan kicap pekat.

4. Seterusnya masukkan ayam, fishball dan fishcake. Kalau nak ganti dengan udang, daging, sotong pun boleh. Ikutlah citarasa masing-masing. Kacau dan tunggu isinya masak.

5. Bila bahan-bahan tadi dah masak, masukkan sayur yang dah dibasuh.

6. Bila dah gaul semua sayur tadi, sekarang kita pekatkan sikit kuahnya. Caranya masukkan 2 sudu tepung jagung yang dah dibancuh dalam air.

(Mesti bancuh dalam air dulu tau, kalau masuk terus nanti dia jadi berketul ketul) 

7. Kacau semua bahan dan rasa dulu, kalau kurang masin tambah sedikit garam halus. Kalau kuah agak pekat tambah sedikit air.

8. Kuah mendidih dan semua bahan dah masak tutup api dan masuk kan daun sawi. Saya masuk akhir sekali sebab tak mau daun tu layu sangat.

9. Tabur Daun Sup, Cili dan Bawang Goreng

#12 - RESEPI BIHUN SUP
===================

Bahan kisar:

2 biji Bawang besar
5 biji Bawang putih
Halia sikit

Bahan-bahan:

Isi ayam
Sayuran ikut suka
Lada hitam (tumbuk kasar atau serbuk)
Cili padi
Telur
Garam
Bihun / mee (nak celur dan letak asing pun boleh, atau nak masakkan skali dalam kuah terus pun boleh)

Cara Penyediaan:

1. Mula-mula, kisarkan bawang dan halia. Kalau nak lagi sedap boleh lebihkan sikit. Baru kuah tu rasa manis-manis dari bawang.

Inilah rahsia yang jadikan mee atau bihun rebus lebih sedap. Sebelum ni saya dah cuba tumbuk dan ternyata kalau kisar memang lagi sedap.

Ok seterusnya bila dah kisar, sediakan periuk dan tumiskan bahan kisar tadi.

2. Kemudian masukkan air ikut lebih kurang banyak mana kita nak kuah.

3. Seterusnya masukkan isi ayam. Lepas tu, masukkan serbuk lada hitam. Biarkan sekejap dan bila dah mendidih masukkan sayur-sayur, cili padi yang diketuk, telur, dan garam.

4. Celur bihun asing daripada kuah.

12 Resepi Mee Berkuah Yang Sedap dan Mudah Disediakan 12 Resepi Mee Berkuah Yang Sedap dan Mudah Disediakan Reviewed by Bawang on Tuesday, June 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.