18 Resepi Pes Masakan Mampu Jimatkan Masa Untuk Memasak

18 Resepi Pes Masakan Mampu Jimatkan Masa Untuk Memasak | Dibawah ini kami kongsikan 18 resepi pes masakan yang mudah untuk disediakan sendiri dirumah. Dengan adanya pes ini dapat jimatkan masa anda untuk memasak, tambahan bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja.


Keistimewaan pes ini adalah dibuat tanpa menggunakan bahan pengawet tapi boleh tahan lama berbulan-bulan. Tidak perlu risau anda boleh sediakan pes banyak-banyak dan simpan sahaja dalam peti sejuk beku atau biasa. Memang berbaloi. 

#1 - PES GULAI IKAN
================

Bahan-bahan:

Bawang merah
Bawang putih
Daun kari
Halba
Air asam jawa
Garam

Bahan kisar:

Rempah kari ikan
Bawang merah
Bawang besar
Bawang putih
Cili kering

Cara Penyediaan:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris halus bersama daun kari dan halba, campur hingga kekuningan

2. Masukkan bahan kisar rempah kari ikan, bawang besar, bawang merah, bawang putih dan sedikit cili kering.

3. Masukkan perahan air asam jawa dan garam. Kacau sebati. Masak sehingga naik minyak. Tutup api.

(semasa masak nanti cuma tambahkan santan, ikan dan bendi / timun / terung / tomato)

#2 - PES IKAN BAKAR
=================

Bahan-bahan:

2 inci lengkuas
3 inci halia
5 batang serai
8 biji bawang merah
1 biji bawang holland
1 sudu udang kering (jika tak ada guna belacan)
8 biji cili padi
3 biji cili merah
3 helai limau purut

Cara Penyediaan:

1. Kisar semua bahan sampai lumat

2. Tumis bahan kisar dengan minyak yang banyak. Kemudian masukkan 4 - 5 sudu cili boh

3. Masukkan garam, gula, bahan perasa dan asam keping. Tumis sampai pecah minyak.

4. Siap dan sejukkan. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk

#3 - SOS YONG TAU FU
==================

Bahan-bahan:

2 sudu besar taucu
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar sos tiram
4 - 5 sudu gula
3 cawan air

Cara Penyediaan:

1. Masukkan semua bahan dalam blender dan kisar sehingga halus

2. Masuk dalam periuk dan masak sehingga kuah pekat. Siap

#4 - PERAPAN AYAM BBQ
====================

Bahan-bahan:

Bahan A:

3 sudu besar sos BBQ
5 sudu besar gula perang (boleh ganti dengan madu)
2 sudu besar gula putih
Garam secukup rasa

Bahan B: (Dikisar halus)

3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
4 cm halia
4 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk lada hitam
Air secukupnya

Cara Penyediaan:

1. Campurkan kesemua BAHAN A dan BAHAN B ke dalam bekas. Gaul hingga sebati. Siap

#5 - PES TOPING PIZZA
==================

Bahan-bahan:

1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji tomato (dikisar)
1 tin kecil tomato puri
3 sudu besar gula
1 sudu teh garam
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar Serbuk oregano
4 helai daun bay
1 paket daging kisar ramly

Cara Penyediaan:

1. Cincang atau tumbuk bawang besar dan bawang putih. Kisar tomato dengan sedikit air

2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang tumbuk hingga naik bau dan kekuningan

3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan daging kisar

4. Masak atas api sederhana sehingga daging kecut dan mendidih selama 20 minit

5. Masukkan 4 helai daun bay, 1 sudu besar oregano, gula dan garam. Masak lagi sehingga 10 minit hingga kuah pekat dan berbau harum. Tambah gula jika suka manis

6. Setelah masak angkat dan sejukkan. Lebihan boleh simpan dalam peti sejuk.

#6 - PES MASAK LEMAK
===================

Bahan-bahan:

3 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
Halia
1 biji kunyit hidup
Cili api

Cara Penyediaan:

1. Kisar semua bahan diatas hingga lumat.

Kisar banyak-banyak boleh simpan dalam peti sejuk. Mudah sangat boleh terus guna bila nak masak

#7 - PES SUP
==========

Bahan A:

5 biji bunga lawang
7 biji bunga cengkih
2 - 3 batang kulit kayu manis
10 biji buah pelaga

Bahan B : (dikisar halus)

Lada hitam
5 biji bawang besar
1/2 labu bawang putih
3 inci halia
10 sudu rempah sup

Cara Penyediaan:

1. Kisar Bahan B sehingga halus.

2. Panaskan minyak dan tumis Bahan A.

3. Kemudian masukkan pula bahan kisar tadi dan tumis hingga naik minyak dan kekuningan. Siap

4. Angkat dan sejukkan. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

5. Nak masak sup nanti hanya masukkan air, pes sup tadi, ayam / daging, kentang dan sebagainya. Perasakan dengan garam.

#8 - PES SAMBAL IJO (ALA PADANG)
=============================

Bahan-bahan:

20 biji cili hijau besar
10 biji cili api hijau
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
5 biji tomato hijau
1 kiub pati ikan bilis
3 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:

1. Rebus cili hijau besar, cili api, bawang merah, bawang putih dan tomato hingga lembik atau layu sedikit

2. Kemudian tumbuk atau kisar kasar bahan

3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar / tumbuk sampai pecah minyak. Masukkan kiub ikan bilis dan perasakan dengan garam dan gula

4. Masukkan daun limau purut dan biar sekejap hingga pes jadi kering atau pekat. Angkat dan sejukkan. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk.

#9 - PES KARI AYAM / DAGING
========================

Bahan-bahan:

5 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih
5 inci halia
6 sudu besar rempah kari daging
Rempah 5 sekawan
1 sudu halba

Cara Penyediaan:

1. Kisar semua bahan hingga halus kecuali rempah 5 sekawan.

2. Panaskan minyak dan tumis rempas 5 sekawan hingga naik bau. Masukkan pula bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.

3. Masukkan rempah kari daging (bancuh dulu dengan air) dan tumis lagi selama 2 minit. Perasakan dengan garam dan gula

4. Angkat dan sejukkan. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk

#10 - PES CHAR KUAY TEOW
======================

Bahan-bahan:

200 g kepala dan kulit udang
500 ml air
9 ulas bawang putih (kisar)
5 sudu besar cili kering
6 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap mee
3 sudu besar kicap manis
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil petis
2 kiub pati ikan bilis / pati udang kering
1 sudu besar garam
2 sudu besar gula
Serbuk perasa
Sedikit minyak

Cara Penyediaan:

1. Rebus kepala dan kulit udang dengan air sampai mendidih. Tutup api dan biar sejuk.

2. Kemudian ambil kepala dan kulit udang tadi, kisar hingga halus. Tapis air udang yang dikisar

3. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar. Kacau hingga cili garing

4. Masukkan semua bahan diatas bersama air rebusan kulit udang dan juga air tapisan yang dikisar tadi

5. Reneh dengan api perlahan hingga pes menjadi pekat. Lagi lama masak pes akan tahan lebih lama.

6. Matikan api dan biarkan sejuk. Masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk

#11 - PES BAKSO
=============

Bahan-bahan:

5 biji buah keras
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
5 sudu besar serbuk ketumbar

Cara Penyediaan:

1. Kisar semua bahan diatas hingga halus.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

3. Sejukkan pes dan boleh lah simpan dalam peti sejuk

#12 - PES SAMBAL HIJAU
====================

Bahan-bahan:

Cili padi hijau
Bawang merah
Tomato
Ikan bilis

Cara Penyediaan:

1. Kisar cili padi dan bawang merah hingga halus.

2. Masukkan pula tomato dan ikan bilis dan kisar sekejap saja biar kasar sikit

3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sampai pecah minyak. Perasakan dengan sedikit garam. Siap

4. Pes dah sejuk masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk

#13 - PES LAKSA SARAWAK
======================

Bahan-bahan:

8 biji bawang merah *
4 ulas bawang putih *
10 - 12 tangkai cili kering*
1 inci lengkuas *
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
3 biji buah keras *
2 - 3 batang serai *
1 inci belacan bakar *
1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
1/4 cawan bijan (digoreng)
Garam dan gula
Minyak

Cara Penyediaan:

1. Kisar bahan bertanda * sehingga lumat.

2. Tumbuk atau kisar hingga halus ketumbar, jintan manis, jintan putih, kacang tanah dan bijan

3. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan tadi hingga keperangan atau pecah minyak. Perasakan dengan gula dan garam. Siap

4. Sejukkan pes dan boleh simpan dalam peti sejuk

#14 - PES TOMYAM PUTIH
=====================

Bahan-bahan:

5 biji bawang besar *
5 ulas bawang putih *
10 biji cili api (diketuk)
1 inci lengkuas *
3 inci halia *
5 batang serai *
6 helai daun limau purut
5 biji limau nipis (ambil air)
Sos ikan

Cara Penyediaan:

1. Kisar bahan bertanda * sehingga halus. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga pecah minyak

2. Masukkan daun limau purut dan cili api, gaul rata.

3. Dah pecah minyak, masukkan air limau dan sos ikan. Perasakan secukupnya dengan garam dan gula. Siap

4. Sejukkan dan boleh simpan dalam peti sejuk.

#15 - KUAH ROJAK
===============

Bahan-bahan:

2 genggam cili kering (kisar)
10 biji cili api (kisar)
1 botol kecil kicap lemak manis
1 botol kecil sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 inci belacan (dibakar)
1 - 2 sudu otak udang
2 sudu pes asam jawa adabi
1 ketul gula melaka
2 cawan gula pasir
2 - 3 sudu tepung jagung

Cara Penyediaan:

1. Masak cili kering dan cili api yang telah dikisar hingga hilang bau cili. Boleh tambah air sedikit semi sedikit

2. Masukkan sos cili, kicap, sos tiram, otak udang, belacan, pes asam jawa dan gula melaka. Gaul sebati

3. Pastikan masak dengan menggunakan api kecil. Masukkan pula gula pasir dan tepung jagung

4. Biar hingga mendidih dan masak. Lagi lama masak akan lebih tahan lama. Siap

5. Sejukkan dan boleh simpan dalam bekas

#16 - PES PERCIK
==============

Bahan-bahan:

2 - 3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
Lengkuas
3 batang serai
Pati santan
Air asam jawa
Sedikit belacan
Garam dan gula
Sedikit minyak

Cara Penyediaan:

1. Kisar kesemua bahan diatas hingga lumat dan halus. Masukkan sedikit minyak dan kisar lagi hingga pekat dan menjadi pes. Siap

#17 - PES ASAM PEDAS
===================

Bahan-bahan:

1 cawan air asam jawa
Garam dan gula

Bahan kisar:

60 tangkai cili kering
4 labu bawang putih
10 biji bawang besar
2 inci halia
4 inci lengkuas
3 sudu besar serbuk kari
4 inci kunyit hidup
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis

Cara Penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak

2. Masukkan air asam jawa dan perasakn dengan garam dan gula

3. Biarkan mendidih dan sedikit pekat. Tutup api dan sejukkan

4. Simpan lebihan pes dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk

#18 - PES THAI CILI / NAM PRIK PAO
=============================

Bahan-bahan:

12 tangkai cili kering *
2 sudu besar udang kering *
12 ulas bawang putih *
6 biji bawang merah *
2 sudu pes asam jawa
1 sudu sos ikan
1 keping gula melaka
1/4 sudu belacan *
1/4 cawan minyak masak

Cara Penyediaan:

1. Kisar semua bahan bertanda * hingga lumat.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.

3. Masukkan pes asam jawa, sos ikan dan gula melaka. Masak seketika hingga menjadi pekat. Siap.

4. Sejukkan dan simpan dalam bekas

18 Resepi Pes Masakan Mampu Jimatkan Masa Untuk Memasak 18 Resepi Pes Masakan Mampu Jimatkan Masa Untuk Memasak Reviewed by Bawang on Thursday, June 04, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.