Jangan ketinggalan menyaksikan Drama 7 Hari Mencintaiku 2 adaptasi daripada Novel 7 Hari Mencintaiku 2 karya Siti Rosmizah yang akan bersiaran mulai 2 Julai 2020 di Slot Akasia TV3. Drama yang pernah mendapat perhatian penonton ini akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam. Drama 7 Hari Memcintaiku 2 dibintangi oleh Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes dan ramai lagi.
DRAMA 7 HARI MENCINTAIKU 2
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini.
Waktu Siaran
Tarikh Mula : 2 Julai 2020
Waktu : Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam
Jumlah Episod : 33
Slot : Akasia
Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Jamal Khan dan terbitan SR One Sdn Bhd
Pelakon
Shukri Yahaya. Siti Saleha, Kazar Saisi, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Shaharuddin Tambi, Wan Sharmila, Syazwan Zulkifli, Jaja Iliyes, Bil Azali, Dhia Irdina, Puteri Rafasya, Faye Kusairi, Idris Mat Diah, Anne Abdullah, Hariesa, Razzuan, Syaffiq Sahli
Watak Pelakon
Shukri Yahaya sebagai Khuzairi
Siti Saleha sebagai Mia Adriana
Kazar Saisi sebagai Pak Samad
Liza Abdullah sebagai Mak Leha
Jasmin Hamid sebagai Hayati
Shaharuddin Tambi sebagai Dato Johari
Wan Sharmila sebagai Sofi
Syazwan Zulkifli sebagai Helmi
Jaja Iliyes sebagai Nadia
Bil Azali sebagai Zaidi
Dhia Irdina sebagai Alisa
Puteri Rafasya sebagai Kenit
Faye Kusairi sebagai Syakila
Idris Mat Diah sebagai Pak Andak
Anne Abdullah sebagai Mak Andak
Hariesa sebagai Nurul Ain
Razzuan sebagai Fariz
Syaffiq Sahli sebagai Jali
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2
Mia Adriana dan Khuzairi melayari hidup bahagia berumah tangga. Ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata kedua.
Di saat mereka diulit bahagia. Puan Hayati dan Dato’ Johari kembali dengan dendamnya. Hebat Puan Hayati mengatur rancangan. Mia Adriana termakan dengan kata-katanya. Syakila tak kurang juga hebatnya.
"Dosa tu bukan datang dari mama! Dosa tu datang dari suami mak! Abah yang tergilakan mama! Sampai sanggup nak buat perkara terkutuk! Dosa abah tu yang akan terpalit dalam rumah ni! Suami mak tu gatal!” Hilang hormatnya pada Pak Samad. Seorang lelaki yang dihormati selama ini. Mak Leha mula membenci Mia Adriana.
“Kau ingat! Seorang anak perlukan restu ibu! Kalau kau nak Khuzairi dapat restu aku! Kau tinggalkan dia! Selagi kau masih jadi isteri dia! Sampai bila-bila dia tak akan dapat restu aku! Tanpa restu ibu Khuzairi tak akan bahagia!” Nadia putus tunang dengan Zaidi. Helmi bercerai dengan Sofi dan Khuzairi pula bergolak rumah tangganya. Nurul Ain muncul dalam hidup mereka. Mak Leha berkenankan gadis ini. Nurul Ain begitu sempurna di matanya.
“Mi nak mak tanya Nurul. Kalau abang long tu hanya kerja jaga kambing, dia nak tak? Lepas tu mak nilai, mana permata, mana batu jalan.” Helmi cuba menyedarkan emaknya. Khuzairi rasa tercabar. Dia bagaikan melukut di tepi gantang. Khuzairi pujuk, Khuzairi rayu, Mia Adriana tetap nak pergi. Khuzairi tak mampu menggapainya lagi.
“Pergi Mia! Pergi! Saya dah tak nak tengok muka awak! Pergi sejauh mana yang awak nak! Moga hidup awak akan lebih bahagia tanpa cinta Khuzairi!” Sayu mata Mia Adriana memandang anak-anaknya.
“Maafkan ibu sayang. Ibu terpaksa pergi.” Dia merenung suaminya buat terakhir kali. Walau 7 Hari Mencintaiku, cinta Khuzairi tiada lagi. Selamat tinggal abang. Selamat tinggal sayang. Kata-kata yang diucap dalam hati bersama deraian air mata
Sinopsis Drama 7 Hari Mencintaiku 2 (Slot Akasia)
Reviewed by Bawang
on
Tuesday, June 09, 2020
Rating:
No comments: