Sinopsis Drama Sembilan Lakonan Beto Kusyairi dan Atiqah Hasiholan

Sempena raya ini, Astro Citra membawakan kepada anda Drama Sembilan bergenre seram thriller bermula 1 Jun 2020 jam 11.00 malam. Sebelum ini Drama Sembilan telah disiarkan di aplikasi Astro GO mulai  6 Disember 2019. Drama Sembilan dibintangi oleh gabungan barisan pelakon malaysia dan indonesia iaitu Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani, Sara Ali, Luqman Hafidz, Atiqah Hasiholan, Bima Azriel dan ramai lagi. 


DRAMA SEMBILAN
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Waktu Siaran
Tarikh : 1 Jun 2020
Tarikh Asal Siaran : 6 Disember 2019
Slot : Astro Citra
Jumlah Episod : 10

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan terbitan Astro Shaw

Pelakon
Beto Kusyairi, Amerul Affendi, Azhan Rani, Sara Ali, Luqman Hafidz, Atiqah Hasiholan, Bima Azriel, Endhita Wibisono, Roy Marten

Watak Pelakon
Beto Kusyairi sebagai Azim
Atiqah Hasiholan sebagai Rimbun
Bima Azriel sebagai Taduh

Sinopsis Sembilan
Mengisahkan tentang seorang pelacur bernama Rimbun (Atiqah Hasiholan) yang mempunyai reputasi buruk di kalangan penduduk Kampung Tanah Merah. Rimbun dikenali sebagai pelacur yang sanggup melayan sesiapa sahaja yang melanggannya. Rimbun kemudiannya hamil dan melahirkan seorang bayi lelaki bernama Taduh (Bima Azriel). 


Namun begitu, Rimbun tidak mengetahui siapakah bapa kandung Taduh. Sepanjang sembilan tahun membesarkan Taduh, Rimbun sering mengabaikan dan melayan anaknya dengan kasar. Sehinggalah pada suatu hari, Taduh tiba-tiba hilang tanpa dikesan. Pada ketika saat itulah, Rimbun akhirnya menyedari yang Taduh adalah satu-satunya harta yang dia miliki dan tidak sanggup kehilangannya. Rimbun berusaha mencari Taduh dan sanggup merayu kepada penduduk kampung untuk membantu mencari Taduh. 

Namun, usaha pencarian mereka menemui jalan buntu. Setelah sembilan tahun berlalu sejak kehilangan misteri Taduh, Rimbun menyesali kehidupan ‘gelap’ zaman lampaunya dan sudah bertaubat ke jalan lurus. Rimbun juga sudah bertemu jodoh dan mendirikan rumah tangga dengan seorang peniaga bernama Azim (Beto Kusyairy). 

Pasangan ini menjalani kehidupan serba sederhana dengan cukup bahagia. Rimbun juga dikurniakan rezeki untuk hamil sekali lagi dan mengharapkan agar bayi ini mampu mengubat kerinduannya kepada Taduh. Namun, misteri kehilangan Taduh yang belum terungkai tiba-tiba dikejutkan pula dengan kemunculan semula Taduh tetapi masih dalam keadaan usia sembilan tahun sama seperti sewaktu kehilangannya.

Kepulangan Taduh mengundang pelbagai spekulasi daripada penduduk Kampung Tanah Merah. Adakah dia masih ‘Taduh’ ataupun cuma jelmaan?
Sinopsis Drama Sembilan Lakonan Beto Kusyairi dan Atiqah Hasiholan Sinopsis Drama Sembilan Lakonan Beto Kusyairi dan Atiqah Hasiholan Reviewed by Bawang on Tuesday, June 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.