Sinopsis Filem Ada Apa Dengan Dosa

Jangan ketinggalan menyaksikan Filem Ada Apa Dengan Dosa bergenre drama islamik yang akan ditayangkan di Astro First pada 4 Jun 2020. Filem Ada Apa Dengan Dosa dibintangi oleh Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, Fauziah Nawi dan ramai lagi. 


FILEM ADA APA DENGAN DOSA
Berikut dikongsikan maklumat mengenai filem ini. 

Waktu Siaran
Tarikh Tayangan : 4 Jun 2020

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Rahila Ali dan terbitan Pencil Pictures & Records

Pelakon
Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, Haris Ismail, Adam Corrie, Fauziah Nawi, Rayyan Dinno, Regina Vereker, Bobby Robertson, Mohd Naqeeb, Azuana Said, Cassidy Anderson

Watak Pelakon
Ashraf Muslim sebagai Ustaz Aariz
Wanna Ali sebagai Aurora
Fasha Sandha sebagai Siti Zahra
Haris Ismail sebagai Khaliq
Adam Corrie sebagai Yusof Lee 

Sinopsis Ada Apa Dengan Dosa
Mengisahkan tentang Aurora (Wanna Ali), seorang gadis berusia 19 tahun yang merupakan anak luar nikah dan dibesarkan di Eropah oleh keluarga bukan Islam sejak kecil. Keadaan berubah apabila dia mendapat tahu asal usulnya. Aurora rasa tertipu dan cuba membunuh diri. Namun, kehadiran Khaliq (Haris Ismail) memberi sinar baru buatnya dan mereka pergi ke Malaysia untuk mencari ibu bapa kandungnya.

Sepanjang pencarian, Aurora mula rasa ingin tahu erti Islam yang sebenar memandangkan dia tidak pernah mempraktikkan ajaran Islam sebelum ini. Sementara itu, ibu kandung Aurora, Siti Zahrah (Fasha Sandha) hidup dihantui dengan dosa silam. Manakala, ayah kandungnya pula merupakan ustaz terkenal, Ustaz Aariz (Ashraf Muslim) yang cuba lari dari dosa lalu dan tidak mengakui yang Aurora adalah anak kandungnya kerana takut maruah tercalar.
Sinopsis Filem Ada Apa Dengan Dosa Sinopsis Filem Ada Apa Dengan Dosa Reviewed by Bawang on Monday, June 01, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.