Sinopsis Filem Town Mall

Jangan ketinggalan menyaksikan Filem Town Mall yang telah diadaptasi daripada novel bergenre seram Town Mall karya Hasrudi Jawawi dan inspirasi daripada kisah benar. Filem Town Mall bakal ditayangkan di pawagam rumah anda menerusi Astro First saluran 480 mulai 25 Jun 2020. Dibintangi oleh Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra dan ramai lagi. 


FILEM TOWN MALL
Berikut dikongsikan maklumat mengenai filem ini. 

Info Tayangan
Tarikh Mula : 25 Jun 2020
Saluran : Astro First
Harga : RM15

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Datuk Seri Eizlan Yusof dan terbitan Enuja Production Sdn Bhd

Pelakon
Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Dato’ Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Faradhiya.

Watak Pelakon
Datuk Seri Eizlan Yusof sebagai Rusdi
Reen Rahim sebagai Akma
Intan Ladyana sebagai Maria
Adam Shahz sebagai Malik
Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tok Megat
Hafizuddin Fadzil sebagai Dato Saiful
Nor Albaniah sebagai Nek Melur
Erry Putra sebagai Hassan
Ku Faridah sebagai Mak Esah
Faradhiya sebagai Ariani
Nurul Hanynaa Bt Harizal sebagai Mazni
Hafsa Munir sebagai Misha
Wan Muhammad Logan (Elji) sebagai En Roslan

Sinopsis Filem Town Mall
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka. Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.

Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Sinopsis Filem Town Mall Sinopsis Filem Town Mall Reviewed by Bawang on Friday, June 26, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.