Sinopsis Awak Sangat Nakal Lakonan Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad

Saksikan siaran ulangan Drama Awak Sangat Nakal adaptasi daripada novel yang akan bersiaran mulai 26 Jun 2020 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang di Astro Prima. Drama Awak Sangat Nakal pernah disiarkan pada tahun 2016 telah dibintangi oleh Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Afiq Muiz, Ika Nabella, Hefny Sahad, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Tash Yong dan ramai lagi. 


DRAMA AWAK SANGAT NAKAL
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 26 Jun 2020
Waktu : Setiap Isnin hingga Jumaat jam 6.00 petang
Jumlah Episod : 16
Siaran : Slot Tiara, Astro Prima

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Azmi Hatta dan terbitan Orangetree Production Sdn Bhd

Pelakon
Ayda Jebat, Sharnaaz Ahmad, Afiq Muiz, Ika Nabella, Hefny Sahad, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Tash Yong, Fadilah Mansor, Farouk Hussain, Ku Faridah, GBob, Henzi Andalas, Erry Putra, Syaffiq Sahli

Watak Pelakon
Ayda Jebat sebagai Erine Johanna
Sharnaaz Ahmad sebagai Johan Rizqin
Fadilah Mansor sebagai Mak Munah
Ika Nabella sebagai Ain Humaira
Tash Yong sebagai Sue
Hefny Sahad sebagai Habib
Afiq Muiz sebagai Ustaz Hafsham
Aleza Shadan sebagai Puan Sri Zariah
Rahim Jailani sebagai Tan Sri Emran
Ku Faridah sebagai Mak Tok
Erry Putra sebgai Hassan

Sinopsis Awak Sangat Nakal
Pertemuan antara Johan Rizqin dan Erine Johanna bermula apabila gadis itu ditinggalkan mama dan papanya selama sebulan di bawah jagaan orang gajinya, Mak Munah. Erine Johanna yang bosan dengan suasana di kampung telah menjadikan Johan Rizqin, mangsa usikkannya.

Masalahnya, Johan Rizqin sudah bertunang dengan Ain Humaira, anak angkat Mak Munah. Tetapi kehadiran Erine, menyebabkan Johan mula berubah hati. Entah kenapa, dia merasakan perasaannya lain sejak diusik Erine. Tetapi untuk mendapatkan Erine, Johan terpaksa berdepan banyak cabaran.

Walaupun begitu, Erine masih tidak boleh menerima cinta yang Johan berikan. Bukan kerana soal hati, bukan kerana tidak cinta, tetapi kerana amanah arwah suami Mak Munah kepada Johan. Erine merasakan dia menjadi penghalang kepada amanah itu.

Gara-gara kenakalan dan sikap ingin tahunya untuk mencari siapa yang diamanahkan kepada Johan, Erine berjaya merungkai seribu satu rahsia, teori dan konspirasi yang disimpan Mak Munah selama 23 tahun. Erine kemudian mula merancang dan membuat pakatan sulit untuk menyelamatkan Johan daripada dibunuh.

Tapi, sehebat mana pun rancangannya, hebat lagi perancangan Allah SWT. Adakah pengorbanan Erine kepada Johan, tidak sia-sia? Atau, hidupnya berakhir dengan hukuman mati?

Sinopsis Awak Sangat Nakal Lakonan Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad Sinopsis Awak Sangat Nakal Lakonan Ayda Jebat dan Sharnaaz Ahmad Reviewed by Bawang on Friday, June 26, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.