Sinopsis Novel Aku Pilih Bahagia

Sinopsis Novel Aku Pilih Bahagia. Saksikan drama adaptasi daripada Novel Aku Pilih Bahagia karya Umie Nadzimah yang dijangka akan bersiaran pada tahun 2022. Drama Aku Pilih Bahagia dibarisi pelakon hebat seperti Emma Maembong, Alvin Chong, Fizz Fairuz, Bella Dally, Meor Mohd, Nadya Syahera, Yaya Maembong dan ramai lagi. Drama ini akan bersiaran bermula 3 April 2022 pada setiap hari isnin hingga ahad jam 3 petang.


NOVEL AKU PILIH BAHAGIA

Blurb

“You tetap isteri yang I sayang…” – Aidan

Ya. Dhiya isteri yang disayangi, bukan yang dicintai. Empat tahun rumah tangga mereka sangat bahagia sehinggalah muncul Humaira, bekas tunang alias cinta pertama Aidan. Keluarga Aidan pula meletakkan kesalahan di atas bahu Dhiya kerana masih tak mampu lahirkan zuriat untuk suami. Tak mahu terus didera mentalnya, Dhiya mohon untuk undur diri. Namun tidak mudah untuk Dhiya melalui hari-hari tanpa Aidan. Dia hilang arah, kecewa dan terlalu mengharap Aidan kembali.

“Move on la Dhiya, nak meratap-ratap lagi buat apa? Sebab tu banyak lelaki yang melampau! Sebab ramai perempuan lemah! ” – Dzikri Hafiy

Berkat sokongan keluarga dan lebih-lebih lagi Dzikri, Dhiya bangkit semula untuk mulakan hidup baru. Berhijrah ke tempat yang jauh, rancang sesuatu untuk terus melupakan kesakitan lalu disamping membantu sepupunya, Inas yang turut mengalami nasib yang sama. Dhiya berkenalan dengan Arneesa yang ditindas suami dan keluarga mentua. Mereka jadi sangat rapat dan saling membantu serta menyokong antara satu sama lain.

Selepas melalui fasa getir, Dhiya semakin bahagia dan bertambah sempurna dengan kehadiran Maream. Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan isteri setelah berbelas-belas tahun menunggu masa yang sesuai. Apakah jawapan Dhiya? Dhiya tahu yang Arneesa terlalu menaruh harapan pada Dzikri. Malahan Arneesa itu seorang wanita yang lebih teruk deritanya berbanding Dhiya. Bermakna Arneesa lebih memerlukan lelaki sebaik Dzikri sebagai pelindung. Aidan dan keluarganya juga muncul semula untuk memujuk Dhiya kembali kepada mereka, sementelah Maream itulah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu.

Siapakah pilihan Dhiya untuk terus mencipta bahagia? Dzikri Hafiy yang telah banyak berkorban untuknya atau menerima semula Aidan, ayah kandung Maream? Dan bagaimanakah pula nasib serta jodoh Arneesa? Dia pun ingin bahagia dengan lelaki yang dicintai. Dapatkan jawapannya dan ikutilah kisah tiga wanita yang ingin bangkit dari fasa terluka dalam AKU PILIH BAHAGIA.

Sinopsis Novel Aku Pilih Bahagia

Kisah rumahtangga Dhiya dan Aidan yang telah terbina sejak sekian lama mula goyah dengan kehadiran Humaira. Aidan meletakkan kesalahan dibahu isterinya hanya disebabkan Dhiya tidak mampu memberikan anak kepadanya sedangkan mereka baru sahaja berkahwin selama empat tahun.


Dhiya yang tidak lagi mampu menahan derita akibat keluarga Aidan yang suka masuk campur dalam hal rumahtangga mereka, meminta Aidan untuk melepaskannya. Dhiya pergi membawa diri ke tempat lain. Di sana, dia telah berkenalan dengan Arneesa juga mempunyai masalah sepertinya ditindas oleh suami dan keluarga mertua. Mereka semakin lama menjadi semakin rapat, salin membantu dan sentiasa menyokong antara satu sama lain.

Kehidupan Dhiya bertambah bahagia dan sempurna dengan kehadiran anak perempuannya, Maream. Dhiya mempunyai seorang rakan baik, Dzikri Hafiy yang setia menantinya selama bertahun-tahun. Akhirnya, dengan penuh keberanian Dzikri melamar Dhiya untuk dijadikan sebagai isterinya. Dhiya tidak tahu mahu menerima lamaran itu ataupun tidak kerana dia merasa serba salah dengan Arneesa. Dia tahu Arneesa juga pernah menyimpan perasaan pada Dzikri malah Dhiya merasakan Arneesa yang lebih memerlukan seorang lelaki dalam hidupnya akibat penderitaan yang dilalui olehnya sebelum ini.

Aidan muncul semula bersama kelurga mahu memujuk Dhiya kembali bersamanya disebabkan Maream adalah satu-satunya penyambung keturunan yang ditunggu-tunggu selama ini. Siapakah yang akan dipilih oleh Dhiya untuk menjadi suaminya? Bagaimana pula dengan Arneesa yang juga memerlukan seorang lelaki untuk menjadi pelindung hidup selama-lamanya?
Sinopsis Novel Aku Pilih Bahagia Sinopsis Novel Aku Pilih Bahagia Reviewed by Bawang on Sunday, April 03, 2022 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.