Sinopsis Novel Ayat-Ayat Halal

Saksikan drama adaptasi daripada Novel Ayat-ayat Halal karya Syamnuriezmil yang akan bersiaran tidak lama lagi di RTM TV1. Drama Ayat-ayat Halal akan dibintangi oleh Amar Baharin dan Nadiya Nisaa. 


NOVEL AYAT-AYAT HALAL

BLURB

Dek kerana kejutan tak menjadi, Ebrahim Alfarez terpaksa balik ke Malaysia, berpuasa sendirian. Lagipun dah lama dia tak balik sejak dia putus cinta dengan Murni, dua tahun yang lalu. Sejak itu dia berkurung di Qatar dan tak mahu pulang ke Malaysia.

Rindu dengan kek pandan maknya, Ebrahim pulang juga akhirnya. Tetapi kali ini dia bertemu dengan kek pandan buatan Ulya Ayani, anak Pak Cik Ayob, jiran sebelah rumahnya. Ebrahim telah jatuh cinta dengan kek pandan Ulya.

"Ambil lah... sekeping saja lagi."
"Haih seganlah saya pak cik."
"Dah taram sampai berkeping-keping... takkan tinggai sekeping, tolak kot."
"Saya ni memang suka kek pandan."

Sebab itu jugalah, Ebrahim terpaksa menyamar jadi ustaz untuk mengajar Pak Cik Ayob mengaji sambil-sambil nak menjual ayat-ayat halal kepada Ulya. Manalah tahu, tiba syawal... Ebrahim beristeri seperti yang mak Ebrahim selalu harapkan. Masalahnya... Ebrahim ingatkan Ulya faham ayat-ayat halalnya... rupanya tidak. Ulya lurus bendul!

Walaupun ada kekurangan, bagi Ebrahim... Ulya telah berjaya memenuhi tempat kosong dalam hatinya. Namun tempat kosong itu belum boleh di penuhi kerana Ulya merupakan sepupu rapat Murni dan turut diminati oleh Ustaz Hassan. Muncul pula lamaran anak Mak Cik Jah buat Ebrahim pening kepala.

Bagaimana Ebrahim hendak meyakinkan Ulya yang hanya Ulya yang layak mengisi tempat kosong dihatinya? Cukupkah ayat-ayat halal Ebrahim tu buat Ulya?

Kerana... cinta itu hanya sempurna apabila dihalalkan!

SINOPSIS NOVEL AYAT-AYAT HALAL


Ebrahim anak sulung kepada Mak Cik Esah, sudah pun menjangkau usia 30an dan masih lagi belum bertemu jodoh sehinggalah ke sekarang. 2 tahun membawa hati kecewa berkelana ke Qatar selepas cintanya dengan Murni tak kesampaian. Entah macamana tergerak hati Eb kali ni nak balik ke Malaysia dan kononnya nak buat kejutan pada ibunya sekaligus dapatlah melepaskan rindu nak menjalankan ibadah puasa bersama ibu kesayangan. Tapi lain yang dirancang lain pulak yang jadinya. Pada masa yang sama ibu dan dua adik lelakinya dah merancang nak menunaikan umrah. Jadinya terpaksalah dia keseorangan sementara menunggu mereka semua pulang.

Kepulangannya kali ni walaupun agak kecewa tak dapat berlama dengan ibu kesayangan, Allah gantikan dengan menemukannya dengan si manis Ulya Ayani anak dara Pak Cik Ayob jiran sebelah rumahnya. Sekali pandang terus dia jatuh cinta. Tetapi nak mencuri hati dan perhatian anak dara Pak Cik Ayob tak semudah yang dia sangkakan. Betul-betul Eb tak sangka rupa-rupanya Ulya adalah sepupu kepada Murni bekas kekasihnya dulu. 

Lagi haru si Murni masih lagi menyimpan rasa padanya. Dan lagi pada masa yang sama Eb terpaksa bersaing dengan Ustaz Hassan yang juga tergila-gilakan Ulya. Mana lagi terpaksa berdepan dengan Ulwan abang kepada Ulya yang cukup membencinya. Mujurlah bakal bapa mertuanya Pak Cik Ayob cukup sporting dan sentiasa memberi peluang pada Eb cuba mendekati anak daranya itu.

Siapakah nanti yang bakal menjadi pilihan hati Ulya? Ebrahim atau Ustaz Hassan? Nak tahu kesudahan kenalah dapatkan novel ini dan baca sampai habis. 
Sinopsis Novel Ayat-Ayat Halal Sinopsis Novel Ayat-Ayat Halal Reviewed by Bawang on Thursday, June 25, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.