Sinopsis Novel My Sweetheart Hannan

Saksikan drama bersiri terbaru adaptasi daripada Novel My Sweetheart Hannan karya Nureen Mirza yang akan bersiaran tidak lama lagi. Drama My Sweetheart Hannan akan dibintangi oleh Hafidz Roshdi dan Eyka Farhana. 


SINOPSIS NOVEL MY SWEETHEART HANNAN

Menatap wajah Hannan Iman setelah dua tahun terpisah, hati Hizzad tak tentu rasa. Dia bagaikan

budak sekolah yang pertama kali jatuh cinta. Angaunya mencecah langit ketujuh. Cemburunya sukar untuk dikawal.

" Sudi tak awak terima saya semula dalam hidup awak?"- Hizzad

" Saya tak naklah! Awak tak faham bahasa ke? "- Hannan

Hati Hizzad meronta-ronta mahu merujuk semula dengan bekas isterinya. Namun, dah tentulah Hannan tak sudi. Yalah, dulu dia juga yang ceraikan Hanan. Alasannya;

1) Umi tak suka Hannan

2) Hannan bukan isteri yang baik

3) Dia dah ada Sofea

Tapi sekarang, dia pula terkejar-kejarkan Hannan. Sedihnya, Hannan hanya pandang dia sebelah mata.

" Awak ingat mencuci dosa itu semudah mencuci pakaian? Masukkan dalam mesin basuh. Letak sabun.

Keluar-keluar sudah bersih dan berbau wangi?" - Hannan


Namun, takdir menyatukan mereka kembali ke gerbang pernikahan. Bermulalah suka duka dalam perkahwinan kedua Hizzad dan Hannan. Berhadapan dengan kebencian mak mentuanya, buatkan Hannan meraup dada. Sofea dan Adam pula sentiasa berbuat onar untuk meruntuhkan mahligai baru mereka.

Ditambah lagi dengan kehadiran mesej misteri seringkali buat Hannan pening kepala.

Dapatkah Hizzad dan Hannan menjulang bahagia? Atau rumah tangga yang dibina kali kedua ini bakal ranap seperti yang pertama? 
Sinopsis Novel My Sweetheart Hannan Sinopsis Novel My Sweetheart Hannan Reviewed by Bawang on Sunday, June 21, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.