Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa

Nantikan drama terbaru di Slot Megadrama Astro Ria adaptasi daripada Novel Rindu Awak Separuh Nyawa karya Siti Rosmizah yang telah diterbitkan pada tahun 2016. Sama-sama kita nantikan kemunculan drama ini. 


Drama Rindu Awak Separuh Nyawa akan bersiaran bermula 23 Mac 2021 pada setiap isnin hingga khamis jam 10 malam. Lakonan hebat daripada pelakon seperti Uqasha Senrose, Shukri Yahaya, Marsha Milan dan ramai lagi.

NOVEL RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

BLURB

"Kasih Maisara!!!”

Kemarahan papanya tidak diendahkan. Sikap angkuh dan sombong begitu menebal dalam diri. Ditambah pula dia sering salahkan papanya atas kematian arwah mamanya.

Pertemuan tidak di duga dengan lelaki bernama Nazril Nazim telah membuka tirai baru dalam hidupnya. Maisara bertemu buku dengan ruas, keegoannya dicabar!

“Saya lagi rela kahwin dengan perempuan hodoh! Sebab kebahagiaan bukan pada paras rupa. Saya mencari isteri solehah bukan ratu cantik dunia!”

Bagai nak meletup jantung Maisara mendengarnya!

“Nazril! Kau sedang bermain dengan api! Dan api itu adalah aku! Aku akan bakar kau sampai hangus!”

Manusia tidak sempurna pasti ada salah dan silapnya. Begitu juga Kasib Maisara, ketulusan cinta Nazril Nazim menyinar keinsafan dalam diri. Namun di kala kasih berputik dan cinta bersemi, Nazril pergi begitu saja tanpa diduga.

Maisara akur akan kesilapannya tetapi kenapa tiada ruang kemaafan buatnya? Hati Nazril beku! Maisara memujuk! Maisara merayu! Sekelumit pun tidak terkesan di hatinya!

“Mulai hari ini, awak tutup pintu hati serapat-rapatnya untuk saya sebab Nazril Nazim tidak akan menerima awak lagi sampai mati!”

Ya Allah! Begitu bisa setiap patah katanya.

“Awak janganlah risau, saya tidak akan kembali semula dalam hidup awak. Kalau ditakdrkan mati, saya akan bawa kata-kata awak sampai ke liang lahad! Cuma jika awak masih ada sedikit ehsan dan buat kali terakhir imamkan jenazah saya. Bawa jenazah saya ke kubur, kebumikan dan kata Maisara saya dah buktikan yang saya tidak akan menerima awak sampai awak mati!” Jelas kelukaannya.

Kini, Kasih Maisara telah pergi. Walau keluar air mata darah sekali pun sudah tidak berguna lagi!

“Maafkan abang sayang, maafkan abang. Hati abang tak pernah mati buat sayang. Saralah nafas, nyawa dan bidadari syurga abang.”

Dalam hati dihimpit rasa kekesalan, Nazril mendongak memandang bintang yang bertaburan di langit. 

“Kasih Maisara, rndu awak separuh nyawa,” bisik hatinya dengan deraian air mata.

SINOPSIS RINDU AWAK SEPARUH NYAWA

Rindu awak separuh nyawa mengisahkan tentang Kasih Maisarah dan Nazril Nazim yang masih belajar di kolej. Mereka telah berkahwin atas dasar ingin membalas dendam dan juga mahu menang pertaruhan. Permulaannya, Nazril memang tidak menyukai Kasih Maisarah kerana dia adalah anak orang kaya yang berlagak, sombong, bongkak, bajet bagus dan pelbagai lagi perangai buruknya.


Selepas berlakunya satu kejadian dimana Kasih Maisarah selamatkan Nazril daripada dilanggar kereta dan Kasih Maisarah sendiri mengalami kecelakaan dalam kemalangan itu, menyebabkan dia sukar untuk hamil. Nazril telah jatuh sayang dekat si minah kekwat itu dan bersetuju untuk mengambilnya sebagai isteri. Kasih sayang dan cinta Nazril adalah tulus ikhlas sebaliknya Kasih Maisarah hanya berpura-pura untuk melunaskan dendamnya terhadap lelaki itu dan mahu menang pertaruhan. 

Akhirnya mereka saling jatuh cinta dan masing-masing berjanji akan setia. Tetapi biasalah dalam sesebuah hubungan akan ada pasang surutnya, ada kala cemburu, sakit hati, benci dan macam-macam lagi. Sehinggalah suatu saat, telah berlaku salah faham antara mereka dan Nazril dapat tahu Kasih Maisarah tidak ikhlas sayang dan cintakannya, lantas terus meninggalkan. Maisarah. Nazril tidak menyedari bahawa Maisarah sangat ikhlas menyayangi dan cintakannya. 

Sekembali Nazril pulang ke kampung halaman membawa diri, dia mahu ditunangkan dengan Nurul Huda pilihan uminya. Umi tidak tahu Nazril sudah berkahwin kerana perkahwinan itu dirahsiakan dari pengetahuan umi. Bila Maisarah dapat tahu akan majlis pertunangan suaminya itu, dia terus pergi pergi ke kampung dan serang majlis tersebut dan telah mencipta alasan mengatakan dirinya mengandung. Ini membuatkan Nazril Nazim semakin hilang kepercayaan kepadanya.

Takdir Allah tiada siapa mampu menghalangnya. Kasih Maisara sememangnya disahkan hamil. Tetapi disebabkan diri telah dikuasai amarah tambahan lagi mulut orang yang suka mereka-reka cerita, Nazril mengambil keputusan yang sangat melukakan hati Kasih Maisarah. 

Kasih Maisarah pergi membawa diri dan menghilangkan diri. Nazril yang menyedari akan kesalahan dirinya separuh nanar pergi mencari isterinya. Dia yakin Kasih Maisarah masih hidup. Dapatkah Nazril bertemu semula isterinya? Adakah bahagia milik mereka hingga ke akhirnya? Segera dapatkan novel ini dipasaran untuk mengikuti kesudahan kisah yang sangat menarik untuk dibaca.
Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa Sinopsis Novel Rindu Awak Separuh Nyawa Reviewed by Bawang on Saturday, June 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.