Sinopsis Novel Akulah Cinderella

Saksikan drama adaptasi daripada Novel Akulah Cinderella karya Nozi Danisya yang akan bersiaran mulai 19 Jun 2020 pada setiap Isnin hingga Ahad jam 7.00 malam di saluran TV Okey. Drama Akulah Cinderella dibintangi oleh Oktovia Manrose, Nafiez Zaidi, Kay Maria, Wanns Ahmad, Umie Danish, Xid Haixal, Jack Hadzriel dan ramai lagi.


NOVEL AKULAH CINDERELLA

BLURB

Nur Aisyah, gadis manis bertukar imej tomboi untuk mengelakkan diri daripada dibuli oleh orang kampung. Dia yang dipanggil Syah terpaksa berhenti sekolah dan bekerja untuk menyara lima orang adik-adiknya selepas kematian ibu bapanya.

Pada malam semasa pulang bekerja, dia telah bertembung dengan kereta Shafiq yang membawa kepada pergaduhan besar di antara mereka. Semenjak itu, Syah mengisytiharkan perang ke atas Shafiq. Secara kebetulan juga Syah telah menyelamatkan nyawa Datin Zulaikha, seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq. Kesengsaraan hidup Syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba untuk membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkatnya tanpa pengetahuan lelaki itu. Bagaimanakah reaksi Shafiq?

“Apa ni? Nak cari gaduh ke?”

“Apa dia? Aku buat apa?”

“Kau luku kepala aku tu kenapa?”

Bolehkah mereka berdamai? Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya? Adakah Syah akan selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin dengan Shafiq?

‘Akulah Cinderella’ ada jawapannya

SINOPSIS NOVEL AKULAH CINDERELLA

Akulah Cinderella mengisahkan tentang seorang anak yang kehilangan kedua orang tuanya dalam kecelakaan jalan raya. Kisah seorang kakak yang terpaksa berhenti sekolah dan bekerja sebagai office boy di siang hari dan di restoran Mak Cik Senah di malam hari demi menggalas tanggungjawab yang ditinggalkan oleh orang tuanya.


Nur Aisyah atau Syah, kakak sulung harus bertanggungjawab penuh pada adik-adiknya yang seramai empat orang. Di usia 17 tahun dia harus berlagak macho, berpakaian seperti tomboi dengan harapan dapat menghindarkan dirinya daripada mata-mata jahat yang ada niat tak baik padanya ketika dia harus keluar bekerja terutamanya di malam hari. Dia harus tegar demi membela nasib adik-adiknya.

Masalah datang bertimpa-timpa. Bermula dengan masalah tempat tinggal hinggalah masalah hak penjagaan terhadap adik-adiknya yang semuanya masih kecil. Mereka diberi tempoh seminggu untuk mengosongkan rumah dan keluar daripada tanah tempat mereka berteduh. Rumah yang didirikan atas tapak tanah Pak Haji Yahya yang baik hati. Namun kematian Pak Haji Yahya menyebabkan anak menantunya menghalau mereka keluar atas alasan tanah itu akan dijual. Tambah merumitkan keadaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula bertandang dan mendakwa bahawa dia tidak layak untuk menjaga adik-adiknya kerana dia sendiri masih di bawah umur (17 tahun).

Suatu hari dia bertembung dengan Syafiq Daniel dijalanan. Dia ditumbuk dan ditempeleng oleh Syafiq apabila mereka bertengkar kerana Syafiq ingat Syah adalah seorang lelaki. Dalam benci, mereka mula ada rasa sayang. Tapi kebetulan suatu hari, Syah menyelamatkan ibu Syafiq, Datin Zulaikha.

Datin mengambil adik-beradik Syah sebagai anak angkatnya untuk menzahirkan rasa terima kasihnya. Aisyah dapat menyambung persekolahannya hingga ke UTM. Sementara itu, dia dan Syafiq ditunangkan. Tapi rasa bahagia itu sementara sahaja.

Zailan berbohong pada Syafiq bahawa dia dan Syah sedang bercinta untuk membalas dendam pada Syah kerana telah menolak dirinya. Semasa pertengkaran mereka, Syah memutuskan tali pertunangan mereka kerana telah dihina oleh Syafiq.

Bila Syafiq kemalangan dan koma, timbul rasa kesal dalam diri Syah. Syah sedar dia terlalu ego lalu dia berjanji akan lebih terbuka dengan perasaannya bila Syafiq sedar kelak. Akhirnya Syafiq sedar dan mereka berbaik semula kerana rasa sayang masih teguh dan kuat dalam diri masing-masing. Lalu Syafiq menyarungkan cincin pertunangan mereka pada jari Syah.

Sinopsis Novel Akulah Cinderella Sinopsis Novel Akulah Cinderella Reviewed by Bawang on Friday, June 19, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.