Sinopsis Novel Tuan Danial

Saksikan siaran ulangan Drama Tuan Danial adaptasi daripada Novel Tuan Danial karya Azizah Ami yang akan bersiaran mulai 22 Jun 2020 pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Slot Samarinda TV3. Drama Tuan Danial dibintangi oleh Idris Khan, Intan Najuwa, Atikah Suhaime, Luqman Hafidz, Aman Graseka, Syafi Tee dan ramai lagi. 


NOVEL TUAN DANIAL

BLURB

Cinta yang cuba di atur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Dan alangkah ‘sengalnya’ menjadi pembantu rumah yang serba tidak tahu membuat kerja rumah. Terjalinkah cinta mereka? Bagaimanakah Danial menangani seorang maid yang serba tidak tahu?

“Ini semua awak punya pasal Isketambola, kalau awak susun stoking saya dalam satu lipatan macam kak Hasnah buat pasti saya tak pakai stoking warna berlainan hari ni. Nasib baik setiausaha saya nampak.”

Danial mendapatkan Is yang sedang membancuh teh di dapur. Bertaut kening Is mendengarnya.

"mak aih, salahkan orang pula. Masa Tuan Danial sarungkan tadi tak perasan ke?"

"Nak perasan apanya kalau awak tu sibuk suruh saya beli kuaci bunga matahari awak tu. Benda kecik macam tu pun nak makan," Danial menghulurkan plastik berisi dua bungkus kuaci ke tangan Is.

Dengan bibir yang tersenyum lebar Is menjawab ... "Eleh, marah-marah pun sayang juga Tuan Danial pada saya, ye?"

Sepatah perkataan pun tak mampu dilontar keluar oleh Danial tatkala mendengar ayat berani mati Is itu. Dia terus menapak naik ke tingkat atas dengan senyuman manis

SINOPSIS NOVEL TUAN DANIAL

Cinta yang cuba diatur oleh keluarga Tengku Ismahanim dengan jejaka yang tidak dikenali bernama Danial telah mendorongnya menyamar sebagai pembantu rumah. Danial bukan lelaki pertama yang membuatkan Tengku Ismahanim atau Is, menyamar sebagai pembantu rumah. 


Penyamaran Is ini adalah untuk menyiasat latar belakang dan sikap sebenar bakal-bakal suami yang dicadangkan oleh bapanya, Tengku Khalil namun semua calon itu tidak berjaya memikat hati Is sehinggalah Is menyamar menjadi pembantu rumah milik keluarga Tuan Danial.

Berlainan dengan lelaki-lelaki sebelumnya, walaupun kelihatan agak sombong dan tegas Is tertarik dengan Tuan Danial tidak terlalu bergantung kepada pembantu rumah. Berlaku pelbagai insiden melucukan ketika Is menyamar menjadi pembantu rumah Tuan Danial kerana Is sentiasa mengingkari arahannya dan Is sememangnya tidak tahu membuat kerja sebagai pembantu rumah. 

Namun, lama kelamaan Tuan Danial mula lembut hati dan tertarik dengan sikap Is yang kelam kabut tetapi masih kelihatan comel. Tengku Hatta, adik Is turut terlibat sama dalam rancangannya iaitu berpura-pura mesra untuk membuatkan Tuan Danial cemburu melihat hubungan mesra mereka.

Kehadiran Nell, bekas tunang Tuan Danial yang kembali dari luar negara membuatkan Is rasa tidak sedap hati. Nell kelihatan cuba untuk kembali memiliki Tuan Danial. Pelbagai agenda cuba dilakukan oleh Nell cuba untuk menawan Tuan Danial, termasuklah mengugut untuk membunuh diri supaya Tuan Danial bersimpati kepadanya. Bukan Is sahaja mempunyai saingan, Tuan Danial juga tergugat oleh kehadiran Rizal, jiran sebelah rumahnya yang obses untuk memiliki Is. 

Rizal cuba menggoda Is dengan menghantar kad dan bunga. Rizal juga berani menengking Is yang telah membuang bunganya dan menumbuk Tuan Danial dengan teruk sekali semata-mata kerana inginkan Is. Adakah cinta di antara Is dan Tuan Danial bakal bersatu dengan kehadiran Nell dan Rizal?

Sinopsis Novel Tuan Danial Sinopsis Novel Tuan Danial Reviewed by Bawang on Friday, June 19, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.