Sinopsis Until We Meet Again (Hanggang Makita Kang Muli)

Saksikan drama bersiri filipina terbaru berjudul Until We Meet Again (Hanggang Makita Kang Muli) yang bersiaran mulai 15 Jun 2020 jam 3.00 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis di saluran TV3. Drama Untul We Meet Again dibintangi oleh Bea Binene, Derrick Monasterio, Raymart Santiago, Angelika Dela Cruz, Ina Feleo dan ramai lagi. 


DRAMA UNTIL WE MEET AGAIN (HANGGANG MAKITA KANG MULI) 
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 

Info Siaran
Tarikh Mula : 15 Jun 2020
Waktu : Jam 3.00 petang setiap Isnin hingga Khamis
Jumlah Episod : 93
Slot : TV3

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Laurice Guillen dan terbitan GMA Network

Pelakon
Bea Binene, Derrick Monasterio, Raymart Santiago, Angelika Dela Cruz, Ina Feleo, Kim Rodriguez, Rita Avila, Ramon Christopher Gutierrez, Luz Valdez, Marco Alcaraz, Jak Roberto dan Shyyr Valdez

Watak Pelakon
Bia Binene sebagai Ana Anabelle
Derrick Monasterio sebagai Calvin Manahan
Raymart Santiago sebagai Larry Medrano Angelika Dela Cruz sebagai Evelyn Esguerra
Ina Feleo sebagai Odessa Luna/ Margaret Herrero

Sinopsis Drama Until We Meet Again
Bermula dengan kisah Odessa, seorang gadis yang mengalami masalah penyakit mental yang sangat obses dengan Larry. Larry memiliki wajah yang seiras dengan bekas kekasihnya, Anton. Akibat terlalu obses dengan Larry, Odessa berniat untuk merosakkan hubungan Larry dan Evelyn. 

Setelah Evelyn melahirkan anak bernama Ana Issabelle, Odessa bertindak menculik bayi tersebut dan sembunyikan di gudang terbengkalai. Ana kemudian membesar dengan anjing dan menyebabkan tingkah lakunya juga seperti binatang.

Namun dia berjaya melarikan diri dari gudang itu ketika gudang terbakar dan bertemu dengan Calvin Manahan, seorang pelajar psikologi yang penyayang. Calvin memanggilnya Angela, kerana dia tidak mengetahui identiti sebenar dirinya. Untuk membantu Ana, Calvin telah membawanya ke Manila. Di situlah bermulanya Ana belajar untuk menjadi seorang manusia. 

Sementara itu, Evelyn telah lama berpisah dengan Larry dan mencuba untuk memaafkan Larry atas kehilangan Ana dan mengakibatkan hidup mereka tidak sebahagia dulu.

Bagaimanakah dengan nasib Ana? Dapatkah dia bertahan di dunia yang bukan dunianya sedari kecil? Adakah dia akan pulang ke sisi keluarganya? Dan adakah harapan untuk Evelyn dan Larry memeluk anak perempuan mereka lagi?
Sinopsis Until We Meet Again (Hanggang Makita Kang Muli) Sinopsis Until We Meet Again (Hanggang Makita Kang Muli) Reviewed by Bawang on Friday, June 19, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.