Telefilem Dendam Kasih Ayah (Slot Cerekarama)

Tonton Telefilem Dendam Kasih Ayah | Jangan ketinggalan menyaksikan Telefilem Dendam Kasih Ayah yang akan bersiaran pada 20 Jun 2020 jam 9.00 malam di slot cerekarama tv3. Telefilem Dendam Kasih Ayah dibintangi oleh Izzy Reef, Daniel El Arash, Arash Mohd, Watie Sadali, Dilla Ahmad dan ramai lagi. 


TELEFILEM DENDAM KASIH AYAH
Berikut dikongsikan maklumat mengenai telefilem ini. 

Info Siaran
Bersiaran pada hari Sabtu, 20 Jun 2020 jam 9.00 malam di Slot Cerekarama

Tonton Telefilem Dendam Kasih Ayah
Berikut dikongsikan link atau video untuk tontonan anda. Sila klik link dibawah



LINK:

*video atau link akan dikemaskini

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Bade Hj Azmi dan terbitan Qaisworks Production

Pelakon
Izzy Reef, Daniel El Arash, Arash Mohd, Watie Sadali, Dilla Ahmad, Muhammad Adam, Engku Helmy, 

Sinopsis Dendam Kasih Ayah
Dendam dan baran yang dimiliki oleh Amin mendorong dirinya untuk berjumpa ayah kandungnya, Hasyim yang telah lama meninggalkan Amin dan ibunya.  Walaupun setiap bulan dia dan ibunya menerima kiriman wang dan surat, namun Amin tetap marah dengan ayahnya kerana langsung tidak menjenguk mereka sejak kerja di bandar.

Dendam Amin makin membara apabila ibunya meninggal dunia kerana tekanan perasaan dan mengalami kemurungan memikirkan ayahnya. Berbekalkan surat yang dikirimkan ayahnya, Amin nekad menjejaki ayahnya di bandar dan bertemu dengan Ash, seorang gelandangan . Amin terkesan dengan cara hidup Ash yang dibuang sejak kecil lagi. Namun Ash sedikit pun tidak pernah berdendam dengan ibu bapa kandungnya. Ego Amin kian goyah.

Misi mencari ayah Amin diteruskan dan dia berjaya menemui tempat tinggal ayahnya. Terpegun Amin melihat mewahnya kawasan rumah itu. Amin terkedu apabila dapat tahu kebenaran yang diselindungkan selama ini.
Telefilem Dendam Kasih Ayah (Slot Cerekarama) Telefilem Dendam Kasih Ayah (Slot Cerekarama) Reviewed by Bawang on Saturday, June 20, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.