Sinopsis Novel Pengantin Satu Malam

Sinopsis Novel Pengantin Satu Malam | Terkini, Novel Pengantin Satu Malam telah di adaptasi untuk drama slot akasia berjudul Pengantin Satu Malam. Novel karya Sophilea ini telah diterbitkan pada tahun 2017 berjudul Novel 1001 malam tetapi pada tahun 2020 cetakan kedua telah dikeluarkan dan tajuk ditukar kepada Novel Pengantin Satu Malam.


Drama Pengantin Satu Malam telah bersiaran bermula 18 Ogos 2020 pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam di slot akasia. Menyaksikan gandingan pelakon hebat seperti Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar, Afifah Nasir dan ramai lagi. 

SINOPSIS NOVEL PENGANTIN SATU MALAM

ZAHRED HADRI yang membenci wanita dan ZULAIKHA NASREEN yang terdesak. 

Zahred ketawa sinis.
“Tolak? Berapa? Seribu sebulan? Kemudian sehingga seratus bulan. Seratus bulan baru selesai? Berapa lama tu? Lapan tahun tiga bulan. Apa awak yakin selama itu awak akan terus bekerja di sini?” Sinis suara Zahred bertanya.


Zulaikha yang masih berdiri sedikit menggeletar. Dia harus kuat. Dia kena cuba dapatkan. Ini saja jalan yang dia ada.

“Saya janji tuan, atau tuan boleh potong lima puluh peratus daripada gaji saya setiap bulan. Saya akan cuba langsaikan secepat mungkin.” Dia masih mengharapkan agar Zahred setuju. Ini sahaja jalan yang dia ada dan dia sudah kesuntukan masa.

Zahred diam seketika.

Wajah Zulaikha ditenung lama. Zulaikha serba salah.

“Maaf tuan, tapi saya benar-benar mahu buat pinjaman dari syarikat. Kalau tuan nak saya cagarkan rumah saya pada syarikat pun boleh.” Zulaikha masih berharap agar dalam hati Zahred ada sedikit belas kasihan padanya.

“Saya tak nak rumah awak.”
“Saya tak ada apa-apa lagi nak dicagarkan sebagai ganti pinjaman saya. Tanah di kampung bukan sepenuhnya nama ayah saya. Saya merayu tuan. Izinkan saya buat pinjaman dari syarikat.”
Dia benar-benar mengharap ihsan Zahred.
“A night with me. Dan seratus ribu akan jadi milik awak.”
 
SATU malam yang merubah segalanya.
Antara nyawa si emak dan maruah diri.

SINOPSIS DRAMA PENGANTIN SATU MALAM

Mengisahkan tentang Zulaikha (Amelia Henderson) yang tersepit untuk memilih antara menyelamatkan nyawa ibu atau maruah dirinya.

Dugaan demi dugaan hadir dalam hidup Zulaikha setelah dia terpaksa berhenti kerja akibat perangai majikannya yang tidak senonoh. Adi, teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan mereka dan ibunya pula sakit serta memerlukan kos rawatan yang tinggi. Begitulah dugaan yang perlu dihadapi oleh Zulaikha. 

Zahred (Nazim Othman) pula membenci wanita setelah cintanya dikhianati. Kekasihnya, Balqis berlaku curang dengan berkahwin dengan ayah Zahred semasa dirinya berada di Jepun. 

Zahred yang membenci wanita dan Zulaikha pula terdesak hingga terpaksa mengorbankan masa depannya kerana satu malam yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. 

LAGU TEMA DRAMA PENGANTIN SATU MALAM

Untuk lagu tema Drama Pengantin Satu Malam berjudul Satu Malam dinyanyikan oleh Qody Rani.
Sinopsis Novel Pengantin Satu Malam Sinopsis Novel Pengantin Satu Malam Reviewed by Bawang on Sunday, September 06, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.