Sinopsis Drama Sang Pewaris (Slot Lestary)

Sinopsis Drama Sang Pewaris | Saksikan Drama Sang Pewaris adaptasi daripada Novel Sang Pewaris karya Fizziany yang akan bersiaran mulai 26 November 2020 pada setiap rabu hingga jumaat jam 9 malam di slot lestary. Drama Sang Pewaris dibintangi oleh Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo dan ramai lagi.


DRAMA SANG PEWARIS


Info Siaran
Tarikh Mula : 26 November 2020
Waktu : Rabu hingga Jumaat jam 9 malam
Jumlah Episod : 13
Slot : Lestary

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Eyra Rahman dan terbitan Global Station Sdn Bhd

Pelakon
Ben Amir, Amyra Rosli, Zarynn Min, Fizz Fairuz, Zamarul Hisham, Ieda Moin, Acong Sweetchild, Sheila Mambo, Harun Hashim, Wan Sharmila, Fad Anuar, Mimi Ernida, Zaefrul Nordin

Watak Pelakon
Ben Amir sebagai Megat Amer / Megat Dali / Kudin
Amyra Rosli sebagai Zara Aireena
Zarynn Min sebagai Puan Sri Kamariah
Fizz Fairuz sebagai Dr. Mahfuz
Zamarul Hisham sebagai Mahmud
Ieda Moin sebagai Chesom
Acong Sweetchild sebagai Pak Kadir
Sheila Mambo sebagai Mak Bedah 
Zaefrul Nordin sebagai Tan Sri Megat Khairuddin
Harun Hashim sebagai Pak Samad
Wan Sharmila sebagai Malina
Fad Anuar sebagai Jamal
Mimi Ernida sebagai Zizi

Sinopsis Drama Sang Pewaris
Ali, seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad dan Mak Bedah. Dia sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Ali sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya.

Ali diberitahu oleh Haji Mahfuz bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tunku Ahmad dan Tunku Kamariah dan diminta untuk pulang. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar. 

Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara, anak angkat keluarganya. Namun, Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya.
Sinopsis Drama Sang Pewaris (Slot Lestary) Sinopsis Drama Sang Pewaris (Slot Lestary) Reviewed by Bawang on Tuesday, November 24, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.