Sinopsis Drama Bidadari Salju Lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina (Slot Akasia)

Sinopsis Drama Bidadari Salju Lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina (slot akasia) | Bermula 15 Disember 2020, saksikan Drama Bidadari Salju adaptasi daripada novel bidadari salju karya Mia Kiff yang akan bersiaran di slot akasia pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 7 malam. Lakonan hebat daripada pelakon Adam Lee, Sweet Qismina, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes dan ramai lagi.


DRAMA BIDADARI SALJU
Berikut dikongsikan maklumat mengenai drama ini. 


Info Siaran
Tarikh Mula : 15 Disember 2020
Waktu : Setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam
Jumlah Episod : 28
Slot : Akasia

Pengarah/Produksi
Diarahkan oleh Reza Badarudin dan terbitan A. Aida Production Sdn Bhd

Sinopsis Drama Bidadari Salju
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Kayra (Sweet Qismina) yang sering menjadi mangsa buli dan selalu dihina di sekolah kerana paras wajahnya yang tidak cantik, penampilannya yang selekeh dan kemiskinannya. Hariz (Adam Lee), seorang pelajar senior selalu mencari gaduh dengannya hampir setiap hari. Hariz terlalu membenci gadis ini hingga dia tergamak melemparkan fitnah yang meragut maruah dan harga diri Kayra sehingga dia dipulaukan oleh ayah sendiri dan orang kampung. 

Setelah 8 tahun berlalu, Kayra akhirnya berjaya bangkit dari kejatuhan itu dan berjaya dalam hidupnya. Namun akibat kisah silam yang perit itu menjadikan dirinya sangat membenci lelaki, cinta dan perkahwinan. 

Hariz sentiasa dibayangi dosa-dosa silamnya dan Kayra tidak pernah lupus dalam ingatannya. Dalam diam, rasa cinta tiba-tiba mekar dalam hatinya. Memang jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Rupa-rupanya lelaki yang dibenci dan didendami sampai mati ini adalah jodohnya

Pelakon
Sweet Qismina, Adam Lee, Nazrief Nazri, Zaki Azeman, Syazuwan Hassan, Jasmine Suraya, Fimie Don, Chacha Maembong, Jaja Iliyes, Zulkifli Ismail, Rosnah Johari, Lisdawati, Lan Zailan, Silfeny Osman, Aqil Taqeeuddin, Siti Khadijah , Nizam Kama, Ainaa Azhari, Puteri A'teeqah, Damia Qaissarah 

Watak Pelakon
Sweet Qismina sebagai Kayra
Adam Lee sebagai Hariz
Nazrief Nazri sebagai Wan Hakimi
Zaki Azeman sebagai Aiman
Syazuwan Hassan sebagai Raqib
Fimie Don sebagai Naufal
Chacha Maembong sebagai Dania
Jaja Iliyes sebagai Anita 
Aqil Taqeeuddin sebagai Hafizan
Siti Khadijah sebagai Marissa
Nizam Kama sebagai Asyraf
Puteri A'teeqah sebagai Athira 
Damia Qaissarah sebagai Yaya
Sinopsis Drama Bidadari Salju Lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina (Slot Akasia) Sinopsis Drama Bidadari Salju Lakonan Adam Lee dan Sweet Qismina (Slot Akasia) Reviewed by Bawang on Monday, December 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.