Biodata Artis Cilik Isaac Iman - Drama Ironi Kasih

Siapa yang masih tidak boleh lupa keletah comel adik Isaac Iman dalam Drama Encik Imam Ekspress. Drama tersebut merupakan lakonan pertama Isaac Iman tetapi telah memberi impak yang bagus dimana dapat menjiwai watak sebagai anak angkat kepada pelakon Fikry Ibrahim dan Nelydia Senrose dengan sempurna. 


Bagi yang belum mengenali Isaac Iman merupakan adik kepada pelakon cilik Nik Adam Mika. Terbaru, Isaac Iman telah memegang salah satu watak dalam drama terbaru Slot Akasia TV3 iaitu Ironi Kasih bergandingan bersama pelakon hebat seperti Fauziah Ahmad Daud , Aqasha, Intan Najuwa, Intan Ladyana, Fizz Fairuz dan ramai lagi. 


Drama Ironi Kasih akan bersiaran mulai 2 April 2020 pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam. Jom lihat Profile Adik Isaac Iman di bawah. 


Nama Sebenar : Nik Muhammad Aizat Iman bin Nik Mohd Adli

Nama komersial : Isaac Iman

Umur : 6 tahun (2020)

Kerjaya : Pelakon, Model Kanak-kanak dan Penyanyi (terbaru) 

Adik beradik : Nik Adam Mika

Lakonan : Drama Encik Imam Ekspes, Telemovie Rindu Cinta Zulaikha, Drama 30 Pesanan Suara, Ironi Kasih (2020)


Menurut IG Nik Adam Mika, beliau bersama adiknya Isaac Imaan bakal mengeluarkan single terbaru dalam genre HipHop berjudul Godd. Mereka telah diberi kepercayaan menerusi Waris dan DjFuzz untuk mengeluarkan single yang bakal menemui anda semua tidak lama lagi. 
Biodata Artis Cilik Isaac Iman - Drama Ironi Kasih Biodata Artis Cilik Isaac Iman - Drama Ironi Kasih Reviewed by Bawang on Saturday, April 20, 2019 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.